Thursday, January 23, 2020

Pengalaman Menghadiri Sesi Profession Assessment Centre (PAC) Bagi Memasuki Jawatan Pegawai di Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak berkongsi pengalaman menjalankan sesi Profession Assessment Centre (PAC) untuk memasuki jawatan pegawai di perkhidmatan awam. Ini merupakan kali pertama aku menjalankan sesi PAC. Saja nak berkongsi pengalaman, manalah tahu korang yang newbie-newbie macam aku nie tertanya-tanya macam mana sesi PAC ini berjalan.

Ikuti butirannya !


Aku sebenarnya agak sedikit teruja bila dapat ke sesi PAC nie. Maklumlah, banyak kali jugak aku duduki peperiksaan online tu tapi tak pernah lepas. Alhamdulillah, rezeki untuk jawatan nie aku lepas. Walaupun aku teruja, dalam masa yang sama aku sedikit nervous. Sampai tak boleh tidur malam tau. Nervous punya pasal besok pagi nak ke PAC.

Jadual sesi PAC aku di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi.


Sesi pendaftaran bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi. Kepada calon yang nak datang sesi PAC, tolonglah jangan lambat ya. Sebab mereka tidak akan berkompromi dalam bab masa. Tepat jam 8.30 pagi, mereka tutup pintu dewan untuk mendaftar. Masa hari kejadian, terdapat 2 calon datang lambat, dan mereka tidak dibenarkan untuk mendaftar sama sekali. Ya, ini hal serious. Bab masa, kena jaga.

Tips 1 : Jangan lambat. Sentiasa peka dengan masa. Bukan semasa pendaftaran sahaja, malah untuk segala aktiviti yang dirancang sepanjang PAC.

Pendaftaran hanya perlu bawa surat tawaran menjalankan PAC dengan kad pengenalan. Itu je benda yang kena ada untuk sesi mendaftar nie. Tapi aku punya beriya sampaikan resume dengan segala jadah sijil aku bawak. Maklumlah, pertama kali kan. Keterujaan tu terlebih sedikit. Hehe

Nombor badan kena sentiasa pakai kerana panel sentiasa memerhati. So pandai-pandailah behave ya anak-anak

Setiap peserta akan diberi nombor badan bagi memudahkan ahli panel untuk menyelia dan memberi markah. Kemudian, mereka akan agih-agihkan kesemua calon kepada beberapa kumpulan. Ketika sesi PAC aku nie, terdapat 20 buah kumpulan yang mengandungi 9 orang ahli di dalamnya.

Slot 1 : Taklimat Jabatan dan Tayangan Video

Untuk slot ini, calon didedahkan dengan skop pekerjaan untuk jawatan tu dan tayangan video yang memberi gambaran bagaimana jawatan yang kita pohon tu. Dalam masa yang sama ketika slot ini, mereka akan beri satu inventori mengenai jawatan tu. Secara umumnya, soalan-soalan dia mengenai sejauh mana kita minat dengan jawatan tu.

Masa nie semua duduk dalam dewan. Lepastu baru mereka suruh bergerak mengikut kumpulan.


Bilangan calon-calon lelaki tak ramai, jadi secara kasarnya dalam satu kumpulan ada 2 atau 3 orang lelaki. Sebanyak 12,000 yang duduki peperiksaan tapi hanya 2300 terpilih untuk menduduki PAC. Dan ketika sesi PAC aku nie sepatutnya ada lebih kurang 230 orang calon. Tapi yang mendaftar ketika hari kejadian hanyalah 180 orang sahaja.

Slot 2 : Kajian Kes

Topik bergantung pada jawatan yang korang pohon. So untuk jawatan yang aku pohon nie, ia mengenai penderaan yang mana panel memberi setiap seorang daripada kami gambar seorang perempuan yang didera secara fizikal oleh suaminya. Dalam kumpulan, kami perlu berbincang mengenai gambar tersebut. Tak kesahlah nak cakap pasal apa, asalkan tak lari dari topik. Mesti berpandukan gambar tersebut.

