Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila jangka hayat telefon dah melebihi 5 tahun nie, memang banyak betullah ragam dia. Mulalah performance jadi slow, bateri buat hal, paparan skrin jadi kuning dan macam-macam lagilah. Untuk aku punya kes, masalah bateri dan juga LCD skrin yang semakin menguning dan kadang touch screen tak berapa nak berfungsi dah. Jadinya, aku pergi hantar kedai untuk tukar. Google punya google, jumpalah satu kedai repair handphone di Putrajaya iaitu Kedai Baiki Telefon MRFIX.