Wednesday, June 26, 2019

DG Studio Adakan Pameran Barang-Barang Trendy Hong Kong di IOI City Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jumaat lepas aku dan rakan-rakan se-UPM berjalan-jalan di sekitar IOI City Mall, Putrajaya. Pelajar UPM dan IOI City Mall berpisah tiada. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat yang jaraknya 5 minit je. Eh, macam nggak nyambung peribahasanya 😅 Apa-apa pon, ikuti butirannya !


Dalam pada nak cari lokasi untuk makan, nampak satu booth yang dibuka betul-betul berhadapan dengan Subway di aras LG. Singgah sekejap kesitu. Sangat terpesona dengan idea dan inovatif yang dipamerkan di sini. Barang-barang tersebut dibawa dari Hong Kong dan kesemua barang-barang yang dipamerkan di sini kesemuanya mesra alam.

Eco Concepts

Konstar

Dengan bertemakan "Gaya Hidup Trendy Hong Kong", DG Studio membawakan lebih 14 jenama dari Hong Kong yang inovatif di pameran tersebut. Antaranya ialah :
  • Artiart
  • Cardhoda
  • Eco Concepts
  • FLUFFY House
  • Hooble
  • Hyone
  • Kilovest
  • Konstar
  • MH Blocks
  • Paris Garden
  • SOAP Studio
  • Tea Lab
  • Team Green
  • TINY

SOAP Studio dan TINY akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang akan bertempat di PWTC Dewan 4 Booth 101,102, 107 dan 108 dari 22 June sehingga 23 June ini

Team Green

PARIS Garden

Ini merupakan kali kedua, Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini. Usaha yang dimulakan sejak tahun 2015 ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan juga offline di serata negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong.

CardHoda

Kilovest

Peningkatan jualan yang memberangsangkan membuatkan mereka kembali mempamerkan jenama-jenama ini di pasaran Malaysia. Kini mereka mempunyai beberapa fizikal store yang terdapat di sekitar Semenanjung Malaysia.

Ketika berada di pameran ini, aku sangat berkenan dengan tumbler dari Artiart yang dipamerkan di sini, fungsi suction dia tu sangat bagus. Tak mudah jatuh kalau tersinggul. Jadi tak adalah benda tu jatuh dan air tertumpah. Bagus untuk mereka yang clumsy seperti aku.

Artiart

HyOne

Bagi mereka yang terlepas peluang atau jauh untuk datang ke pameran ini, jangan risau sebab kalian boleh terus ke fizikal store DG Studio yang terdapat di lokasi-lokasi terpilih di semenanjung Malaysia.
  • Parkson Elite di Pavilion KL
  • Parkson di 1 Utama Shopping Centre
  • CM3 di Sunway Pyramid
  • Times Bookstore di Pavilion KL
  • Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
  • Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang


Pameran di IOI City Mall ini akan berlangsung sehingga 30 June 2019. Cepat singgah sekarang kalau nak dapatkan barang-barang trendy dan cute yang mesra alam dari DG Studio. 2 tumbler aku dah sambar, korang bila lagi ?

13 comments:

  1. Cecantik pulak barangan Hong Kong ni. Lebih cantik sebab mall ni pun tak jauh dari rumah akak. Banyak juga barangan unik kat sini ye?. Tote bag warna warni tu menarik mata akak...Hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya semua suka tengok tumblr pelbagai warna tu. nanti nak singgah sini la cuci mata. Tote bag dia pun lawa

    ReplyDelete
  3. Konstar tu kita dah lama mengidam yer nak memang cari dari dulu harga masih mahal hehehehe tak apa nanti kita pergi kat pameran ni borong semua wakakak.. Mereka ni kreativ dalam hasil produk yang berguna untuk semua pengguna...

    ReplyDelete
  4. Malam nie Rawlins nak ke IOI City Mall, maka boleh la nak tengok pameran nie.
    Bimbang Rawlins akan terbeli je kang. Bahaya jika jumpa menatang cute sebegini.

    ReplyDelete
  5. Macam best best je barang dia. Dah la very practical, design menarik pulak tu. Beg Kilovest tu made of silicon ke? Lain macam je material dia. Lain macam yg macam best. Hehe

    ReplyDelete
  6. Uiii berkenan sungguh la I dengan artiart tumbler tu. Warna menarik. Paling penting spill proof. Tak.mudah terbalik.

    ReplyDelete
  7. ehh ada card wallet lah, dah lama cari yang design lawa macam tu, weekend ni nak singgah lah IOI city mall boleh beli. Thanks for info

    ReplyDelete
  8. TB geram tengok yang gambar bertajuk Konstar tu.. giler tak geram.. Gadget dapur kottt.. pasti ramai yang suka tengok tu kalau yang jenis memang selalu di dapur kan

    ReplyDelete
  9. Alamakk..knp comel2 je tgok.. Design dia simple tp cantik pula bila tengok...tp wawa kenan kat tumbler dia dan beg tu... Design dia mcm mesra alam gitu kalau guna... Tak penah ke hongkong lg tu xtau design sana cmne.. Ni dh tau so no wonderlah bila tgk suasana kt hongkong dlm google nmpk bersih je..

    ReplyDelete
  10. ada duit ni semua nak sapu. bagi semua equipment, cawan2 comel belaka. aduhai menggugat iman betul entri ni

    ReplyDelete
  11. best yer semua barang kat pameran ni, cute dan trendy. Tak sempat nak pergi minggu lepas, hujung minggu ni kena amik kesempatan cuci mata di IOI City Mall.

    ReplyDelete
  12. wahh cantiknya design semua produk yang join DG Studio ni! Boleh singgah tengok dan belek sebab kebetulan nak shopping dekat 1 Utama weekend ni. Suka tengok PARIS Garden tu!

    ReplyDelete
  13. bru je p smlm ioi x psn plak kedai ni alamakk rugi x sggah! omg that cardhoda cardholder ke passport cover tu?? nice giler!!!!!!!! n that siibag pun alamak i mmg suke material silicon ni!! nnt ble p usha la ioi dekat je ngn umah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini