Wednesday, March 27, 2013

Menghadiri ke majlis anugerah pelajar cemerlang adik

Assalamualaikum

Setelah sebulan berada di Perak, akhirnya aku pulang juga ke Selangor. Balik rumah sebab kakak dan adik perempuan aku nak ambil keputusan SPM. Alhamdulillah dorang berjaya mengharungi SPM dantidak ada subjek yang gagal walaupun cuma 2 tahun belajar akademik.


Aku sepatutnya naik KTM terus menuju ke Klang, tapi rancangan berubah sebab ayah aku nak ambil adik dan kakak aku di Serendah. Alang-alang tu, why not aku balik sekali dengan dorang kan. Jadinya, aku pon turunlah di stesen Serendah untuk ke rumah kakak dan adik aku. 


Nak pergi ke rumah kakak aku dari stesen KTM Serendah agak jauh jugalah. Tapi ada jalan tikus untuk sampai ke situ. Nama je jalan tikus tapi jauh jugalah kena berjalan. 20 minit ada kot. Tapi kira jalan tikus nie lebih dekat berbanding menggunakan jalan utama. Memang tikus betul jalan dia, penuh onak dan duri. 

Ini tempat kakak dan adik perempuan aku mengajar

Jam 9 malam baru ayah ambil kitorang semua dan terus hantar adik perempuan aku ke sekolah lama dia di STIAS, Negeri Sembilan. Hari Khamis adalah hari untuk mengambil slip keputusan SPM. Alhamdulillah, kakak dan adik perempuan aku lulus SPM. Tiada subjek yang gagal. Sangat bangga dengan keputusan mereka. Yelah, dorang belajar akademik cuma untuk dua tahun je kot. Tambah-tambah pula kakak aku, dia home-school je kot untuk ambil SPM nie. Adik perempuan aku tu agak cemerlang sedikitlah sebab dia di antara penerima anugerah pelajar cemerlang di sekolahnya. 


Jadi, Khamis tu kami satu keluarga bertolak ke Negeri Sembilan untuk saksikan adik perempuan aku ambil anugerah. Sangat bangga dengan keputusan dia. Bukan sekadar ambi anugerah je tau, duit pon dapat sekali. Setiap 1A dapat RM500 untuk penerima anugerah pelajar cemerlang nie.


Adik perempuan aku dapat 5A untuk SPM dia. Sangat-sangat tak sangka. Tahniah buat kakak dan adik aku untuk keputusan SPM mereka. Teruskan belajar dan jangan putus asa.

Post edited : August 2021

14 comments:

  1. Panjang lebar entrinya. Cakap tahniah dekat adik kau! :)

    Tahniah dapat ber-reunion dengan family kau. Saya jealous. lalalala~

    Btw, gambar dalam kereta tu sangat packed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i will =) thanx farah =D

      memang pack , maklumlah kereta kecik je ada ... huhu

      Delete
  2. Assalamualaikum dik. waahh panjangnya entri ni. hehe. taniah buat adik yang berjaya tu! kagum ni. hehhee. sian adik kecik tu. semoga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx thanx kak sheila =) aminn , sy pon harap adik cepat sembuh =)

      Delete
    2. sama-sama kasih adik. insyallah. dia dah sihat belum?

      Delete
    3. belom , masih lagi dok kat umah tak sekolah =)

      Delete
  3. faris tu, adik no brape? ops! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara kiraan umur nya , faries anak no 3 . hahahhaha =D

      Delete
  4. syioknyeee..

    tahniah untuk adik kau :)

    selamat menyiapkan assignment! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx =)
      assignment terlampau banyak >__< arghhhhhhhhhh

      Delete
  5. waaa, jelesnya. kau dah balik rumah. aku nak tunggu hujung bulan 4 ni. Apapon, aku suka gila dengan family kau termasuk si faries tu. korang memang best la. semua sporting je. eh macam keluarga aku tak sporting plak kan? Tahniah untuk adik dan kakak kau ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik rumah cuti biasa je , minggu depan bru cuti mid sem . huhu .
      thanx thanx =D

      Delete
  6. Wah, seronoknya dapat gathering sama-sama. By the way, gambar lesen tu memang beza berbenar dari yang lama tu. Hehe. :3 Oh, patutlah baju tu sama tiga orang, nak beli juga satu nanti haha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann , maklumlah people change from time to time . huhu
      baju tu tinggal 3 je kot sebab masa beli tu penghabisan stok . hewhew

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini