Wednesday, February 20, 2013

Bercuti ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum

Pada 14 February yang lalu, aku dan keluarga angkat aku pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Aku ingat nak buat cerita percutian aku nie by part, supaya tidaklah panjang berjela entri nie. Tapi macam malas pulak nak buat banyak-banyak entri. Jadi aku sumbat jelah semuanya dalam satu entri. Entri ini akan sangat panjang berjela sebab banyak gambar aku nak letak. Jom kita mulakan !


Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Aku pergi bersama keluarga besar Faries. Balik dari keluar dengan kawan-kawan aku tempoh hari, aku terus pergi ke KTM Nilai menuju ke Seremban. Faries ambil aku di Seremban dan bawa ku ke rumah kakak dia yang nombor dua di Port Dickson. Kami semua akan bertolak sama-sama. Oleh itu, rumah kakak dia menjadi tempat pengumpulan mereka adik-beradik. Memang meriah betul rumah kakak dia malam tu. Sangat-sangat padat.

Seawal jam 6.30 pagi kami mula bersiap-siap. Lepastu menuju ke rumah kakak Faries lagi satu untuk bersarapan di situ. Habis bersarapan, bertolaklah tiga kereta yang terkandung 14 orang menuju ke Perak Darul Ridzuan. Tak pasti berapa jam waktu yang diambil untuk kami sampai di Jeti Lumut sebab aku sibuk bat air liur basi dalam kereta.


Sampai je di Jeti Lumut, parking kereta dekat tempat yang disediakan dan terus menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Waktu yang diambil menaiki feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor hanyalah 20 minit sahaja. Feri nak ke Pulau Pangkor nie agak unik dan berbeza dengan feri di Langkawi sebabnya boleh pergi luar tengok laut. Tempat duduknya pula menggunakan konsep siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia lembab. Sekian.



Sampai je dekat jeti Pulau Pangkor, kitorang menaiki van warna pink tu untuk menuju ke tempat penginapan yang telah ditempah. Penginapan yang ditempah tersilap sebab asalnya mereka nak menginap di Puteri Bayu Beach Resort tapi tersilap tempah Pangkor Puteri Resort. Jadi bila check in tu, kecoh sedikitlah sebab dorang nak menginap di resort yanga da swimming pool. Pangkor Puteri Resort tak ada kemudahan itu. Tapi nak buat macam mana, dah terlanjur tempah.


Walaupon pada mulanya macam tak puas hati, tapi bila dah masuk dalam tu, agak berpuas hati jugalah. Kitorang sewa apartment 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik, 3 bilik air, 2 ruang tamu, dapur dan balkoni. Apartmentnya sangat luas dan muatlah kami 14 orang sumbat dalam tu. Harga untuk satu malam ialah RM380.

Sesi makan-memakan

Semua dah tak kisah pasal isu salah tempah penginapan sebab masing-masing dah kebuluran. Terus bawa segala macam bekalan yang dibawa ke dalam apartment dan masak. Semua makan mcam orang seminggu tak makan. Hahahaha. Lepas makan, kitorang siap-siap untuk mandi di pantai. Pantainya tak jauh pon, cuma 100 meter je dari apartment kitorang.






Mula-mula memang semangat gila nak mandi, lepastu ada kejadian yang tidak diingini telah berlaku pada aku. Terus hilang semangat nak mandi. Aku agak tak sangka sebab kedalaman paras air di pantai tidak dapat diduga. Air dia cetek bahagian depan je, lepastu terus menjunam ke dalam. Kiranya tidak landai lantai laut di persisiran pantai Pulau Pangkor nie. 

Aku tak pandai berenang dan disebabkan itu, aku hampir-hampir lemas masa mandi dekat pantai nie. Aku sangat tak sangka dan panik bila kaki aku tidak dapat menjejak dasar. Bila aku mula tenggelam tu, aku dapat cecah dasar dan tendang sekuat hati untuk timbul di permukaan. Mujur ketika itu, abang ipar si Faries nampak aku struggle untuk timbul di permukaan. Dia pon terus berenang dan tarik aku ke tempat air cetek. 



Boleh jadi tragedi percutian aku nie kalau abang ipar si Faries tak tarik aku masa tu. Aku tak menjerit minta tolong sebab aku cuba untuk timbul dan cuba untuk capai ke bahagian yang cetek. Tapi malang sekali, aku dah jauh ke tengah laut. Yang aku sakit hati, Faries tak alert benda-benda macam nie. Walhal dia dah nampak aku tercungap-cungap tendang-tendang air. Tapi silap aku juga sebenarnya sebab aku malu nak menjerit minta tolong. Hahahaha. 

Terus aku buat keputusan untuk mandi di persisiran pantai sahaja. Tak berani dah nak masuk laut masa tu. Makan ber-huhulah aku dekat tepi pantai main dengan budak kecil anak buah si Faries. Lepas kejadian tu, barulah dorang semua tahu yang aku tak pandai berenang. Hahahaha. 