Sumber gambar : Google.
Ini hanyalah gambar contoh sahaja. Lebih kuranglah macam nielah gambar yang kami dapat masa tu

Masa yang diberi adalah satu jam untuk membincangkan apa-apa mengenai gambar tu. Time nie lah korang boleh keluarkan segala hujah-hujah atau fakta yang korang tahu untuk dibincangkan. Ingat, kita bekerja sebagai sebuah kumpulan. Jangan pentingkan diri nak conquer perbincangan tu. Kena saling bantu-membantu ahli lain untuk bersuara mengeluarkan pendapat mereka. Perbincangan nie bebas dan tak formal pon. Ibarat macam sembang di kedai kopi tapi jenis yang berilmiah. Gituhh !

Bantu pass-pass kan pendapat pada rakan yang mungkin kurang bersuara ketika perbincangan supaya panel dapat memberi markah pada mereka. Ingat, we work as a team. Jangan pentingkan diri. Bantu rakan lain !

Tips 2 : Jangan pentingkan diri. Tiada salah dan betul dalam topik yang dibincangkan kerana ia hanyalah perbincangan. Panel nak tengok cara kita menyuarakan pendapat dan mungkin nak tengok personaliti kita dalam perbincangan. Boleh nak jadi dominant tapi berpada-pada. Nak jadi pengikut pon kena berpada-pada. Pandai-pandailah korang nak "jual diri" dan dalam masa yang sama bantu "jual" rakan seperjuangan kita yang lain. 

Slot 3 : Public Speaking (Bahasa Inggeris)

Untuk slot ini, kesemua calon perlu mencabut topik sebelum slot kedua bermula. Jadinya, calon dapat bersedia lebih awal. Yes, mestilah dorang bagi masa untuk kita bersedia. Tak ada lah on the spot dia suruh bercakap. Gila ke apa. Hahahaha


Itulah topik yang aku dapat iaitu "HOW DOES EXERCISE IMPACT YOU MENTALLY?"

Slot ini aku pasti menjadi slot paling ditakuti oleh kesemua calon terutama sekali untuk calon-calon berbangsa Melayu. Apa yang aku boleh cakap ialah, bertenang dan yakin. English aku pon kelaut dalam jugak, jadi tawakal jelah masa nie. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Apa yang aku nak cakap semuanya tercakap ketika giliran aku tu.

Masa yang diberi untuk bercakap adalah 4 minit. Jadi pandai-pandailah korang summarise kan semua point-point yang korang nak cakap tu dalam masa 4 minit. Panel aku ada memberitahu, banyak kriteria yang mereka tengok dalam public speaking nie, bukanlah kriteria grammar sahaja. Kalau korang rasa grammar English korang ke laut dalam, try tackle kriteria lain seperti pelbagaikan intonasi suara dan juga mantapkan isi yang korang beri untuk menjawab topik korang tu.

Tips 3 : Jangan lupa salutation untuk greet panel dan juga calon lain. Simple good morning will do. Good morning to all panels and fellow candidates. Today, i will be talking about bla bla bla. Baru masuk pasal topik korang tu.

Tips 4 : Ketika calon lain membentangkan topik mereka, tolong beri perhatian pada apa yang calon lain bentangkan. Jangan sibuk dok hafal skrip untuk korang bentang nanti. Panel sentiasa memerhati !

Nombor giliran bentang tidak semestinya mengikut nombor badan. Boleh jadi nombor badan paling akhir dapat giliran pertama. Kita akan cabut undi sebelum mulakan pembentangan supaya adil untuk semua. Sebenarnya benda nie ikut panel korang jugak, ikutlah cara mana yang dorang buat. Boleh jadi dia petik je nombor badan korang untuk bentang.

Ketika sesi aku nie, panel kitorang ikut nombor badan. Alhamdulillah, tak jadi orang pertama dan dalam masa yang sama tak jadi orang hujung-hujung. Hihi

Tips 5 : Adalah lebih baik ketika sesi nie, korang berdiri. Tak kesah nak berdiri dekat mana, asalkan panel dan rakan-rakan lain boleh tengok korang. Plus, lontaran suara adalah lebih baik sekiranya kita berdiri. Gituh !

----------------------------------------------------------------------------------------

Selesai sudah sesi pagi. Masa untuk makan tengahari dan solat. Para calon juga perlu menukar baju kepada pakaian sukan kerana slot di belah petang memerlukan pergerakan dan untuk ujian kecergasan. 

Ada macam gaya-gaya orang gomen tak ? Ahaks ~ Doakan untuk aku tau =)

Sekali lagi, jangan lambat untuk ke slot seterusnya. Pintu dewan akan ditutup.

