Monday, February 4, 2019

Jakel Meraikan Kakitangan Bersempena Ulangtahunnya Ke-35

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa sangka perniagaan kecil-kecilan yang dibuka di Johor awal tahun 1983 dahulu kini menjadi gedung textile nombor satu negara. Jakel yang dahulunya mula beroperasi di Muar, kini telah memiliki lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia. Baru-baru ini, aku berkesempatan menghadiri majlis makan malam ulangtahun Jakel ke-35 di Kuala Lumpur Convention Centre pada 31 January yang lalu. Ikuti butirannya !



Majlis makan malam ulangtahun Jakel ke-35 telah berlangsung dengan bertemakan Glitz & Glam yang dihadiri lebih 1500 jemputan yang terdiri daripada pekerja-pekerja Jakel sendiri dari seluruh cawangan. Turut hadir adalah dari kalangan rakan niaga dan pemegang saham syarikat, termasuk beberapa tetamu istimewa, ibunda keluarga Jakel iaitu Puan Hajjah Hajrabanu Osman dan beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza berserta suami, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Photo credit : Ruby.my



Di samping menyambut ulangtahunnya yang ke-35, makan malam ini juga merupakan satu penghargaan bagi meraikan mereka-mereka yang bertungkus-lumus menaikkan dan menjayakan perniagaan Jakel tanpa mengira lelah dan mengharungi pelbagai dugaan untuk membina nama. Kejayaan yang dimiliki oleh Jakel hari ini merupakan kejayaan milik semua ahli keluarga Jakel dan kakitangan serta rakan niaga Jakel.

Photo credit : Ruby.my

Kesemua tetamu dihidangkan menu masakan Melayu yang disediakan oleh Kuala Lumpur Convention Centre sambil dihiburkan dengan persembahan-persembahan daripada kakitangan Jakel sendiri. Selain itu, tetamu juga dihiburkan oleh beberapa artis tersohor tanah air seperti Dato Amy Search dan Dato' Sri Siti Nurhaliza sendiri.

Memang sangat meriah acara pada malam itu.


Menikmati sungguh. Photo credit : Ruby.my

Sekiranya kalian tidak maklum, Dato Siti merupakan idolaku sejak dari kecil lagi dan aku belum pernah bersua muka dan bergambar bersama beliau. Alhamdulillah, 26 tahun menanti detik ini, akhirnya aku dipertemukan dengan beliau di dalam satu acara yang sama. Pada mulanya, aku memang tidak tahu siapakah jemputan yang hadir ke acara ini sehinggalah aku menyaksikan sendiri perarakan masuk tetamu VIP-VIP ke dewan. Aku seperti mahu menangis ketika itu.


Malang sekali, aku tidak dapat bergambar bersama beliau. Tidak mengapa, mungki rezeki di waktu lain. Dato' Siti ada mendendangkan lagu "Happy Birthday" dan "Allah Selamatkan Kamu" buat Datuk Faroz. Beliau juga ada bernyanyi duet bersama Dato Amy Search di penghujung acara, namun ketika itu aku sudah pulang. Dapat berjumpa dan mendengar nyanyian beliau secara langsung sudah cukup membahagiakan aku, biarpun cuma lagu hari jadi je.


Photo credit : Ruby.my

Acara kemuncak majlis makan malam ini ialah sesi penganugerahan untuk kakitangan yang berdedikasi dan berprestasi cemerlang sepanjang tahun 2018. Tahniah buat kakitangan yang berjaya merangkul anugerah-anugerah yang disediakan. Teruskan momentum anda. Anugerah-anugerah ini sedikit-sebanyak menjadi pembakar semangat buat kakitangan lain untuk berusaha lebih keras lagi.


Aku ingin mengucapkan tahniah buat kumpulan Jakel di atas kejayaan yang dikecapi hari ini. Semoga perniagaan Jakel terus maju dan mewarnai industri textile negara. Aku difahamkan, Jakel kini melebarkan sayap dengan menceburi bidang pembinaan perumahan, industri pertahanan, bidang teknologi dan lain-lain. Apapun yang diusahakan, aku mendoakan agar ianya sukses. Selamat ulangtahun ke-35 buat Jakel. Ouh ya, juga selamat ulangtahun buat Datuk Feroz juga !