Pada belah malam, tak ada keluar mana-mana pon. Makan semua masak sendiri sebab bahan-bahan dan peralatan bawa dari rumah. Lagipula, nak beli makanan yang berdekatan tempat penginapan kami nie tiada sebabnya semua restoran cina. Malah kedai runcit sebelah tempat penginapan kitorang nie pon kami tak berani singgah dan beli sebabnya harganya mahal betul. Ais batu yang biasa kita beli dekat kedai harga RM0.50 satu plastik kecil dijual dengan harga RM2.50 ya. Sangat mahal dan tak berbaloi. 



Keesokkan harinya, seawal jam 8 pagi dah bersiap-siap berpakaian mandi untuk pergi snorkeling. Tak sabar nak snorkeling. Pagi tu juga, abang ipar si Faries pergi cari van sewa untuk memudahkan pergerakan kami dekat Pulau Pangkor nie. Lebih mudah kalau sewa sendiri daripada ambil khidmat van pink tu. Membazir duit dan tak berapa convenient untuk bergerak ke mana-mana. Dah dapat van, baru senang untuk bergerak. Kami pon menuju ke jeti untuk pergi ke snorkeling.






Mula-mula abang tu bawa kitorang tengok-tengok pulau sekeliling. Tak singgah pon, cuma tengok je. Batu-batuan dekat sini unik-unik sebab bentuknya macam melambangkan sesuatu. Ada yang bentuk kaki big foot, bentuk paus, bentuk buaya, bentuk penyu dan macam-macam lagi. Cantik dan misteri sebab ada cerita-ceritanya yang tersendiri. Tak tahulah cerita tu mitos atau betul. Kita dengar jelah.



Lepas dah mengelilingi pulau-pulau tu semua, barulah kitorang diturunkan ke tempat snorkeling. Nama tempat kitorang snorkeling tu Coral Island. Kecil je pulau nie. Macam-macam boleh nampak dalam laut sebab airnya sangat jernih. Boleh nampak ikan, batu karang, timun laut, dan kalau bernasib baik boleh nampak obor-obor juga. Tapi kena hati-hatilah sebab bahaya. Kang ada yang masuk hospital kena sengat obor-obor.




Walaupun dah pakai jaket keselamatan, aku masih tak berapa nak berani sangat sebab kejadian semalam cukup memberikan aku trauma ya. Jadi, kita mandi di tempat yang cetek sahaja. 




Snorkeling ni memang best tapi yang tak bestnya kaki banyak luka terkena batu-batuan. Masa dekat air sakit tu tak rasa sangat, tapi bila dah naik ke darat, tuhan je tahu pedihnya macam mana. Jadi dinasihatkan untuk memakai kasut air bila nak snorkeling.





Jauhnya dorang semua pergi mendaki. Aku tak larat nak mendaki batu-batuan tu semua. Kang ada kaki yang cedera lagi. Kaki dah luka kena batu-batuan tempat snorkeling nie. Tak sanggup nak tambahkan lagi luka dekat kaki dengan mendaki batu-batu tu semua. 




Masa untuk pulang ke darat semula. Naik van terus balik ke apartment untuk tukar baju. Lepas solat jamak, kitorang pon keluar semula untuk mencari makanan. Makan dekat warung mana entah, lupa nama dia. Malas nak masak sebab semua dah penat ber-snorkeling dan berpiknik. Selesai makan, kitorang pergi ke Kota Belanda dan Batu Bersurat. Dua tempat nie merupakan tempat bersejarah. Tak tahu pula Pulau Pangkor juga merupakan lokasi peninggalan sejarah.








Batu Bersurat kitorang cuma lalu je, sebabnya semua tak nak turun. Lepastu kitorang pergi Galeri Pangkor. Galeri pangkor merupakan tempat di mana mereka meletakkan semua barang-barang sejarah Pulau Pangkor. Macam-macam ada dalam ni. Masuk adalah percuma.


Tak lama pon dalam nie, lebih kurang dalam 15 minit je. Bapak si Faries suka melawat tempat-tempat bersejarah. Semua info-info dekat situ dia akan baca. Aku nie bab-bab sejarah mintak maaf lah yer. Memang tak minat, tapi entah macam mana masa SPM boleh dapat A. 



Balik daripada melawat Galeri Pangkor, kitorang gerak pergi ke Kilang Satay. Masa mula-mula tu memang rasa agak sedikit was-was untuk beli barang dalam nie. Tapi bila tengok ada label halal dekat setiap bungkusannya, barulah aku rasa sedikit yakin. Lagipula, tempat nie memang kedai wajib singgah oleh semua pelacong-pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor sebelum bertolak balik ke tanah semenanjung.


Meneruskan perjalanan lagi ke pantai. Tapi berlainan pantailah, bukan pantai yang berdekatan dengan apartment kitorang tu. Datang pantai nie, mandi lagi. Memang dah siap-siap baju untuk salin dalam van. Mandi kali nie, aku sewa life jacket untuk keselamatan. Tak nak kejadian semalam berulang lagi.



