Thursday, June 27, 2019

Tempat Makan Best di Kota Damansara - The 3rd Place Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru nie aku menghadiri rumah terbuka di sekitar Kota Damansara. Walaupun dah makan banyak dekat rumah terbuka tu, somehow perut nie masih lagi berkeroncong nak minta untuk diisi. Mulanya cari kafe yang hidang minum petang je, maka terjumpalah aku dengan The 3rd Place Cafe yang terletak di Kota Damansara. Ikuti butirannya !


Kafe nie berada agak sedikit tersorok dan berada di kawasan kilang-kilang. Pada mulanya rasa curiga jugak dengan Waze yang membawa kami ke sini. Betul ke ini tempatnya, macam-macam bermain di fikiran. Tapi bila dah nampak landmark The 3rd Cafe nie, aku pon cepat-cepat masuk sebab tak sabar nak mencuba menu-menu di sini.


Niat asal nak minum petang bertukar menjadi pelahap tak ingat dunia. Hahahaa. Serious lah weyh, menu-menu di sini sangat bermacam-macam jenis. Dan semuanya nampak sungguh menyelerakan ! Bila lihat je menu, rasa macam nak cuba semua. Konsep di The 3rd Cafe nie kira macam western fusion cafe lah. Ada menyediakan menu sarapan pagi, minum petang, hidangan barat dan juga hidangan tradisional masyarakat Asia.

Meyhlah aku perkenalkan satu persatu menu yang telah aku cuba pada hari kejadian.

Breakfast Menu



Portion menu sarapan di sini agak meriah ya. Boleh kongsi untuk dua orang kalau jenis yang tak makan banyak. Tapi bagi aku, boleh je habiskan dua-dua pinggan nie. Hotdog dia best sangat, sedap rasanya. The Big English Breakfast tu paling best. Kenyang dibuatnya. Kalau nak sarapan menu simple je, boleh cuba Scrambled Egg Croissant.

Pasta



Untuk mereka yang menggemari hidangan pasta, sangat disarankan untuk mencuba ketiga-tiga menu pasta di The 3rd Cafe nie. Ya Allah sedap sangat !! Terutama sekali Pasta Alla Carbonara tu. Serious sedap sangat. Creamy dan fresh. Cair dimulut, serious boleh bertambah pinggan dibuatnya.

Main Dishes



Sebagai peminat ikan salmon, sudah tentulah menu ikan salmon menjadi pilihan. Sangat nikmat hidangan salmon di sini, rasa dia betul-betul cukup. Seabass dengan Potato Puree tu pon best. Rasa dia harmoni bila kita tuang sos yang disediakan.

Asian Delights



Yang mencari menu-menu asians di kedai makan western, kau dah kenapa ? Tapi tak perlu risau, sebab dekat The 3rd Cafe nie still menyediakan makanan-makanan yang cukup sinonim dengan negara kita. Rasa dia ? Rasanya tidak berubah, tetap sama.

Burgers & Sandwiches



Sesetengah orang, tak suka makan berat-berat. Jadinya, korang boleh pilih untuk makan hidangan burger dan sandwich yang terdapat di sini. Pati burger daging tu sedap betul. Tebal dan sangat juicy. Sandwich dekat sini pon best, rapuh dimulut. Gituh !

Salads & Soups


Not a big fan of salad so tak berani nak komen. For those yang nak hidangan pembuka selera dalam bentuk salad, boleh pilih variasi hidangan salad yang terdapat di sini. Bagi mereka yang menggemari sup-sup, sangat disarankan untuk emncuba kedua-dua jenis sup di sini. Ya Allah sedap sangat !! Terutama sekali Seafood Chowder soup tu. Kaya dengan makanan laut dalam tu. Meriah betul. Boleh rasa di setiap sudu isi makanan laut dalam soup tu.


Pencuci Mulut


Lepas dah makan semua, aku pasti korang nak kan hidangan yang manis sebagai penutup. Betul tak ? Jadi aku sarankan untuk mencuba kedua-dua menu pencuci mulut di sini. Banana Fritters tu best. Rasa dia sangat harmoni bila campur dengan ice cream vanilla. Creme Brulee tu pon best, tak terlampau manis.

