Monday, February 25, 2013

I'll be a student again

Assalamualaikum

Alhamdulillah ya Allah, terima kasih sebab kau kabulkan doa aku untuk sambung belajar semula. Penantian yang aku tunggu selama ini, akhirnya salah satu doa aku dah termakbul. Aku sangat kecewa, dan hati aku remuk bila dikecewakan dengan keputusan permohonan 2 February yang lalu. Tapi aku kekal positif dan ikhtiar dengan membuat permohonan rayuan, dan Alhamdulillah. Aku akan jadi pelajar semula !


Sunday, February 24, 2013

Makan-makan di Seoul Garden

Assalamualaikum

Aku sangat gembira sebabnya aku baru sahaja menerima khabar gembira dua hari lepas. Aku dapat tawaran sambung belajar ke UPSI. Memang gembira betul aku masa tu. Teringat masa awal Februari hari tu, aku sangat-sangat sedih sebabnya permohonan aku ditolak. Putus asa dah masa tu, aku pujuk diri untuuk buat rayuan. Tapi tak nak letak harapan tinggi sangat. Alhamdulillah, permohonan rayuan berjaya. 

Wednesday, February 20, 2013

Bercuti ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum

Pada 14 February yang lalu, aku dan keluarga angkat aku pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Aku ingat nak buat cerita percutian aku nie by part, supaya tidaklah panjang berjela entri nie. Tapi macam malas pulak nak buat banyak-banyak entri. Jadi aku sumbat jelah semuanya dalam satu entri. Entri ini akan sangat panjang berjela sebab banyak gambar aku nak letak. Jom kita mulakan !


Thursday, February 14, 2013

Pertama kali makan dekat Seoul Garden

Assalamualaikum 

Semalam, aku dan kawan-kawan sekolah menengah aku pergi keluar makan-makan. Lama tak berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan belajar dan sebagainya. Pagi-pagi gigih naik motor menuju ke rumah kawan aku nie dekat Jenjarom. Dahlah hujan renyai-renyai pagi tu. Basah jugalah baju yang dipakai. Sampai rumah Fadzilah di Jenjarom, kitorang pon menaiki kereta ayah dia untuk kelur. Ayah dia siap bagi duit minyak lagi tau. Hehe


Tuesday, February 12, 2013

Terapi diri

Assalamualaikum 

Macam yang aku update sebelum nie, aku baru sahaja mendapat perkhabaran berita yang sedih. Aku memang sangat berharap untuk dapat khabar gembira tapi Allah maha mengetahui dan sebaik-baik perancang. Jadi, nak ubati kesedihan aku nie, apa aku buat ? Aku pergi shopping !