Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahukah korang bahawa susu soya sebenarnya boleh dijadikan salah satu bahan masakan ? Aku sebenarnya baru pertama kali menyaksikan demonstrasi masakan menggunakan susu soya dalam masakan. Ikuti butirannya !
Secara jujurnya, aku tak minum soya. Bukan sebab aku ada alergik terhadap soya ke apa, aku cuma memang tak suka rasa dia. Entahlah, rasa dia tekak aku tak boleh terima. Jadinya aku agak kurang cakna sedikit akan kegunaan susu soya selain untuk diminum. Baru-baru ini aku mengikuti kelas masakan Chef Sidney Kan di Petaling Jaya. Ini merupakan kali pertama aku mengikuti kelas masakan beliau. Jadinya aku sedikit teruja. Ternyata, kelas beliau memang best sebab beliau sangat kelakar dan bersahaja ketika memasak.
Tak lokek berkongsi tips dan ilmu dalam mengendalikan perkakas elektrik dapur. Yang nie paling best. Yelah, untuk orang yang jarang masak macam aku nie, kadang mana aware sangat hal-hal mekanikal perkakas dapur nie. Sedikit sebanyak belajar sesuatu jugaklah aku mengenai perkakas dapur dekat kelas masakan Chef Sidney.
Semasa demosntrasi masakan yang beliau tunjukkan, aku agak terkejut apabila susu soya digunakan dalam masakan. Aku tak pernah jumpa lagi mana-mana chef menggunakan susu soya dalam masakan. Jadinya aku agak sedikit terkesima.
AL Soymilk Fish Broth |
Terdapat 3 menu yang beliau sediakan dan kesemua menu ini sangat mudah untuk dimasak. Bahan-bahan juga tak rumit dan yang penting, rasa dia sedap. Tak sangka tekak aku boleh toleransi dengan rasa susu soya. Bila susu soya dijadikan bahan masakan, rasa dia lain dan sedap. Tidak memuakkan. Korang kena cuba kat rumah.
AL Soymilk Chicken Curry |
AL Soymilk Healthy Egg |
Susu soya yang digunakan ialah dari jenama Active Life. Aku agak sedikit kurang cakna akan kebaikan susu soya sebab aku tak minum soya. Chef Sidney ada berkongsi pada kami, bahawa yang susu soya nie rendah kolestrol. Bagus untuk mereka yang menghidap sakit jantung dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser prostat.
Tambahnya lagi, susu soya dari Active Life khususnya, diperbuat daripada kacang soya organik tanpa kulitnya, 100% tanpa GMO. Active Soymilk dari Active Life ini kaya dengan khasiat fenugreek, prebiotik dan probiotik yang mana ia bagus untuk sistem penghadaman kita. Ibu-ibu yang menyusukan anak sangatlah disarankan pengambilan susu soya ini. Bukan ibu yang menyusukan sahaja, kanak-kanak dari umur 6 bulan ke atas juga boleh minum kerana ia kaya dengan omega, vitamin A, B12 dan juga D3.
Kalau anda ingin mencuba sendiri susu soya dari Active Life, boleh dapatkan di farmasi-farmasi dan pasaraya yang ebrdekatan. Nanti boleh cuba menggunakan susu soya dalam masakan macam Chef Sidney kongsikan. Korang juga boleh dapatkan sampel percuma untuk susu soya Active Life ini dengan melayari laman sesawang Facebook mereka dan daftar untuk dapatkan sampel produk secara PERCUMA.
Facebook : https://www.facebook.com/activelifemy
Website : http://activelife.com.my/
Kak min suka soya..dulu2 buat sendiri susu soya kat umah tau! Skrg dah ada active life mudah la..siap pakej leh wat masakan seai
ReplyDeleteSusu soya dgn air soya yg biasa ada di apsaran tu ada beza tak? Tapi ni first time dengar brand Active Life. Dan first time juga tahu susu soya boleh dgunakan dlm masakan dan hasilnya ummpphhh juga. Boleh try, sbb organik kan. Mesti bagus
ReplyDeleteSekarang jugak nak pm page activelifemy utk dapatkan free sample haha. Terliuq jugak tengok kari ayam soya milk. Campur pulak dengan telur masakan soya milk. Boleh cuba dkt rumah
ReplyDeleteoh, menggantikan santan kan. dan untuk mereka yang jaga kolestrol elok tukar kepada soy ni. bagus bagus. inovatif.
ReplyDeletesarah pun memang jenis tak makan soya tapi memang mostly ramai yang guna soya dalam masakan diorang sebab tu selalu tak perasan yang sebenarnya dah pernah telan soya hahaha
ReplyDeleteAwareness utk healthy food ni bagus,
ReplyDeletememang menarik la event ni,
banyak yang boleh belajar dan dapat info yg berguna.
terbaik lah boleh tambah susu soya dalam makanan sebab ada yang tak boleh minum susu lembu. Susu soya pun bagus untuk kesihatan. Boleh tambah dalam list ingredients dalam masakan lepas ni
ReplyDeleteSama la macam marina. Dulu tak boleh terima tekak soya ni. Pastu cuba, dah boleh terima. Tapi certain brand je yg boleh terima. Kalau yg biasa jual kat bazar tu tak tau la boleh terima ke tak. Masak guna soya, tak pernah try n takut nak try sebab takut tkleh terima tekak
ReplyDeleteWahh sedapnyaa nampakk.. Menarik sangat ni sebab organik.. Sebab sedap, lagilah mantopp! Nanti nak carilah. Thanks for the info!
ReplyDeleteWah macam2 juga ya menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan produk ini. Nanti syira nak cari la
ReplyDeleteWah satu pengalaman yang baharu kan bro. 2 dalam 1. yang pertama ilmu dan kedua pengalaman yang berharga. Semoga ia manfaat kepada masa akan datang , jangan lupa share resipi pulak haha
ReplyDeleteSis pun minum air soya ni..tapi brand lain lah. Nanti boleh cuba yg ni pulak. Tak tahu pulak boleh masukkan dlam makanan..terbaiklah, boleh cuba nanti
ReplyDeleteGuna susu soya? Wow
ReplyDeleteRawlins pun first time dengar nie. Perihal kebaikan soya tu memang kita tau sedikit sebanyak sebab memang suka minum soya.
I pernah beli susu soya serbuk brand lain, either hard to kacau or kena bancuh dgn air certain temperature. Is this one easy to kacau2? Anddd in my chinese family we use susu soya fresh buat masakan, bean curd and even tofu! Don't know this one can buat like that also or not.
ReplyDeleteI love this brand's soy milk.. taste so nice and yummy... it's great to use it for cooking meals.... great nutritious and great taste.....
ReplyDeleteSuka dengan cara chef sid masak. Simple dan sedap. Dan x sangka boleh letak soya dalam lauk paukkan hehe
ReplyDeletelagi bagus masak guna soy milk..rs lg sedap dan tahan lama..
ReplyDeleteXtau pula susu soya boleh jadi bahan masakan yaa....pertama kali dengar...mungkin selepas ni boleh follow cara chef ni masak....thnks zharif tuk infor
ReplyDelete