Tuesday, December 31, 2013

Arabian's Night Dinner PSYCH UPSI

Assalamualaikum

Pada 20 Disember yang lalu, telah selamat satu majlis makan malam yang bagi aku sangat memberikan aku tekanan yang amat tinggi. Hal ini kerana, aku merupakan pengarah program majlis makan malam itu. Tak rasa bangga pon jadi pengarah program. Bagi aku, ia sangat membebankan. Taubat dah lepas nie tak nak lagi ada apa-apa jawatan tertinggi dalam sesuatu program. Kalau boleh cuma nak jadi pengikut je. Tak perlu nak risau apa-apa. Tinggal bayar je berapa yang kena bayar then pergi program tu.

Saturday, December 21, 2013

3 tahun sudah umur blog aku

Assalamualaikum

I was supposed to wish this on 16th December, but i was too busy to even remember. Hahahaha. Apa-apapun, nak ucap selamat ulangtahun yang ke-3. Tak sangka cepat sungguh waktu berlalu. Sedar-sedar dah tiga tahun penubuhan Jejakakaula. Sepanjang 3 tahun berlalu, dah banyak kali bersalin kulit. InsyaAllah, akan cuba beri kulit baru setiap ulangtahun Jejakakaula. Hihi. Semoga terus berkarya dan menulis benda-benda berfaedah untuk bacaan umum.


Thursday, December 12, 2013

10 Sebab kenapa patut simpan saya di KHAR

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 10 Disember yang lalu telah pon selesai menghantar borang permohonan kolej beserta laporan aktiviti kolej. Berbekalkan 10 kupon aktiviti, aku harap ia mencukupi bagi memastikan keberadaan aku di kolej ini untuk sem hadapan. Aku hanya mampu berserah padamu ya Allah. Bukakanlah pintu hati mereka-mereka yang menetapkan penempatan pelajar-pelajar di dalam kolej. Semoga aku termasuk di dalam senarai yang dapat itu. Aminn.

Sunday, December 8, 2013

Program : Jalinan Ukhuwah Pengikat Hati

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk bulan Disember, tapi baru hari nie aku nak berkesempatan untuk menulis cerita 16 November yang lalu. Tanpa berlengah masa, ayuh kita mula. Pada 16 November yang lalu, aku telah mengikuti satu lagi program. Program ini merupakan salah satu tugasan untuk subjek elektif yang aku ambil semester ini iaitu subjek Pengurusan Keluarga. Rumah anak yatim yang kami pilih ialah Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman.