Sunday, June 28, 2020

Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara Menerima Sumbangan Terowong Disinfeksi & Alatan Sanitasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia dan negara kita, pelbagai tempat dan rutin harian kita terbatas. Antara tempat yang teruk terjejas ialah taman tema hiburan, panggung wayang dan juga kawasan ibadah. Alhamdulillah, terdapat peningkatan kehidupan di mana banyak kawasan dibenarkan untuk beroperasi semula secara berperingkat. Apabila kerajaan mengumumkan pembukaan semula beberapa tempat secara berperingkat, ramai kini sudah menarik nafas lega. Namun banyak SOP perlu dipatuhi bagi mengelakkan kluster baharu Covid-19.


Monday, June 22, 2020

Berkhemah di Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini merupakan pengalaman pertama aku merancang untuk berkhemah dengan kawan-kawan. Saja cuba bawa kelainan untuk percutian kali nie. Tak sangka, menjadi juga perancangan kami nie setelah banyak kali tertunda. Maklumlah, jadual sebagai seorang pelajar nie tak boleh nak jangka. Rasa macam lapang tak ada kerja, tuptup ambik kau, assignment bertimbun. Sebab tu banyak kali tertunda. Dan akhirnya, awal January lalu, kami berjaya jugak tunaikan hajat untuk pergi berkhemah. Ikuti butirannya !

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Sunday, June 14, 2020

Cegah Jangkitan Covid-19 Dengan Pembasmi Kuman Kleenso Kills Germs Disinfectant

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak pandemik Covid-19 mula tular ke seluruh dunia, ramai mulai risau akan kebersihan diri dan keadaan sekeliling. Sehingga sampai satu masa, seluruh pasaraya kehabisan stok segala pembersih pembasmi kuman dan juga hand sanitizer. Begitu hebat penangan Covid-19 memberi kesan pada kehidupan kita kini. Banyak norma-norma baharu perlu diikuti untuk memutuskan rangkaian Covid-19. Ikuti butirannya !