Friday, February 28, 2014

Pagar Gigi Dah Tiada

Assalamualaikum

Rasa pelik. Rasa hairan. Yelahhh dah dekat seminggu orang masih tak perasan. Bila ditanya ada perubahan ke tidak dekat diri ini, perkara pertama yang mereka perasan mesti tentang kekurusan aku tu. Pelik. 1kg naik tu macam tak bermakna apa-apa nampaknya. Menyedihkan. Bila ditanya lagi, ada perubahan lain tak ? Mesti mention wahh rambut baru. Okey, itu satu. Tapi kan ada yang lagi obvious. Lagi terang-terangan ibarat disuluh dengan lampu stadium.

Tuesday, February 18, 2014

Bermulalah Semester 3

Assalamualaikum

Setelah honeymoon selama sebulan di rumah, maka sudah tiba masanya untuk diri ini pulang semula ke bumi Tanjung Malim. Rasa malas betul nak mulakan semester baru selepas lama bercuti. Hari pendaftaran kolej kediaman pon bermula. Macam biasa kena pergi ke pejabat kolej untuk ambil kunci bilik. Boleh pula aku lupa bawa kad matrik masa nak daftar kolej nie. Tak memasal kena punggah barang-barang dalam kereta semata nak cari kad matrik. 

Wednesday, February 5, 2014

I am 21

Assalamualaikum

Pada 29 Januari 1993, bayi seberat 3.10 kg telah lahir ke muka bumi ini pada jam 7.08 malam waktu tempatan sewaktu azan maghrib sedang berkumandang. Kini, umurnya sudah menjangkau 21 tahun. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh yang maha Esa untuk bernafas di Bumi yang penuh pencemaran ini.