Sunday, October 16, 2022

Marrybrown Perkenal Menu K-Crunch Baharu Dengan Sos Gangjeong Pedas Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Era kini rata-rata masyarakat tempatan cukup meminati artis dan hiburan dari Korea. Sehinggakan  ramai yang mengidolakan mereka. Aku merasakan disebabkan faktor ini juga, masyarakat tempatan ramai yang menggemari budaya dan makanan dari Korea. Hal ini dapat disaksikan pelbagai makanan yang berpaksikan budaya masyarakat Korea mula dibawa dan diterapkan dalam makanan. Ramai syarikat gergasi makanan mula menawarkan makanan bercirikan rasa Korea dan salah satu daripada syarikat gergasi tersebut ialah Marrybrown.


Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia.iaitu Marrybrown baru sahaja melancarkan menu K-Crunch Marrybrown iaitu rangkaian menu yang berinspirasikan Korea. Rangkaian dari menu ini menawarkan gabungan rasa pedas dan manis. Rasa pedas memang tak dapat dipisahkan daripada menu masyarakat Korea.



Walaupun banyak restoran makanan segera di luar sana menawarkan rasa Korea dalam menu mereka, tapi Marrybrown kekal dengan misi mereka untuk menawarkan "Ada Kelainannya" dalam setiap menu yang ditawarkan. Oleh itu, masyarakat Malaysia di seluruh negara bolehlah menikmati menu dari rangkaian K-Crunch Marrybrown bermula bulan Oktober ini. Marrybrown yang kini mempunyai berjuta-juta orang pengikut dan pelanggan melalui lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makanan pengunjung.


Hidangan K-Crunch Chicken Combo didatangkan  dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa "yuzu" dan markisa. Sangat menyegarkan air ini ! Hidangan burger dan kimchi rice juga turut ditawarkan dalam promosi ini. Marrybrown juga turut menawarkan set box special yang menawarkan kesemua menu yang ada bersama dumpling dan cheesy sausage. Sekiranya pengunjung tidak mahu set box, boleh tempah secara ala carte juga. 


Aku percaya menu dari rangkaian K-Crunch ini pasti menjadi kegemaran semua walaupun tidak berapa familiar dengan rasa makanan Korea. Rasa dia sedap, cuma kalau korang jenis tidak tahan pedas, mungkin akan meleleh air mata sedikit. Hahahaha. Bagi aku, pedas dia masih lagi boleh tolerate. Jangan lupa cuba menu baharu ini di cawangan Marrybrown berhampiran anda !

Laman sesawang : https://marrybrown.com/MB
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...