Minuman


Terdapat pelbagai jenis minuman yang disediakan di sini. Untuk aku, aku order air lemonade, simply because i love sour drinks. Dan ditutupi dengan Caffe Latte. Kopi di sini diimport khas dari brazil tau. Sebab tu rasa dia sangat kaya dan creamy. Sangat umphhhhh !


Kami diberitahu, barista di The 3rd Cafe nie merupakan pemenang ketiga di dalam pertandingan Black Horse Master of Latte Art 2019. Jadi korang boleh perhatikan seni beliau di dalam setiap cawan yang dihidangkan kepada pengunjung yang ingin menikmati caffe latte di sini.


Sangat disarankan untuk korang mencuba menu-menu di sini. Semuanya sangat sedap. Presentation pon menarik dan berwarna-warni. Rasa dia pon sedap. Harga dia standard dan bagi aku mampu milik dan berbaloi untuk portion sebegitu. Kalau korang berada di sekitar Kota Damansara dan tercari-cari kafe atau tempat makan best, boleh cuba The 3rd Place Cafe. Butirannya ada di bawah :

The 3rd Place Cafe

(Signature Kitchen Building) 
Lot 24, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, PJU 5 Petaling Jaya, Selangor
No telefon : 03-6286 7033

Waktu operasi : Isnin - Sabtu ( 8.00 AM - 5.00 PM )


13 comments:

  1. wah.. nampak menyelerakan semua dalam gambar tu zharif.. terliur tengok.. huhu.. TB takpernah datang tempat ni lagi tapi tengok suasana dan keadaan The 3rd Place Cafe ni macam tenang dan membuka selera nak makan je.. heheh..

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak tanya tuan kedai kenapa nama restore tu 3rd place? Unik betul nama. Biasa orang akan letak 1st. Hehe Cantik lagi menyelerakan makanan yang disediakan. Paling suka tengok cara pasta disusun di dalam pinggan. Letak ke tepi macam roti pasta yang di gulung pun ada. Air pun nampak pekat dan lazat!

    ReplyDelete
  3. Cantiknya cara dia susun makanan atas pinggan terus nampak macam mahal dan menyelerakan. Airah suka makan breakfast menu macam tu kalau singgah any cafe. Paling tempted nak try pasta diaorang

    ReplyDelete
  4. Melihat pada harga hot2 jugak. hehe. Tidak menjadi masalah kerana ia berada di Bandar Raya. hehe. Kalau di kedah, perah otak owner nak berjuang di dalam perniagaan. Melihat pada masakan nampak sedap. Kelak Naim ke sana akan cuba satu-satu yang best. Tak boleh semua.. burn duit ooo haha

    ReplyDelete
  5. Ehh tu makan betul ker atau hanya untuk demo sahaja heeheh nampak macam tak real lak wakakakaka tapi banyak nya makanan siap pakai baju raya lagi pergi review bestnya wakakakaka...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makanan dan menu-menu diatas dan harga makanannya pun tak mahal harga mampu milik. Bolehlah pergi nanti

    ReplyDelete
  7. ya Allah, kenapa neeza baru tahu pasal 3rd place ni.. tu lah duduk kota dame tak nak discover padahal syurga makanan kot.. nampak sedap giler makanan dekat 3rd place ni.. hmm latte tu nampak sungguh menggoda laaa

    ReplyDelete
  8. Menyesal baca post ni time tengah lapar, semua makanan nampak tempting habis. Nasib baik dekat dengan office husband. Bolehlah ajak dia makan dekat sini. Environment pun nampak santai dengan tenang je.

    ReplyDelete
  9. The food looks so good, I'll drop by for a visit this weekend with my family.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya food dia. Banyak plak choice and harganya pun berbaloi tu.
    Air tu kenapa nampak sedap sangat? Kenapa?
    Nie buat Rawlins kecur liur, especially nasi lemak tu.

    ReplyDelete
  11. All the food here looks ridiculously delicious and presentable at the same time. Would love to be here on day to enjoy the amazing spread of food. :) The signature nasi lemak with rendang looks scrumptious :D

    ReplyDelete
  12. I really want to try this place out! I saw the other day someone sharing their experience on this place too, and so far everyone including you talks about it positively. The price is also not too bad. Hurmmm when should I go?

    ReplyDelete
  13. Sedapnya.. Boleh la AM ajak boss singgah cuba menu di sini sebelum meeting di Sri Pentas nnti.. Thanks atas info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini