Tuesday, August 6, 2019

Mood Travel Memperkenalkan Program Kembara Halal Eropah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri Majlis Hi Tea Kembara Halal Eropah yang dianjurkan oleh Mood Expert Travel & Tours dan juga Juara Travel. Majlis Hi Tea ini juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada syarikat-syarikat penerbangan seperti Etihad Airways dan juga Oman Air. Majlis ini bertujuan untuk memperkenal dan melancarkan program Kembara Halal Eropah kepada agensi-agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Bumitra Malaysia. Terdapat banyak tawaran yang menarik di bawah program Kembara Halal Eropah ini. Ikuti butirannya !


Kembara Halal Eropah merupakan satu program yang memperkenalkan pakej SIC (Seat-in-Coach 2 pax to go) ke Eropah kepada agensi pelancongan di Malaysia. Ia sekaligus dapat meluaskan sayap kepada agensi pelancongan di Malaysia dalam perkhidmatan pelancongan yang sedia ada dan membantu meningkatkan hasil jualan.

Program ini menawarkan harga pakej mengembara benua Eropah pada nilai yang sangat berpatutan dan servis perkhidmatan yang pasti memuaskan. Komisyen sebanyak RM6000 dan sokongan teknikal juga ditawarkan buat agensi pelancongan yang terlibat.


Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mood Travel ialah :
  • B2B (Business To Business)
  • Private
  • MICE (Meeting, Incentives, Conferences & Events)

Kenapa memilih untuk mengembara ke Eropah dengan Mood Travel ?
  • Pengangkutan - Luas & selesa, dilengkapi tandas di dalam bas, pemandu pelancong yang mesra.
  • Tempat tinggal - Hotel yang selesa dan bertaraf 3 bintang keatas.
  • Makanan Halal - Kesemua restoran yang dibawa pergi adalah halal.
  • Solat - Sangat dititikberatkan bab waktu solat. Solat diawal waktu dan di tempat yang selesa untuk bersolat.
  • Pemandu pelancong - Berpengalaman, mesra dan menetap di UK lebih 10 tahun.
  • Membeli-belah - Memperuntukkan banyak masa untuk membeli-belah


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut :


Telefon : 03-89229376 or 018-3807828

Jom ramai-ramai kita melancong ke benua Eropah dengan harga pakej yang sangat berbaloi dari Mood Travel nie.


15 comments:

  1. Bagusnya ada pakej yang halal macam ni. Barulah senang hati nak travel ke europe. Tak perlu ragu-ragu dah. Nanti akak nak usha lah pakej dia. Mana tau rezeki sampai ke europe tahun ni. Thanks zharif sharing.

    ReplyDelete
  2. Penting sgt cari pakej holiday yg mementingkan halalan toyyiban.
    Travel dgn hati dan minda yg aman.
    Lelebih ke negara bukan islam.

    ReplyDelete
  3. menarik. teringin nak travel, tapi masih belum tahu nk ke mana, bolehlah lepas ni nak try gunakan khidmat Mood Travel. :) terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  4. Bolelah memilih MOOD Travel kalau nak melancong ke Eropah nantikan...tak perlu risau..bole melancong dengan tenang kerana mood travel memang berpengalaman

    ReplyDelete
  5. Bila ke luar negara. Kita sebagai orang Islam sangat pentingkan pemakanan yang halal kan dan juga tempat bersolat.

    Tahniah, Mood travel ada ciri ciri begitu. Terbaikk servis nya :)

    ReplyDelete
  6. senang bila ada agensi yang lengkap dengan kemudahan semua paling penting halal..sennag takyah sush2 cari..semua dah disediakan..tinggal travle je..bestnya Eropah

    ReplyDelete
  7. Wah bagusnya lps ni nak travel eropah dah tahu ada pkej halal. Boleh rekomen kat keluarga dan kengkawan juga

    ReplyDelete
  8. Kepala siapa la yg memikirkan idea ni. Bagus sangat hokey! This package gonna make Mood Travel move forward faster dalam industri perlancongan & percutian ni

    ReplyDelete
  9. Wow!!!!!!!!!!! Mr Zharif Azis............ your blog post is way to awesome!!!!!!!!!!!!!!!!! 😍😍😍😍😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  10. aku terus buka web mood travel sbb aku rasa this idea is really cool. senang kan nk travel ke eropah. lagi2 kita muslim. nak kena cari makanan yg halal lagi.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya ada pakej halal untuk mereka yang travel ke eropah.. TB belum ada rezeki lagi nak kemana2.. haha.. jeles tengok korang dah merata-rata sampai..

    ReplyDelete
  12. Good news to friends wanna travel to Europe! Will share this to my friends for their reference.

    ReplyDelete
  13. weyyyyyyy.. kebetulan sungguh akak memang tengah cari pakej bercuti tapi nak yang macam ni lah.. senang.. hee~ thanx dik !!

    ReplyDelete
  14. Menarik ni. Bookmark ssiap! Hehehe

    ReplyDelete
  15. Ok boleh letak dalam waiting list. Thanks Zharif for the info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini