Assalamualaikum
Dan suka hati aku lah kan nak letak tajuk macam mana macam mana pon kan . Saket hati ke ? Sorry la for those yang terasa dengan tajuk kat atas tu . Memang pon nak bagi terasa sebenarnya . Muahaha
Okey recently i just got my matric result and everything is just okey . Dah jangan tanya result aku berapa . Memang aku takkan bagi tau . Unless lah kalao aku nie dapat 4flat then baru lah aku canang satu kampung . Belom sempat korang tanya pon aku dah print screen awal-awal upload masuk facebook , masuk blog , masuk myspace . Terasa lagi ? Ahhh sudah , asek nak terasa je . Tekan je butang kaler merah kat atas uh . Habis cerita -___-
MLM konon ~
Okey , kembali balik kepada pangkal jalan , bukan dengan cara bertaubat tetapi dengan cara membaca semula tajuk di atas tu yerp . Okey semua dah kembali ke pangkal jalan ? Bagus . Jom teruskan .
Awal bulan hari tu , aku telah di kencing dengan kawan aku sendiri . Which was very masin jugak rasa kencing nya . Aku betol-betol tak tau yang aku akan kene kencing . Loike seriously memang aku tak tau langsong . Yang aku tau , aku cuma nak jumpa dia , konon rindu sebab dah lama tak jumpa dan juga aku nak ambik balik pendrive aku yang dia pinjam sekitar 4 tahun yang lalu tak pulang-pulangkan . 2 gig je pon tapi aku tetap nak jugak . Lantak arhhh .
We was lepaking at McD that time then he asked me to follow him to some place . Konon nya pendrive aku tu tertinggal dekat pejabat kawan dia . So aku dengan noob-nya pon follow lah . Sampai sana je then aku nampak kawan-kawan lama aku kat sana . And i feel very excited ^^
Ahli kongsi gelap yang menggodakan ^^
Tapi yang pelik nya , dorang nie gigih betol pakai kemeja lengan panjang malam-malam buta . Siap pakai coat lagi . Dah macam ahli kongsi gelap pon ada . Dan kawan aku pon cakap lah yang kawan dia nak terangkan satu perkara dekat aku .
And that time , aku tau yang aku dah kene kencing . Terima kasih kawan =)
He said that dia akan ambik masa aku 15 minit je . Foine dengar lah semua benda bodoh tu . Dekat 30 minit woi tak habis lagi . Jam dekat tangan dah menunjukkan jam 11 . Gila , ibu aku marah doh aku balik lewat-lewat malam macam nie . Tak kesah lah aku anak jantan sekali pon , my mom tetap tak bagi anak-anak dia balik lewat .
Tapi dorang tetap memaksa suruh dengar . Siap tukar-tukar orang . Amboi sangat nyah . Atas nama PERSAHABATAN yang telah kita bina dulu , aku pon dengar je . Tak nak buat korang kecik hati . Tak habis lagi okey . Dorang bawak aku jumpa dengan " BIG BOSS " area Banting nie .
BIG BOSS nie kita gelar kan dia Encik N . Encik N nie , perghh perangai show off dia menjadi-jadi . Konon nak meyakinkan aku lah yang program Score A tu akan berjaya . Letak handphone dia yang besar gedabak serta duit berkepuk-kepuk yang di ikat dengan getah bubuh atas meja . Handphone dia tu kalau baling anjing , anjing pon boleh mati okey . Duit tu macam lah tak boleh masuk dalam poket , saja je letak atas meja tu . Alahai menunjuk sangat .
--------------------------------------------
My reaction " Ingat aku hadap sangat ? " - Dalam hati je
Antara kata-kata bangang Encik N yang masih terngiang-ngiang dekat telinga aku nie
" Kawan saya cakap , hey N , kau jangan offer dekat budak-budak yang masih belajar nie . Dorang tu semua bodoh sombong . Konon dah biasa dengan hidup susah . Tak kesah dengan hidup susah . Dorang takkan join punya lah "
Aku tau , sebenarnya dia yang nak cakap benda tu kat aku tapi menggunakan alasan kawan dia yang cakap macam tu dekat dia . Alahai berkias-kias pulak Encik N nie . Terus terang je kenapa .