Sedikit sedutan video di mana Dato Sri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu harijadi buat Datok Faroz.



Jualan MURAH sempena ulangtahun Jakel ke-35 sedang berlangsung sehingga 10 Februari 2019. Jadi, cepat-cepatlah datang ke cawangan berdekatan. Bulan puasa dah nak dekat. Baju raya dah tempah ke belum ? Hihi.

16 comments:

  1. wah majlis yang penuh gilang gemilang sampai artis nama besar dekat negara ni turut dijemput hadir. tema pun sangat ngam

    ReplyDelete
  2. bestnya dinner jakel kali ni.
    nampak meriah semuanya.amacam zarif jumpa tok ti?nebes ke tidok?hahaha
    nampak happening je event ni dari update zarif dkt fb.

    ReplyDelete
  3. Jakel antara yang paling unggul di Malaysia dan sentiasa memberikan yang terbaik..the way diorang appreciate staff dan spokesperson pun akak kagum sangat..nak plak dengan aktiviti CSR diorang...antara company yang membanggakan...

    ReplyDelete
  4. Rawlins dah jumpa Dato Sri a few times. Haha. Saja je. Anyway, Happy Bestday to Jakel dan selamat maju jaya pada semua.

    Awak dah beli kain untuk baju melayu ke?

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt pg event jackel,tahun tentu jackel buat sales besar besaran

    ReplyDelete
  6. Yeah! its my birthday month. Boleh request incik asben bawak gi jakel nih. Alang2 ada sale kan ahaks

    ReplyDelete
  7. Pergh dah 35 tahun Jakel berdiri gagah kan. Siapa sangka Jakel boleh bertahan selama ini. Selamat ulangtahun Jakel, semoga bertambah maju dan cemerlang pada masa akan datang

    ReplyDelete
  8. Wahhhh bestnya. Ramai artis pula tu. Saya suka pergi jekel. Kain pun banyak pilihan. Paling best kalau ada sale

    ReplyDelete
  9. Alaaaa takde gambar ngan tok ti ke..akk mmg peminat kain2 jakel. Semuanya cantek2.. btw tahniah jakel 35 tahun yang cemerlang dan gemilang. Moga terus sukses!!

    ReplyDelete
  10. Bestnyaa! Cx baru je pergi jakel harini beli baju raya hahahaha . Siapa tak suka ctdk kan? Rasanya semua orang jadilam idola. Tgk saja ig beliau. Dah capai 6milion. Bangga kot dapat jumpa depan² . Cx pon tak pernah lagi nak dengar ctdk nyanyi live. Kalau cx pon rasa nak nangis dan teruja bila idola ada dpn kita

    ReplyDelete
  11. NI betul2 sikit2 lama2 jadi bukit. Dari kecik sampai berjaya. Bagus x lupakan kakitangan yg jadi "org kuat" bisnes. Smlm baru je shopping kain kat Jakel Mall hehe

    ReplyDelete
  12. masih igt lagi tentang kedai jakel kt segamat....masa tu tahun 2002 Bonda sambung study kt uitm segamat...harga kain2 yg dia jual mmg murah dari kedai kain yg lain...tahniah jakel berjaya melopori industri tekstile sebaris nama gulatis dan lain2...

    ReplyDelete
  13. Meriah ya sambutan hari ulang tahun Jakel 35 .Ramai artis ada. Sama dengan akak minat sangat dengan Dato Ct .Dari dulu sampai sekarang .Kalau dapat vergambar dengan beliau kira untunglah kan. Bukan senang nak bergambar dan jumpa. Selamat ulang tahun ke 35 Jakel!

    ReplyDelete
  14. This is great! Looks like you had a good time here. Happy anniversary Jakel!

    ReplyDelete
  15. Wow! best dapat bergambar dengan Scha and Awal, nice to meet you at this dinner function too.

    ReplyDelete
  16. Dapat tangkap gambar dengan Siti ke tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini