Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi-pagi kami dah bersiap untuk memulakan jelajah hari terakhir di bumi Taiwan. Kami kena fully utilised satu hari nie untuk pergi ke tempat-tempat yang tak sempat pergi masa hari pertama kami sampai Taiwan. Hari pertama kami dah membazir disebabkan flight cancelled tu. Tak dapat nak buat apa-apa. Tambah-tambah cuaca memburuk, semua benda jadi tak boleh nak buat.
Awal kami check out pagi tu. Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah . . . .
1. 7 Eleven Hello Kitty
Sangat dekat dengan tempat kami menginap. Jalan kaki je dah sampai. Sebab tu aku sangat-sangat sarankan korang menginap dekat area Ximending. Semua tempat dekat. Kami singgah 7E Hello Kitty nie cuma untuk sarapan ringan je. Beli kopi panas dan roti untuk isi perut.
Untuk memudahkan perjalanan kami untuk hari terakhir nie, kami simpan bagpack dekat locker Taipei Main Station sebab kami akan naik train untuk ke airport dari sini. Jadi nanti tinggal collect je bila dah selesai lawat semua tempat.
Locker dekat Taiwan sangat convenience, murah dan boleh didapati dekat mana-mana train station besar atau tempat-tempat tarikan pelancong yang popular. Korang pilihlah mana tempat yang convenience untuk korang, for me Taipei Main Station paling convenience sebab dia train station utama yang menghubungkan semua train line.
2. National Theater & Concert Hall
Selesai simpan backpack dekat locker, barulah mudah untuk berjalan. Kami terus pergi National Theater & Concert Hall. Kami pergi sini masa hari pertama sampai, tapi sebab dah malam tak nampak apa. Tambah-tambah hujan pulak waktu tu. So kitorang pergi lagi sekali.
Tempat nie sekadar untuk ambil gambar je. Bukan untuk masuk-masuk. Jadi tak adalah lama sangat habiskan masa dekat sini. Bersebelahan National Theater nie adalah Chiang Kai-Shek Memorial
3. Chiang Kai-Shek Memorial
Aku nasihatkan korang datang waktu pagi-pagi sebab bila matahari dah mula naik, gambar jadi tak cantik sebab korang membelakangkan cahaya. Kena pandai main dengan angle. Ini pendapat akulah.
Dekat sini pagi-pagi rămâi orang jadikan lokasi nie untuk bersenam. Jadi banyak gangguan sedikit. Kalau datang hari waktu bekerja mungkin akan clear kawasan nie.
4. Maokong Gondola
Seterusnya kami pergi menaiki Maokong Gondola. Yang nie agak jauh sedikit. Tapi kami memang aim nak datang untuk menikmati pemandangan di tempat tinggi sambil hirup air teh panas. Gituhh.
Banyaklah spot-spot bergambar dekat atas nie. Kitorang dah memang aim nak pergi satu kafe hipster yang ada dekat sini, lepastu balik. Banyak kafe dekat atas nie, korang pilihlah nak yang mana satu. Bila survey-survey dekat Tiktok, banyak sarankan pergi kafe Sunyang Tea House sebab view dia cantik.
Belilah satu teh panas dan kek buat raso-raso. Walhal nak bergambar je. Tapi tak boleh saja-saja masuk untuk ambil gambar, kena beli something baru boleh duduk situ.
5. Zoo taipei
Sehaluan train line nie, korang boleh singgah Zoo Taipei. Tapi maaflah ye, melawat zoo tidak berada dalam list percutian kami. Jadi sekadar singgah bergambar sahaja. Kami tak masuk. Malaslah nak tengok-tengok haiwan. Kalau korang ada banyak masa, mungkin bolehlah singgah. Kami kesuntukan masa, nak kejar mana yang penting dan ikonik sahaja dulu.
6. Taipei 101 Observatory Deck
Observatory Deck : 600 NTD/adult
Destinasi terakhir kami di Taiwan sebelum berangkat ke airport ialah Taipei 1010 Observatory Deck. Kami pilih untuk datang pada waktu siang sebab aku rasa view mungkin lebih cantik dan gambar lebih menarik. Boleh pilih sama ada nak datang pada waktu malam atau waktu siang. Tak lama pon menunggu. Nak lawat observatory deck nie setiap jam dia ada kuota nya. Alhamdulillah masih ada kuota pada waktu tersebut.
Kitorang tak temph online sebab tak pasti jam berapa kami sampai ke sini. Jadi kami beli on the spot je. Pon boleh asalkan masih ada kuota untuk slot waktu tersebut. Kalau tidak, korang kena tunggu ke slot waktu seterusnya. Memang ramai gila orang tapi sistem dorang sangat efisien. Beratur nak naik lif pon sangat teratur dan cepat. Hebat pengurusan di Taipei 101 nie!
Bila dah sampai dekat atas, korang boleh lepak selama mana yang korang nak. Dekat atas nie juga, ada kafe-kafe kecil dan kedai cenderamata untuk korang shopping. Tiket korang tu didatangi voucher untuk digunakan dekat observatory deck tu. Kitorang belilah segelas dua minuman sambil lepak-lepak.
Agak-agak dah puas bergambar dan rehat, barulah kami turun.
Selesai turun, kami terus naik train dan menuju ke Taipei Main Station untuk collect semula backpack di locker. Lepastu kami keluar sekejap untuk makan tengahari sebelum pergi ke airport. Berdekatan Taipei Main Station nie ada satu kaasn masyarakat Indonesia yang menjual makanan Halal.
Selesai makan baru kami masuk semula ke Taipei Main Station untuk terus ambil train menuju ke airport. Tiket train kami dah beli siap-siap masa sampai tu. Jadi tinggal guna jelah.
Alhamdulillah sampai airport dengan selamat. Dan detik paling menakutkan ialah check in luggage. Kami tak beli luggage tapi bag kami dah beranak-pinak. Tak tahu boleh ke tidak dijadikan hand carry naik ke atas. Apa pon yang terjadi masa nie, kami dah redha.
Alhamdulillah proses check in sangat mudah dan tak banyak songeh. Backpack kami memang kami dah pastikan tak akan lebih 7kg. Cuma bag je beranak sebab kami beli tart nenas untuk dibawa pulang.
Risau masa nie sebab takut Batik Air cancel kitorang punya flight lagi. Tapi bila tengok punya tengok, jadual penerbangan seperti biasa. Alhamdulillah. Dah masuk gate dan tempat menunggu, dapat pula announcement mengatakan Batik Air punya flight ke Kuala Lumpur got delayed for few hours. Tak apalah delay pon, asalkan ada flight. Jangan cancel sudah.
Alhamdulillah sampai di Kuala Lumpur dengan selamat. Maka selesailah jelajah Know Know Arrived Taiwan kami yang cukup mencabar ini. Perjalanan kami di Taiwan tidak terhenti di sini sebab sekarang proses untuk claim insurance. Yang nie tak tahulah aku nak cerita secara detail ke tidak, sebab proses dia sangat panjang dan lama. Sampai bergadoh aku dengan insurance dan third party platform tempat kami beli ticket flight tu.
Apa-apa pon, terima kasih sudi membaca!
No comments:
Post a Comment