" Pendapatan saya sebulan mencecah lebih dari 20k . Bulan nie je saya dah order Honda Accord baru untuk mak saya . Awak tak nak ke gembira kan hati mak awak dengan membeli kan kereta idaman dia ? "
Elehh , bila aku selidik Encik N nie , dia pakai Waja je pon . Berlagak nak belikan Honda Accord untuk mak dia . Puihh . Kereta sendiri pon tak mewah mana . Puihh puihh .
" Cuba teka nie kereta apa ( Sambil tunjuk gambar kereta-kereta mewah dalam phone dia yang besar tu ) . Kalau tak tau nama kereta nie , tak jantan lah nama nya "
Macam aku hadap sangat dengan kereta-kereta tu semua . Jantan sangat lah kalao tau nama kereta-kereta tu semua ? Kenapalah Encik N nie suka buat aku mencarut .
--------------------------------------------
Korang ingat aku nie diam membisu je jadi tunggul kat situ ? Aku ada perli dia jugak okey .
Serang balik , jangan diam je okey
" Habis tu kalao boleh dapat 20 hingga 30 k sebulan , then buat apa belajar tinggi-tinggi kan Encik N ? Macam membazer je kan Encik N ? "
" Kalau Encik N dapat duit 20-30k sebulan , apa kata Encik N pinjam kan saya duit tu buat modal saya dalam program score A nie sebab sekarang nie saya takde duit "
Perghh memang kaw-kaw aku bagi . Terdiam terus bila aku cakap tak payah belajar tinggi-tinggi . And dia tau pulak tak nak bagi aku pinjam duit dia . Kenapa yerp agak nya ? Fikir lah sendiri .
Oleh itu , diri ini ingin memberi sepatah dua kata untuk Encik N =)
Listen Encik N ,
I don't even batak with your duit yang berkepuk tu or even your handphone yang besar gedabak tu . I don't even terpengaruh dengan kata-kata basi yang keluar dari mulut Encik N tu . I just don't buy it . I'm not stupid like others . You offered that stupid program to a very wrong person . A VERY WRONG PERSON !!
#Mulut-mulut celupar di luar sana yang kenal dengan Encik N , sila bagi tau dia yerp =)
--------------------------------------------
Tolong lah , korang jangan lah bodoh sangat di tipu dengan benda-benda macam nie . MLM nie hanya merugikan . At the end of the day , korang jugak yang akan merana , yang akan menyesal nanti . Percayalah . Nanti duit entah ke mana , pelajaran entah ke mana . Habis semua tergadai .
Senang kita dapat , senang juga ia hilang
Banyak sebab kenapa korang tak patot langsong join MLM nie .
1-MLM semua tu menipu . Okey first thing , kenapa dorang tak fokus kepada berapa ramai pembeli yang akan membeli produk tu ? Kenapa dorang fokus kepada berapa ramai pengedar yang akan menjual produk tu ? Tak ke pelik kat situ . Macam vangang pon ada . Second thing , dorang cuma bagi tau yang baik-baik je dalam MLM nie , risiko-risiko yang bakal di tanggung dorang tak bagi tau pon . Nampak tak permainan dia kat situ ?
2-MLM suka sorok-sorok . Kalau lah program korang tu tak salah di sisi undang-undang , kenapa mesti menipu tiap kali nak bawak orang join program korang tu ? Dan kenapa korang cakap " Eh jangan sebar kan benda nie dulu yer , nanti akan merosakkan pasaran " ? Kenapa jugak buat time malam-malam siap pakai sut hitam bagai ? KENAPA ???
3-MLM janji manis belaka . Semua yang dia cakap pada awal memperkenalkan program tu , semua tu janji-janji manis belaka . At the end , semua nya lesap . Sweet talker pon lari dengan duit-duit kita . Dan masa tu baru kita rasa betapa bodoh nya kita . Kita tu bukan aku okey .
