Sunday, June 14, 2020

Cegah Jangkitan Covid-19 Dengan Pembasmi Kuman Kleenso Kills Germs Disinfectant

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak pandemik Covid-19 mula tular ke seluruh dunia, ramai mulai risau akan kebersihan diri dan keadaan sekeliling. Sehingga sampai satu masa, seluruh pasaraya kehabisan stok segala pembersih pembasmi kuman dan juga hand sanitizer. Begitu hebat penangan Covid-19 memberi kesan pada kehidupan kita kini. Banyak norma-norma baharu perlu diikuti untuk memutuskan rangkaian Covid-19. Ikuti butirannya !


Kalau dulu, tak ramai begitu ambil berat akan kebersihan sesuatu barang atau tempat. Tapi sekarang, kalau boleh semua benda kita nak sanitize dengan pembasmi kuman, betul tak ? Dulu, boleh je keluar sesuka hati tanpa pakai mask, tanpa bawa hand sanitizer. Tapi sekarang, hand sanitizer dan juga topeng muka wajib kita bawa ke mana-mana. 

Jadi baru-baru nie aku diperkenalkan dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant yang mana bagi aku ianya sangat bagus untuk kita miliki. Sebabnya disinfectant ini bersifat cecair dan senang untuk dipakai pada semua jenis barang dan tempat. Malah, penggunaannya kita dapat kawal. Hanya perluy spray sahaja ke permukaan mana yang kita mahukan.


Malah, terdapat pelbagai cara untuk menggunakan Kleenso Kills Germs Disinfectant nie. Secara umumnya hanya perlu spray sahaja ke mana-mana permukaan untuk 10 minit, lepastu lap dengan kain lembap. Mudah je. Kalau untuk barang-barang yang melibatkan makanan, contohnya buah-buahan ke, korang boleh lap buah-buahan tersebut menggunakan sponge yang dah dispray dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant ini, kemudian bilas dengan air bersih.

Untuk kegunaan seperti mop lantai, boleh letakkan satu cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant ke dalam 4 litre air.  Kemudian boleh mop lantai seperti biasa menggunakan air campuran tadi. Kalau untuk pembersihan tandas pula, tuang 1/2 cawan Kleenso ke dalam mangkuk tandas dan kemudian berus. Selepas itu, baru flush seperti biasa. Manakala untuk bersihkan baju dari bakteria, tuangkan 2 cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant ke dalam 3 litre air. Rendam baju-baju tersebut dalam air tersebut untuk 3 minit dan kemudian bilas dengan air, barulah dijemur untuk dikeringkan. 


Sekarang dah jadi macam rutin, setiap kali bawa masuk barang-barang dari luar ke rumah, dan barang tersebut sudah disentuh oleh orang lain, aku akan spray dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant terlebih dahulu untuk nyahkan bakteria. Terutama sekali bila menerima bungkusan-bungkusan yang dihantar oleh abang-abang kurier. Mesti kena nyahkan bakteria terlebih dahulu sebelum buka dan bawa masuk ke rumah. Takut bila memikirkan entah siapa-siapa yang dah sentuh bungkusan tu. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kita spray je dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant nie. 


Kleenso Kills Germs Disinfectant ini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran seperti Parkson, MR. DIY, TF Mart dan Family Store di seluruh Malaysia. Atau korang boleh beli secara atas talian di Kleenso Online Store :


Terdapat dalam dua saiz, 500 ml dan juga 4 litre. Wajib ada dekat rumah ataupun di pejabat. Dijamin suci dan bersih sebab aku difahamkan, produk ini tidak mengandungi kandungan alkohol macam produk pembasmi kuman yang lain. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, boleh layari laman Facebook mereka di :


16 comments:

  1. Nasib hang tak spray kat abam delivery tu sekali dengan kenderaan beliau. Hehe
    Tapi memang Kleenso nie memang berbaloi beli - bersih kejadian selepas spray kan

    ReplyDelete
  2. Bestla produk ni.. ramainyg review semua jata puas hati.. nak trylah nanti

    ReplyDelete
  3. Dah masuk dah dalam otak produk Kleenso ni apabila ramai pakat rekomen produk terbaik utk membasmi kuman. Nanti nak tgk kat kedai.

    ReplyDelete
  4. Uwaaai. ramai eh guna Kleenso sekarang.

    ReplyDelete
  5. kalau terima barang arau beli barang dari kedai, memang wajib disinfect ni sebab nak jaga supaya family terhindar dari sebarang kemungkinan, bagus yang ada spray sebab senang nak guna

    ReplyDelete
  6. femes la produk ni. berkenan pulak untuk nak bersihkan peti ais, microwave and kereta.

    ReplyDelete
  7. Yaaa Sis ada ni 2 botol, beli kat DIY .. bagus sangat, paling kerap Sis guna buat cuci kemas dapur aje .. ingat nanti nak beli dan simpan buat stok laaaa

    ReplyDelete
  8. Makin ramai y recommend brand ni sekarang. Boleh lah dapatkan daripada kedai2 berdekatan

    ReplyDelete
  9. Masa sekrg memg memerlukan sesuau yang boleh halang kuman or virus dlm rumah. Bgus ni. Memang kene ade satu ni. Lagi ade budk kecik dlm rumah kita

    ReplyDelete
  10. ramai yang recommend . beli kat diy pun ada. hahaha. nampak sangat ni mak2 sangat semua brg beli dekat diy. sama macam sis lin, beli buat cuci area dapur dan perkakas2 dapur

    ReplyDelete
  11. banyak brand dah kan sanitizer ni. thanks recommend yg ni. nanti boleh cari

    ReplyDelete
  12. bagusnya kleenso dah ada product disinfection ni! I kalau mencuci memang guna kleenso cleaning spray sebab berkesan. Lepas dah cuci, boleh guna spray ni pulak

    ReplyDelete
  13. Hi-5 sikit Zharif... samalah kita, guna produk Kleenso ni jugaks... kat rumah satu, kat dalam kereta satu, kat opis satu... at least kita dah sediakan apa yang diperlukan untuk memastikan yang kebersihan sentiasa menjadi amalan kita kannnn...

    ReplyDelete
  14. Nak juga lah kleenso ni. Ada juga guna kat rumah tapi brand lain farmasi punya jugak. Memang kalau parcel sampai je terus spray. ada juga buat lap bahagian dapur. boleh juga cuba yang ini.

    ReplyDelete
  15. Baguslah produk ni... boleh kita spray kat mana-mana bagi membasmi dan membunuh kuman. Kleenso ni pun orang kata bagus dan berkesan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini