Monday, October 24, 2022

Pengalaman Water Rafting di Gopeng Perak Bersama Riverbug

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali nie aku nak ceritakan pengalaman aku pergi water rafting beberapa minggu yang lalu. Ini bukanlah kali pertama aku mengikuti aktiviti water rafting, namun rasa anxious tu tetap ada ya. Dalam masa yang sama aku sangat teruja untuk lakukan aktiviti nie sebab aku sangat look forward aktiviti water rafting untuk trip aku bersama kawan-kawan ke Kampar pada beberapa minggu yang lalu. Ikuti butirannya !


Untuk water rafting kali nie, kami mendapatkan perkhidmatan dari Riverbug. Banyak pakej yang mereka tawarkan. Kalau korang bertanyakan pada aku akan harga dia ? Susah nak jawab sebab banyak pakej. Tambah-tambah pakej mereka bergantung mengikut musim. Boleh jengah ke laman sesawang mereka untuk dapatkan harga pakej yang mereka tawarkan dan boleh terus tempah kalau berminat.




Nak pergi ke Riverbug nie memang naik kereta je, itupun agak sedikit jauh ke dalam. Lepastu, kami semua dibawa naik dalam lori untuk menuju ke titik permulaan aktiviti water rafting nie. Rasa macam pendatang asing yang dikutip pon ada. Hahaha. But the ride was fun ! Dalam 20-30 minit juga menaiki lori. Bergoyang-goyang kami kat atas tu. 


Oleh kerana aktiviti water rafting ini agak berisiko, jadinya semua peserta kena mengisi borang akur janji, tibehh akur janji. Entahlah borang apa tu. Isi jelah diknonn. Lepastu kami diberi sedikit taklimat mengenai aktiviti ini. Wajib dan kena fokus ya sebab instructor akan mengajar command-command yang akan digunakan ketika di atas pelampung dan juga what if this happens what if that happens. Jadi, sila hadam semua info yang diberikan ketika taklimat itu ya.




Satu pelampung boleh memuatkan 6 peserta tidak termasuk si nakhoda. Untuk pelampung kami, 4 orang setiap pelampung. Yes ! Taklah sesak ramai-ramai dalam pelampung. Sangat teruja gila masa nie sebabnya aktiviti water rafting merupakan aktiviti air kegemaran aku. Okaylah, tanpa berlengah lagi, ayuh masuk air !








Agak tidak mencabar aktiviti water rafting kali ini sebab air agak cetek yang menyebabkan pelampung banyak tersangkut dekat batu. Pada mulanya, aku sangat berdoa supaya hujan tak turun. Yelahh,takutlah bila hujan turun aktiviti nie terpaksa dibatalkan. Rupanya, makin hujan turun, makin itulah aktiviti water rafting ini lebih mengujakan. Sayanglah sebab ketika kami buat aktiviti water rafting nie, cuaca sangat baik, hujan tak nak turun. Time macam nielah cuaca nak baik, time kita tak nak dia turun, dia turun. Hahahaha



Entri ini bersempena familiarisation trip be-You-tiful@Kampar selama 3H2M di daerah Kampar, Perak
yang dikelolai oleh Majlis Daerah Kampar Perak.

Official Photographer : Abeden

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...