----------------------------------------------------------------------------------------

Slot 4 : Potensi Bakat

Pada awalnya, aku sedikit risau untuk slot ini sebab aku bukannya ada bakat pon. Banyak benda aku fikir, nak kena menyanyi ke ? Nak kena menari ke ? Apa yang kena buat untuk slot ini ? Siap praktis nyanyi beberapa buah lagu kat rumah tau. Bonus berlatih hafal steps lagu-lagu Girls Generation tau. Ko ghase ? Gigih punya pasal. Eh bukan gigih, risau ! Maklumlah tak ada bakat.

Rupa-rupanya !!

Untuk slot ini dibuat di dalam dewan tapi kena berada dalam kumpulan masing-masing. Slot nie, panel akan beri arahan di depan dan kami kena ikut. Untuk aktiviti pertama ialah "Formasi".

Apa natang formasi nie ? Aktiviti formasi nie ialah, bila panel cakap "Bentuk formasi mesin basuh", jadi setiap kumpulan perlu formasikan diri dalam bentuk mesin basuh. Tak kesahlah macam mana sekalipon. Asalkan formasi mesin basuh tu terbentuk. Semua nie ikut kreativiti setiap ahli kumpulan. Ada panel yang akan ambil markah setiap kumpulan. Banyak kriteria markah dorang tengok, bukan berdasarkan bentuk formasi itu sahaja.

Macam-macam bentuk formasi kami kena buat masa nie. Antaranya ialah formasi Kipas Berdiri, Mesin Basuh, TV LED, Zoo Negara, Mesin Urut, Kereta Lembu dan macam-macam lagi. Meriah !

Tips 6 : Kerjasama itu penting. Bincang sesama ahli kumpulan untuk bentuk formasi. Tolong sumbangkan idea ketika masa diberi untuk bentukkan formasi. Jangan mengikut sahaja apa yang ahli lain kata. Panel sentiasa memerhati dan tengok nombor badan. And please have fun ! Smile 😉

Aktiviti seterusnya ialah pergerakan. Tak tahu nak terangkan macam mana aktiviti ini dijalankan. Tapi yang pasti, dia nak tengok kepekaan kita menerima arahan. Jadinya, pandai-pandailah korang nak hidup. Peka dan dengar betul-betul !

Slot 5 : Ujian Kecergasan (Larian 2.4km)

Sebelum larian dimulakan, renggangan badan perlu dilakukan. Mereka akan buat sesi renggangan badan terlebih dahulu. Dan untuk para calon yang mengandung, dalam pantang dan mempunyai bayi usia 1 hari sehingga ke 6 bulan, dilarang untuk mengambil bahagian dalam acara larian ini.

Untuk mereka yang mempunyai sakit yang kronik, juga tidak perlu mengambil bahagian. Dan masalah sakit-sakit yang lain, kerana mereka tak paksa calon untuk ambil bahagian kerana sebarang kecederaan, risiko ditanggung oleh calon sendiri. Waiver telah diberi kepada calon untuk tandatangan. Hihi

Untuk bab yang melibatkan bayi di perenggan atas tu (mengandung, berpantang dan baby umur 6 bulan), pihak SPA akan membincangkan macam mana untuk memberi markah pada calon. Manakala untuk sakit-sakit lain tu, dorang juga tak pasti macam mana kalian akan dinilai untuk penilaian ujian kecergasan ini. Apa-apa pon, jangan paksa diri korang yang kelak akan merisikokan kesihatan.

Untuk larian 2.4 KM ini, calon lelaki dikira 'fit' sekiranya berjaya selesaikan dalam masa 14 minit. Manakala untuk calon perempuan dalam masa 17 minit. Pandai-pandailah korang nak habiskan larian 2.4km nie dalam masa yang sepatutnya tu. Tak paksa pon untuk selesaikan dalam waktu tu, cumanya mungkin beza dalam bab markah.

Alhamdulillah, 2.4km berjaya diselesaikan dalam masa kurang daripada 10 minit. Gigih ya berlari tak berhenti.

