Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku nie kalau bab masak memang nombor satu. Aku suka mencuba masak menu baharu. Pantang nampak makanan sedap sikit dekat kaca tv atau dekat laman sosial, terus cari tutorial memasak dekat youtube. Macam-macam aku cuba masak. Tapinya, ada satu bab yang paling malas dalam dunia nie ialah nak membasuh perkakas dan pinggan mangkuk yang digunakan selepas memasak. Bab yang nie aku lemah sikit.