Tuesday, December 10, 2019

24 Hour Food Trail Di Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena cuti sekolah nie, pasti ramai datang bercuti ke Genting Highland. Pilihan yang sangat tepat sebab banyak benda menarik dekat Genting Highland kita boleh terjah. Sesuai untuk berhibur mahupun untuk bercuti seisi keluarga. Ikuti butirannya !


Resorts World Genting sering menjadi lokasi pilihan untuk penginapan kerana kapasiti biliknya yang banyak dan sesuai untuk mereka yang travel dalam kumpulan yang besar. Aku juga memilih untuk menginap di Resorts World Genting ketika berkunjung ke sana sebab dekat dengan Sky Avenue yang menawarkan pelbagai tempat-tempat makan yang best dan tempat membeli-belah yang menarik. Sepanjang 2 hari 1 malam aku di sana, macam-macam tempat makan aku cuba. Adakah aku stress ? Agaklah, tapi sebab alang-alang dah ada dekat sini, kenapa tidak kan. Sebab ada lokasi tempat makan di sini, tiada dekat tempat lain atau susah nak jumpa.

Park Avenue Lounge

Lepas je check in, pergi ke Park Avenue Lounge untuk brunch. Oleh kerana pagi-pagi dah mulakan perjalanan ke Genting, jadinya tak sempat nak bersarapan. Nak makan tengahari, macam awal sangat pulak. Jalan penyelesaiannya, kita brunch.


Park Avenue Lounge menawarkan hidangan  breakfast bermula jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi. Jadi kami sempatlah menikmati sarapan ala-ala English Style gituee. Piached Eggs, Turkey Ham and Cheese Croissant and hot latte.



Untuk set sarapan nie, harganya hanyalah RM29.00 hari biasa. Manakala untuk hari Sabtu dan Ahad ia dijual secara berasingan yang mana untuk menu sarapan sahaja berharga RM25.00.

Tampopo Delicieux

Untuk makan tengahari pulak, aku singgah ke sebuah Japanese restaurant di Sky Avenue. Banyak sebenarnya restoran yang menawarkan makanan Jepun di Sky Avenue nie tapi aku memilih Tampopo Delicieux nie sebab ini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia. Tiada di tempat lain, hanya ada di Genting sahaja.


Menu pilihan aku ialah Chicken Katsu Curry Rice dan juga Ramen with Ebi Tendon, Salad and Agedashi Tofu. Kedua-dua ini merupakan signature dish dekat sini.



Ming Ren

Dah makan makanan Jepun, nak makan makanan Chinese pulak. Jadinya aku singgah dekat Ming Ren Restaurant. Pertama kali dengar nama restoran nie dan juga pertama kali singgah makan dekat sini. Buat peminat-peminat dim sum, korang kena singgah sini sebab pelbagai variasi hidangan dim sum ditawarkan di sini.


Selain dim sum, banyak lagi hidangan lain ditawarkan ketika waktu makan tengahari. Eggs Tart dan juga Fried Carrot Cakes dorang sedap gila. Satu memang tak cukup. Kenyang sungguh makan dekat sini walaupun tak makan nasi.


Dal.Komm Coffee

Teringin minum minuman panas jadinya lepas makan tu singgah ke Dal.Komm Coffee. Dapat minum hot chocolate waktu sejuk-sejuk macam nie memang best. Tambah pula Dal.Komm Coffee ada minuman baru sempena sambutan krismas.



Aku pilih untuk minum Premium Salte Chocolate yang dihidang bersama Netherland Caramel Waffle dan lagi satu Frappe Salted Chocolate. Agak manis tapi sedap !

Krispy Kreme

Tak lengkap bila minum air tapi tak ada kudap-kudapan. Jadinya singgah dekat Krispy Kreme untuk beli donut. Krispy Kreme pon ada jugak menu donut baharu sempena sambutan krismas nie. Jadinya kami pon beli lah Famous Amos Doubkle Chocolate Chip Cookie dan juga Famous Amos Red Velvet Christmas Cookie.


Tokyo Secret

Alang-alang dah sampai sini, jangan lupa singgah minum petang dekat Tokyo Secret. Kat sini terkenal dengan kek crepe pelbagai perisa. Pilihan aku ialah Coffee Crepe Cake dan juga kek muffin chocolate yang superbly sedap. Untuk minuman, aku memilih untuk minum English Mixed Berry Black Tea.




Sedap sangat hidangan pencuci mulut kat sini. Memang akan singgah lagi kalau nampak cawangan Tokyo Secret dekat mana-mana. Coffee Crepe Cake tu sedap betul. Teringat-ingat kesedapan dia sampai hari nie.

Steam Era

Untuk makan malam pula, kami singgah makan di Steam Era. Apa yang bestnya makanan dekat ialah kesegaran makanan laut mereka sebabnya mereka hidang hidangan laut yang masih hidup dan dimasak segar.


Makanan dekat sini memang terbaik. Aku sangat sarankan untuk korang cuba. Ruang makan dia besar dan tiap kali waktu makan, memang penuh. Ramai sangat orang. Makanan dia sedap sangat-sangat. Terutama sekali ketam masak telur masin tu. Sedap !!!



Tengoklah saiz kaki ketam nie, memang nikmat dapat makan. Udang steam dia pon best. Segar ! Seronok makan. Cicah pulak dengan sambal istimewa dorang, perghhh ! Memang akan repeat lagi datang sini kalau ke Genting Highland.



Hanburger and Pie in the Sky

Untuk supper pulak, kami singgah makan di Hanburger and Pie in the Sky. Kat sini menawarkan pelbagai jenis makanan segera seperti burger, sosej, pizza dan banyak lagi. Pizza dorang pulamk saiznya bukan calang-calang tau.



