Friday, March 29, 2013

Dapat lesen penuh, kita jalan-jalan ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum 

Hari Sabtu minggu lepas, aku dan adik-beradik aku berjalan-jalan ke Kuala Lumpur untuk meraikan lesen penuh yang aku miliki sekarang. Bayangkan ya, 6 orang disumbat di dalam satu kereta Perodua Kelisa. Tak ke padat kereta tu ? 


Lepas nie, aku dah tak perlu tampal pelekat "P" dekat kereta. Status lesen memandu aku kini berstatus penuh. Yeay !!! Mudah sikitlah sebabnya kalau masih berstatus "P", tiap kali aku memandu kereta orang lain, aku kena bawa pelekat P tu. Kalau aku lupa, dah jadi kerja nak cari kedai jual pelekat tu. 


3 tempat kitorang pergi. Mula pergi Midvalley, lepastu pergi ke Times Square, dan terakhir kami pergi ke Plaza Low Yatt. Aku jarang pergi Midvalley, jadinya sesat sampai tiga kali kot terpusing-pusing di tempt yang sama. Jalan dia agak mengelirukan. Singgah Midvalley semata nak temankan adik perempuan aku main bowling dengan kawan-kawan dia. 



Kami yang tiada kena-mengena dengan permainan itu, terus melangkah kaki masuk ke McDonalds sebab perut dah lapar gila masa nie. Mereput juga tunggu dia main bowling tu. Kami tak main pon, cuma curi-curi main je. Tapi takut juga, takut terkantoi. Hahahaa




Lepastu kembali semula ke Berjaya Times Square untk membeli-belah. Tak ada nak beli apa pon, cuma tengok-tengok je. Kalau berkenan, barulah beli. Cumanya aku memang dah target nak beli external hardisk dengan beg galas. Dapatlah beli satu beg galas dengan external hardisk 1TB.


Harga external hardisk tu ialah RM258. Okaylah sebabnya aku dah bajet RM300 untuk beli external hardisk. Sudah sampai masanya untuk ku beli sebab laptop aku dah tak dapat tampung lagi keberatan segala jadah memory yang ada dalam tu. Space dalam laptop aku dah nyawa-nyawa ikan sangat, dan disebabkan itu, performance dia jadi slow.



Dari pagi, sampai ke malam kitorang keluar. Alhamdulillah sampai di rumah dengan selamat. Nak balik tu ada kejadian yang memalukan sedikit. Aku tak biasa memandu jauh dan menggunakan lebuhraya. Bila sampai dekat plaza tol, aku jadi panik sebab smart tag aku tak boleh dibaca. Kereta dahlah banyak dekat belakang siap hon-hon lagi. Makin gelabah aku dibuatnya. Aku gagahkan diri kibar-kibarkan smart tag tu dan akhirnya, terbuka pon pagar. 

Ahad tu, aku pulang semula ke UPSI. Ayah aku beriya nak hantar aku masa nie, walhal boleh je aku naik KTM. Tambah-tambah sekarang tengah tambang murah semenjak adanya kad 1 Malaysia. Masa dalam perjalanan menuju ke Tanjung Malim, dapat paggilan telefon dari sedara kitorang, mengatakan adik aku yang kecik tu ditimpa kemalangan. 


Parents aku tak lama pon dekat UPSI, lepas solat maghrib dekat masjid UPSI, dorang terus balik rumah. Yelahh, risau sebab adik aku baru je ditimpa kemalangan. Mujur tak adalah sampai retak or patah tulang. Cuma calar balar dan lebam je. Tapi boleh dikatakan teruk juga sebab luka dekat kaki dia ngeri kot. Muka dia lebam habis.

Aku sampai je kolej, terus skype dengan adik aku untuk tengok sendiri keadaan dia. Lebam pipi dia. Kesian tengok. Semalam elok lagi masih boleh ketawa-ketawa dan lincah, tup tup hari nie jadi macam nie pula. Tak apalah dik. Dah bahagian kau. Orang lain cuti sekolah bergembira, kau pula terlantar sakit dekat rumah. Dengar cerita, yang melanggar adik aku nie lebih parah keadaan dia. Tulah, bawa motor laju sangat sampai tak sempat brek. Kawasan kampung kot.

Post edited : August 2021

12 comments:

  1. Assalamualaikum dik. good luck! akak pun joined dah! hehehe. vahvah kerlas kau menang iftar bersama ME dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam =) lajunya kak sheila comment =D
      wahh gudluck kak sheila ^^

      Delete
    2. hohoho. akak kau ni memang laju kalau bab2 komen ni. ahahha. good luck lagi sekali dik!

      Delete
    3. patutlahh =) thanx kak sheila

      Delete
  2. Good luck Zharif! :) Mu nak fridge magnet dari Canada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mu serious nie ? hahahaha
      kecik tapat tangan , stadium sarang burung beijing aku tadahkan =D hewhew

      Delete
  3. Goodluck zharif :)
    Farah offer kat zharif je?
    *sedih* :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenQ tenQ =)
      *ada bau-bau orang jeles nie =P hahahhaha*

      Delete
  4. singgah & follow sini dari GA yang sama
    http://salmikhairil.blogspot.com/2013/03/giveaway-edy-3-destinasi.html

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah! Memang betul pun apa yang Zhariff cakap fasal segmen giveaway yang banyak sangat syarat2 yang pelik. Saya pun jarang join segmen dorang sebabkan itulah. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann , melalut betul dorg letak syarat giveaway tu . mcm memaksa pon ada . tp giveaway yg aku join nie okey . syarat pon simple . so cuba lah try masuk ? =D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini