Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi
wajib singgah dengan perasmian kafe 28 Studio KL. Bertapak di 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah, kafe ini memperkenalkan satu konsep baharu yang menggabungkan bukan sahaja suasana estetik, malah mereka menyediakan ruang
komuniti berskala kecil dan studio foto layan diri. Secara beroperasi hari ini dari jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi, kafe ini dibanjiri kunjungan orang ramai daripada pelbagai latar antaranya penggemar kopi artisan, penggiat media sosial, rakan media, dan turut dimeriahkan lagi kehadiran selebriti tempatan.