4-MLM tidak tau halal haram nya lagi . Okey , memang tak ada fatwa yang mengeluarkan kata MLM nie haram . Tapi MLM nie kan bersifat penipuan , so macam mana tu ? Dalam perniagaan kalao ada penipuan , so perniagaan itu berstatuskan HARAM . Just try baca kat sini okey . KLIK
5-Sebab MLM , korang akan hilang kawan . Hilang duit . Hilang pelajaran . Hilang kewarasan . Yang korang tau duit duit duit . Itu je . Korang sanggup menipu kawan-kawan , sanggup meminjam duit , minat belajar hilang , semua nya hilang .
Itu antara yang ada dalam kepala aku sekarang nie . Tapi hakikat nya banyak lagi .
--------------------------------------------
Katakan tidak pada MLM
Sebagai manusia yang waras , wajar ke dalam sebulan korang boleh dapat 20k-30k sebulan tanpa membuat apa-apa ? Just ajak kawan suruh join . WAJAR ke ?
Kebanyakkan ejen-ejen basi MLM nie , dorang akan cakap macam nie ,
" Cuba tengok orang cina , semua kaya-kaya kan ? Sebab apa ? Sebab dorang meniaga . Allah kan dah berfirman dalam Al-Quran bahawa 9/10 rezeki datang dari perniagaan . Orang Melayu kita nie bodoh tak nak ikut apa yang Allah dah bagi tau "
Okey meyh aku jawab balik ye , sebenarnya orang Melayu tak bodoh . Cuma orang Melayu yang join MLM nie yang bodoh . Mohon terasa yerp =) Orang cina meniaga , nampak depan mata apa yang dorang niagakan . Orang kita meniaga dengan cara MLM . Itu kah cara meniaga kawan-kawan ?
Ejen-ejen basi MLM juga akan tunjuk kat korang majalah yang menunjukkan jutawan-jutawan yang kononnya telah berjaya dengan hanya join program tu . Perghhh macam tak boleh nak edit reka-reka cerita pulak kan ? Majalah macam nie juga satu contoh tak baik . Dah kaya terus menayang harta sana sini . Bukan nak sedekah ke apa . Menayang je kerja .
Whatever ejen-ejen basi nie cakap , tolong jangan percaya satu haramm pon okey .
--------------------------------------------
Buta kerana duit
Aku tau , kita nie kalau nampak duit memang laju je . Nama pon nafsu kan . Lagipula siapa yang tak suka kalau duit berkepuk-kepuk kan ? Aku pon nak duit banyak macam tu . Tapi MLM bukan lah caranya . Ingat tu !
Ce try baca blog nie , dia lagi telus membicarakan pasal program score A nie KLIK
Wait , sebelom aku tamat kan isu MLM nie , aku nak share satu benda yang aku rasa lawak sangat .
Kawan-kawan aku yang join program score A tu semua macam dah kene rasuk . Dah jadi macam robot pon ada . Apa yang Encik N cakap , nanti dorang kat belakang semua tepuk tangan sambil cakap " Heyybat !! " . Sumpah terencat habis . Sorry .
And kau , please stop sending me message about that stupid score A programme tu !
Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau
Dorang akan terus menghantui hidup korang semua sampai lah korang join MLM dorang nie . Dorang nie sebenarnya gelabah . Sebab nya , kalao dorang tak dapat cari orang untuk join , duit dorang akan lesap . Tak gitu manusia-manusia yang terlibat dengan MLM ?
So just ignore je . Tapi kadang kene maki hamun dorang jugak . Sebab nya dorang nie memang tak faham bahasa . Geram aku di buat nya tau .
Apa-apa pon , aku nak mintak maaf pada kawan-kawan aku . Aku cuma nak sedar kan korang saja . Bukan nak jatuh kan korang ke apa . Sorry yerp =)
PESANAN PENAJA
" Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi .
Percaya dengan rezeki Allah "
Tau tak satu malam aku berjaga siap kan entri panjang lebar nie ? >__<
Khamis nie mungkin aku akan balik Pahang . Dah lama kot tak balik sana . Rindu pulak dekat Atok dan Nenek . Balik Pahang confirm-confirm dapat makan ikan patin masak tempoyak . Yabedabedoooo ^^
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .
See ya !