Mereka yang berjaya buat mengikut masa yang diberikan, panel akan ambil tag nombor badan dan kumpulkan. Selepas daripada masa tu, panel lain pula akan ambil tag nombor badan tu. Tag-tag nie akan diasingkan. Satu yang dapat berlari bawah masa yang ditetapkan, dan satu lagi untuk masa yang terlebih. Faham ?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Itu sahajalah yang dapat aku kongsikan sepanjang PAC aku nie berjalan. Seperti yang aku cakap, ini merupakan PAC pertama aku. Dan aku belum tentu dapatpon untuk ke peringkat seterusnya. Aku menulis nie hanya untuk berkongsi pengalaman dan sedikit info yang aku tahu supaya calon-calon lain dapat gambaran macam mana PAC ini dijalankan. Setiap jawatan berbeza PAC mereka. Dan setiap tahun modul PAC berubah. Jadi, jangan bergantung sangat dengan apa yang aku kongsikan. Sekali lagi, aku hanya berkongsi pengalaman macam mana PAC aku dijalankan. Mohon ambil perhatian. Jangan nanti salahkan aku pulak kalau PAC korang lain daripada apa yang aku ceritakan nie.

My groupmates

Dan lagi satu, aku bukanlah orang SPA ataupon panel. Jadinya, nak komen atau nak tanya soalan tu, agak-agak lah yer. Aku pon cuma calon sahaja. Nanti kang ada yang tanya soalan seolah-olah aku nie orang-orang SPA pulak. Aiyoo. Logik sikit kalau nak bertanya tu. Hihi

Ouh ya, kitorang sesama ahli kumpulan sampai kesudah tak sempat nak berkenalan antara satu sama lain. Nama pon tak tahu. Masa perbincangan semuanya panggil nombor badan je. Hahahaa. Yang lelaki tu aku tahulah nama since aku dengan dia je lelaki dalam kumpulan. Yang perempuan-perempuan tu, tak tahu nama pon. Bila dah balik dan buat group whatsapp, barulah kami berkenalan dan tanya nama masing-masing. HAHAHAHAHA.

Good luck buat ahli kumpulan ku yang lain. Semoga kita semua dapat ke peringkat seterusnya

Korang doakan ya kami semua lepas dan dipanggil untuk ke peringkat seterusnya. Kami pon tak tahu bila keputusan akan keluar. Doakan tau ! 😊😊

Ouh ya, kesemua calon yang menghadiri PAC, perlu menduduki satu ujian psikometrik. Ianya adalah WAJIB ! Pihak SPA tidak akan ingatkan melalui telefon ataupun email. Calon sendiri yang kena peka dengan tarikh dan masa ujian tu. Please alert ya semua. Itu fungsinya kami buat group whatsapp supaya dapat ingatkan calon-calon lain untuk duduki ujian tu.


Okay itu sahaja, nanti aku update lagi ya. Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi pada entri seterusnya. Daa !

NEW UPDATE !
CERITA AKU HADIRI TEMUDUGA UNTUK JAWATAN INI : KLIK

13 comments:

  1. Aku kalau apply SPA tak pernah lagi dipanggil even untuk ke sesi ini. Mungkin bukan rezeki nak kerja dengan kerajaan kot T_T

    ReplyDelete
  2. Terbaik tuan,dapat informasi yang berguna👍👍👌

    ReplyDelete
  3. Terbaik tuan,informasi yang berguna👍👍👍👌👌

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saudara, mcm mana? Dah dapat panggilan bertugas? Tq atas perkongsian saudara ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. sy sampai tahap temuduga sahaja. dan temuduga saya tidak berjaya. tak ada rezeki untuk jawatan nie. sama-sama, semoga bermanfaat =)

      Delete
  5. HOW ABOUT UJIAN BAKAT PERSOLEKAN TOLONG SAYA BOLEH TAK NERVOUS AKU HAHAHA

    ReplyDelete
  6. Salam saudara,kalau hadir dgn berambut panjang boleh ke utk ujian PAC ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, better potong rambut pendek bagi kemas. baru nampak professional

      Delete
  7. Salam. nak tanya, ada diminta bawa borang maklumat diri tak? if ada, boleh saya tahu borang ape ye ni? resume ke?

    ReplyDelete
  8. Tuan ada sharing pengalaman untuk temuduga?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan. Terima kasih atas perkongsian. ingin bertanya untuk public speaking, adakah mereka ad memberi apa2 soalan semasa kita lontarkan pendapat.

    ReplyDelete
  10. saya jumpa blog cik 2024. saya menanti tarikh untuk Ujian Bakat. terima kasih sudi berkongsi dan menulis serba sedikit berkaitan Ujian Bakat. Bentuk persiapan macam mana yang cik boleh suggest untuk saya ?

    ReplyDelete