Assalamualaikum
7 Sept yang lalu, aku hadiri satu jemputan dari tempat kerja ayah aku bersempena mesyuarat agung tahunan koperasi kali ke-29. Setiap kali mesyuarat agung nie, dorang akan hadiahkan saguhati kepada anak-anak anggota yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan juga SPM. Tapi dalam kes aku, bukanlah sebab aku dapat result cemerlang ke apa, bukan. Aku dalam kategori anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke universiti, tak kira lah universiti tu swasta mahupon kerajaan. Tapi adik-beradik aku yang lain tak dapat, sebab ayah aku kata ini untuk yang melanjutkan ke peringkat ijazah sarjana muda sahaja.