Sunday, December 1, 2019

Bubble Belly - Minyak Urut Moden Membakar Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masalah berat badan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin membinmbangkan. Dengan bertambahnya pelbagai jenis makanan segera di pasaran, sudah pasti memberi satu cabaran untuk kita semua kekal ramping tanpa perlu mengikat perut. Namun tak perlu risau, Bubble Belly yang dirumus khas untuk membakar lemak dapat membantu untuk kekal langsing dan ramping. Ikuti butirannya !


Bubble Belly merupakan satu minyak urut moden yang dirumus khas untuk membakar lemak. Kandungannya terdiri daripada bahan-bahan yang banyak manfaat dan digunapakai oleh orang tua dahulu kala dalam menangani sakit-sakit di kampung. Tak perlu lagi bersusah payah pergi ke hutan untuk mencari bahan-bahan ini, kini anda boleh dapatkan manfaat yang sama dalam satu botol Bubble Belly ini.

Bubble Belly - Minyak Urut Moden Membakar Lemak

Bubble Belly ini merupakan produk bumiputera yang dihasilkan oleh Siti Norisya atau lebih mesra dengan panggila Cik Isya. Beliau berasal dari Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan lebih kurang 2 tahun. Beliau masih baru dalam dunia perniagaan ini bahkan mempunyai zero pengetahun untuk menguruskan perniagaan dalam skala yang besar kerana beliau mula berniaga dari rumah dalam skala yang kecil.

Bubble Belly - Minyak Urut Moden Membakar Lemak

Pahit-getir hidup beliau memberi semangat untuk beliau berjaya dan terus mencipta nama di persada perniagaan. Kini, beliau boleh menarik nafas lega apabila produknya semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat.

Bubble Belly mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat. Antaranya,
  • Membantu mengempiskan perut
  • Membantu membuang angin dalam badan yang berlebihan
  • Membantu melancarkan darah dan pembuangan 
  • Menganjalkan kulit
  • Mengatasi masalah selulit
  • Melembapkan kulit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan sakit senggugut
  • Mengurangkan lenguh-lenguh badan
  • Memudarkan parut dan stretch mark

Bubble Belly - Minyak Urut Moden Membakar Lemak

Antara isi kandungan Bubble Belly ialah Halba, Minyak Lemon, Minyak Halia, Cabai Pintal, Lada Hitam, Aloe Vera, Vitamin E dan banyak lagi. Pokoknya, Bubble Belly sangat sesuai untuk dijadikan minyak urut untuk mengatasi masalah sakit-sakit yang dinyatakan di atas. Padanlah ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutama sekali dalam kalangan wanita. Banyak manfaat rupanya. Lelaki juga boleh pakai minyak Bubble Belly ini.

Testimoni pengguna-pengguna Bubble Belly

Cara nak pakai minyak Bubble Belly ini ialah dengan menyapu minyak di kawasan yang ingin disapu mengikut arah lawan jam. Namun, sekiranya ingin disapu di bahagian perut, penyapuan hendaklah mengikut arah jam. Ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tak perlu risau kerana minyak Bubble Belly ini tidak mengeluarkan bau-bauan yang kuat yang tidak disenangi.

Sebotol minyak Bubble Belly ini hanyalah RM40 sahaja. Boleh didapatkan secara atas talian di laman sesawang Bubble Belly di Facebook dan juga di Instagram.


Bergambar kenangan bersama Miss Isya, pengasas Bubble Belly

11 comments:

  1. Menariknya botol minyak urut Bubble Belly ini. moden sangat sesuai dengan namanya. Kalau letak sebelah botol pelembap, silap2 boleh tersilap pakai. hehe

    Bagus semangat yang ada pada cik Isya. Moga terus maju jaya kembangkan produk beliau.

    ReplyDelete
  2. oh ni minyak urut yang ramai orang perkatakan tu. sedap weh dapat massage badan, buang segala angin dalam badan. wangi tak bau minyak urut nie? bau herba ke?

    ReplyDelete
  3. Haalaaa bestnya nak cari lah untuk kempiskan n buang mana lemak degil kita.

    ReplyDelete
  4. Memang dok cari2 minyak urut seperti ini.. Badan AM selalu lenguh2 lately.. Sbb buat dua keje non stop.. Jadi mmg terbaik dpt guna produk Bubble Belly nie..

    ReplyDelete
  5. Bestnya minyak urut dia. Bungkusan pun cantik. RM 40 untuk 100 ml tu banyak tu. Bleh la akak bawa travel. Botol dia tahan untuk tekanan udara dalam kapal terbang kan? Heheh

    ReplyDelete
  6. Cantiknye botol dia. Nampak menarik minyak urut bubble belly ni. Harga pon berpatutan

    ReplyDelete
  7. Awasss bila sebut lemak tu perlahan sikit yer awak tak ada lemak nak bakar apa tulang wakakakak. Kita pulak rasa nak guna minyak ni hehehe nak bakar lemak yang banyak secara sihat dan semulajadi ni ok lah bagi satu githuwww...

    ReplyDelete
  8. Banyak betul manfaat. Sesuai sangat dengan akak. Harga pun mampu milik. Akak kena beli satu ni.

    ReplyDelete
  9. Nie pakai kat office pun tak kisah sebab takde bau yang pelik dan tengik. Sapu kat perut memalam, memang keluar angin seharian jadinya Rawlins. Now dah start sapu kat lutut, dah kurang sikit dah sakit lutut.

    ReplyDelete
  10. menarik pulak minyak nih teringin nak cuba! kebetulan selalu sakit lutut dan kaki bolehlah beli satu untuk cuba urut kaki nanti

    ReplyDelete
  11. ada tengok review di IG. nampak okei. macam must have sebab boleh ber-spa kat rumah. cari tukang urut untuk sapukan sambil mengurut. memang layan habis lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...