Burger dia memang sedap. Wagyu beef patty dibakar sempurna, dilengkapi dengan caramelized onion dan keju. Memang sedap ! Boleh pulak habis satu burger nie walaupun masih kenyang.


WAKA Cheers To Life

Sebelum balik, kami singgah beli air boba dekat WAKA. Ini merupakan kali pertama aku mencuba air boba dari WAKA dan rasa dia not bad. Boleh tahan sedap. Paling best, grapefruit tea Waka dia. Serios sedap !!!



Lokasi untuk WAKA di Genting Highland nie berada di dalam kedai pakaian Outpotz. Sambil shopping sambil minum air. Tak sangka ada kedai air dalam nie. Terbaik !

Babajia


Untuk besoknya, kami sempat singgah di Babajia untuk menikmati hidangan yang berkonsepkan makanan Peranakan. Ikan Asam Pedas di Babajia mempunyai rasa yang sangat unik. Berbeza rasa asam pedas dia. Hidangan masyarakat Peranakan rasa dia agak sedikit unik kerana rasa dia tidak seperti makanan kebanyakkan yang lain walaupun nama hidangan yang sama dan kita biasa makan.

Grandmama


Restoran Grandmama sudah lama wujud di Malaysia dari tahun 2012 lagi. Namun ini baru pertama kali aku mencuba menu-menu di sini. Ternyata makanan di Grandmama juga sangat sedap. Char Kway Teow dia sangat terbaik. Kiotang juga sempat juga mencuba Nasi Lemak dan Nasi Ayam Istimewa Grandmama. Besar portion makanan di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang puas hati dapat makan di pelbagai tempat kat Genting Highland nie. Banyak rupanya lokasi makan yang best di sini. Jadi sekiranya korang bercadang nak datang dan bercuti di sini, tak perlu risau bab makanan. Pelbagai jenis makanan ada ditawarkan. Pilih je nak mana satu.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut : https://www.rwgenting.com/

18 comments:

  1. Ya Allah..banyak betul makan.jenuh naik atas sana pulun makan je.gahaha..

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  2. Perghh macam amcam jenis makanan ada. Bestnya naik tempat sejuk layan makanan macam macam adooo. Nak kena rasa semua ni .. nampak sedap dan menyelerakan ...

    ReplyDelete
  3. Tak mo baca
    Sebab kita pun teringin nak naik ke sana, berjalan sakan, photoshoot bagai dan makan segalanya.

    Sedapnya la dimsum dan boba bagai tu.
    Eh. Terbaca plak.
    Bye.

    ReplyDelete
  4. Asal semua makanan dia sedap ni😍
    rasa nak pergi terus situ.

    ReplyDelete
  5. Stress tengok gambar makanan banyak sangat, haha. Ada nampak gak haritu zharif duk post kat igstory, post gambar makanan je memanjang.

    ReplyDelete
  6. Satu nak puji....gegambar Zharif cantik. Memang kat atas sana tu banyak pilihan makanan. Sampai boleh confuse nak makan apa.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya makanan..tak pernah nak ajak ye makan sedap2. Asik ajak pi superstore aje. Haha. Baju dah kena dah tu dgn lokasi. Next boleh sis pegi semua kedai dlm list ni. Sedapnyaaaaa!

    ReplyDelete
  8. Wahhh banyaknya makanan!! Tak food coma ke tu? Hahaha
    BTW, the croissant, egg semua tu my favorite tau!!

    ReplyDelete
  9. Waduhhh rindu pulak nak makan-makan kat sana lagi. Masa hari tu sampai dah tak larat nak masuk perut..la ni teringin balik..hahaha. Harap2 ada le lagi event cam gini kan..sronok

    ReplyDelete
  10. Sedap2 makanan dekat atas tue..walupun gnting kt belakang umh je, nak pergi kesana tue klu xujan ok la..klu ujan xnaik la sana..sjukk yakmaatt..btw rasa nak try je smua makanan2 tue..

    ReplyDelete
  11. Perghh. Shopping habis dekat genting. Semua makanan cuba tu. Menarik concept 24 jam ni. Senang berjalan dkt sana

    ReplyDelete
  12. Genting Highland sekarang dah macam syurga makanan.. Pernah kot tidur dekat sana... Lapar je.. turun je, cari mana makanan yang teringin nak makan

    ReplyDelete
  13. Last night br inform asben.
    Mcm nak jjcm kat genting highlands.
    Naik cable car. Stay hotel.
    Ni hah dpt idea makan2. Mcm tak termakan ni, zharif :) ha ha ha...
    24 hours jer? hu hu hu syahdu perut ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. Sedapnya makanan kat sini. Dah lama turun genting..rindu pulak nak jalan2 dan makan kat sini

    ReplyDelete
  15. Apa ni banyak makanan sedapnkat genting ni? Tak pernah tau pun. Dh lama tak pergi genting. Macam kena pergi je ni.

    ReplyDelete
  16. sedapnya semua makanan-makanan tu. tak pernah lagi ke genting highland! bolehlah lepas ni ke sana and makan sedap2

    ReplyDelete
  17. I went to Genting last two years. But masa tu tak bnyak I eat. But the weather and everything really nice, I saw banyak kedai makan. Hari tu ke KL nak pegi tapi because raining, tak jadi pula. But for sure next time, I must go there! Nak makan makan XD

    ReplyDelete
  18. ni kalau p sana ni bukan jalan2 dh kalo bonda....jadi percutian khas makan....boleh naik berat badan kalo mcm ni makan x berhenti ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...