Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku pasti ramai di luar sana yang masih tidak cakna akan terma Fuku-Bukuro ini. Okay, Fuku-Bukuro atau dalam bahasa mudah fahamnya ialah bermaksud "fortune bag". Ia merupakan tradisi masyarakat Jepun di mana di dalam bag ini penuh dengan kejutan yang mana ia mempunyai pelbagai barangan yang bernilai lebih daripada harga yang dijual. Fuku-Bukuro ditawarkan setiap awal tahun setiap tahun baru sebagai simbol untuk menghargai para pelanggan. Barangan di dalam bag ini bergantung pada jenis kedai yang menawarkan Fuku-Bukuro ini. Kalau kedai pakaian, maka pakaianlah isi di dalamnya. Kalau kedai mainan, maka mainan lah isi di dalamnya dan begitulah seterusnya.