Bila ada life jacket, baru aku rasa yakin untuk berenang. Masa nie aku berenang jauh sikit ke tengah laut. Puas betul dapat mandi laut. Sampai dekat nak maghrib, barulah reti balik semula ke apartment. Malam tu tak keluar sebab dah satu hari berjalan. Semua pon penat. Jadi, kami masak guna rice cooker yang dibawa. Ouh ya, dalam apartment nie ada dapur gas, tapi tiada tong gasnya. Dan siap ada amaran tidak dibenarkan memasak. LOL. Kalau tak bagi masak, kenapa letak dapur masak dekat situ. Kelakar betul tuan punya resort nie.


Hari terakhir kami di Pangkor, pagi-pagi terus pergi ke pantai untuk mandi. Tapi tak lama pon mandi sebabnya nak kena check out sebelum jm 12 tengahari. Lambat check out takut kena tambah duit pula. Abang van pon dah sibuk telefon suruh pulangkan van. Tak menyabar juga abang van nie nak buat duit ya.


Sampai dekat jeti, kitorang diberi kesempatan yang terakhir untuk membeli-belah. Aku guna masa nie beli souvenir untuk adik-beradik aku dekat rumah. Nasib baiklah harga dia tak melampau. Biasa, tempat-tempat ramai pelancong nie, harga dia mahal. Tapi dekat sini, okaylah. Tak mahal sangat.


Mak Faries belikan untuk aku. Terima kasih !

Dan sampailah semula kami di Jeti Lumut. Terus pergi ambil kereta dan cari lokasi untuk makan tengahari. Selepas kenyang perut terisi, barulah kami bertolak balik rumah. Maka tamatlah percutian aku pergi bercuti bersama keluarga besar Faries di Pulau Pangkor. Terima kasih buat keluarga Faries sebab bawa aku pergi bercuti sama. 


Okay, itu sahaja. Seronok dapat bercuti ke Pulau Pangkor. InsyaAllah lain kali nak datang lagi.

22 comments:

  1. Aku pernah pergi Pangkor sekali je. Sama macam kau, aku pun terkjut bila tengok Pangkor 'ada tu je'.

    Guess we have a high expectation of Pangkor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah perasaan tu. Aku tk prnah pegi lagi Pangkor ni. Tpi masa nk pegi PULAU KAPAS, excited, imagine everything could be splendid, tpi ble dh smpai, "Ni je?, I wanna go home" ..

      Delete
    2. betul tu , aku pon ingat banyak tempat2 menarik mcm langkawi tapi ada itu je . Tapi best lah jugak . dapat lah jugak release tension . ceyhh tension ke ? kahkahkah

      Delete
  2. Pegi pulau/terengganu/klantan/cameron/etc balik je beli satay ikan, sotong kering, benda2 mcm tu. Nyampah. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah itu je yang di jual , eh tapi sotong kering tu sedap lah ^__^

      Delete
  3. lamenye xpergi pangkor, WALAUPON sy penduduk tetap di negeri PERAK yg aman jaya ini, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaweh , org perak pon tak pernah pergi lagi >__<

      Delete
  4. Assalamualaikum dik, gempak lah family kawan tu. muka iras2 lah. ingatkan adik beradik je tadi. hahaha. anyway, holiday adik ni happening!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak ckap kitorang nie adik beradik . tapi xpon . cuma kawan baik duniat akhirat je . huhu =)

      Delete
    2. bestkan, ada kawan sebaik dia :)

      Delete
  5. Eisya dah macam anak kau dah pun -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann =D alaaa xkesah pon sbb bestlah jaga eisya tu . dia comel dn kelakar =)

      Delete
  6. hensem rambut kau. haha. pengalaman lemat kat Pangkor berlaku kat adik aku. Mama aku yang tak tau berenang try very hard to get my bro. Trauma ok. Padahal adik aku tengah kutip kulit siput kat tepi pantai, then ombak tarik ke tengah laut.

    camtu lah best, sama2 keluarkan duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang ibu akan buat apa saja untuk selamatkan anaknya biarpon nyawa nya mungkin menjadi korban . sebab tu kene sayang ibu kita =D

      tp seriously masa lemas tu tak fikir apa dah , fikir nak oxygen je . hahahaha

      Delete
  7. oh lagi satu eisya dok berkepit ngan hang. memang calon bapa mithali dah tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau dah , nampak kan ciri2 bapa mithali nya tu . kah kah kah =D

      Delete
  8. aritu yg aq pegi tu same tempat jgk mcm kau pegi..
    yg kota belanda n kilang tu pon same gak..
    aq rase pangkor tu ade satu kilang je kot..lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon syak mcm tu lah , mna lagi nak bina kilang . pangkor tu kan kecik je . hahahahah

      Delete
  9. Tahniah..moment ni membuatkan sye gelak sorg2..maknanya berjaya la to.. happy family.. rase seronok mcm dah penah pegi pon ade..

    ReplyDelete