Assalamualaikum dan salam sejahera
Kali nie aku nak cerita pergi Thailand dengan satu family dan sanak saudara ke Hatyai Thailand. Ini cerita tahun November 2023 ya guys. Masa nie, aku baru je pergi Hatyai dengan kawan-kawan blogger. Ini pergi sekali lagi kesana. Kalau ikutkan, malas nak membazir duit pergi sekali lagi ke tempat yang sama, tapi sebab satu keluarga pergi, kita pergilah lagi sekali.
Macam biasa, kalau pergi ke Hatyai, of course lah rombongan acik-acik yakni kita ambil pakej 3 hari 2 malam dengan travel agent. So duduk je dalam bas ikut jelah ravel agent bawa pergi ke mana. Trip kali nie, adik perempuan aku yang kelolai. Dia yang uruskan semua benda. Aku tinggal bayar sahaja.
HARI PERTAMA
Macam biasa, kita bertolak ke Hatyai dari KL Sentral jam 9 malam macam tu. Sampai sempadan dekat Padang Besar lebih kurang jam 8 pagi kot. Lepas dah clear dekat immigration, terus memulakan jelajah. Tempat pertama kami pergi ialah Chang Puak Camp. Tempat untuk tengok gajah-gajah.
Oleh kerana aku pernah datang tempat nie sebelum nie, jadinya tak rasa excited sangat sebab dah pernah pergi. Tapi tetaplah nak pegang gajah lagi sekali walaupun takut-takut. Next kita pergi makan tengahari dulu. Tak ingatlah makan dekat mana, tapi makanan dah tersedialah. Maklumlah, rombongan acik-acik.
Seterusnya, kita pergi ke Bigbee Garden. Tempat nie pon dah pernah pergi sebelum nie. Boringgg. Tambah-tambah kena dengar penerangan dia, aduii tak faham aku kenapa mesti kena ada sesi-sesi sebegini. Iols sangatlah tak suka.
Selesai membeli-belah di Bigbee Garden, terus pergi check in hotel. Masa untuk berehat dan mandi-mandi sementara tunggu aktiviti belah malam pulak. Hotel satu bilk dua orang. Tapi bilik aku bertiga sebab family kitorang yang pergi masa nie bernombor ganjil. Tak sempat nak berehat sangat sebab kena bertolak semula menuju ke Klonghae Floating Market.
Klonghae Floating Market nie merupakan lokasi terakhir untuk Day 1 kami di Hatyai. Macam biasa free & easy, so belilah apa yang patut. Mostly beli makanan je.
Lepastu bus drop kan kami dekat hotel semula. Malam tu juga kami berjalan-jalan dekat Lee Garden Night Market. Walking distance je dari hotel kami. Dalam 5 minit berjalan kaki. Sangat-sangat dekat ya. Yang mana masih ada tenaga tu, merondalah kami malam tu. Kebanyakkan acik-acik semua dah sakit lutut, so dorang tinggal dekat hotel.
HARI KEDUA
Pagi tu, kami keluar pergi bersarapan dimsum dekat Dimsum Chabura. Yang nie aku tak pernah pergi lagi. Excited jugalah. Memang ramai gila orang. Tempat nie memang menjadi port sarapan rombongan acik-acik dari Malaysia. Banyak gila bas-bas menurunkan acik-acik. Aku pon telah menjadi sebahagian acik-acik.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke The Central Mosque of Songhkla yang ala-ala Taj Mahal ini. Mujurlah pakaian ku masih syariah compliance masa nie. Masjid nie memang cantik tapi kami tak singgah masuk untuk solat ke apa. Hanya sekadar bergambar di luar masjid. Motif kan ?
Lokasi seterusnya ialah Samila Beach. Dekat sinilah ada patung duyung yang terkenal sangat tu dan pernah dibom suatu ketika dahulu. Kali nie nak ambil gambar dengan duyung ada makcik bontot besar mengganggu ya. Spoil betul lah makcik tu. Merosakkan gambar aku.
Untuk makan tengahari, kami singgah ber-steamboat di Singha Nakorn Hot Pot Steamboat. Tempat nie Halal dan ramai gila orang singgah makan dekat sini. Apa yang aku suka steamboat dekat Thailand ialah pilihan lauk dia bukan main-main ya. Pelbagai dan sangat meriah. Terutama sekali pilihan makanan laut dia. Bukan cikai-cikai punya makanan laut. Saiz dia bukan saiz-saiz small ya. Semua bersaiz besar. Mintak mahap shakap.
Masa nie memang tak ingat apa. Ambil gambar pon tidak. Melahap sampai kekenyangan. Sangat-sangat berpuas hati. Even my family pon berpuas hati makan dekat sini. Datang Hatyai, wajib try steamboat dorang. Banyak sebenarnya pilihan steamboat Halal dekat Hatyai nie, korang tinggal pilih je. Alhamdulillah, dah dua kali datang Hatyai, dua-dua tempat steamboat yang berbeza aku cuba.
Selesai bersteamboat, perut sangatlah kenyang, tour guide bawa pergi shopping dekat mana entah, lepastu singgah Nora Plaza tempat jual barangan kulit. Masa shopping nie, ya Allah lama gila. Semua memborong cenderahati untuk dibawa balik Malaysia.
Dah selesai bershopping, kita singgah minum dekat kedai kopi Thailand yang cukup terkenal iaitu Cafe Amazon. Cafe Amazon nie kalau ada dekat Malaysia, aku pergi hari-hari kot. Dahlah murah, sedap pulak tu.
Penat gila masa nie, bas kami bawa kami pulang semula ke hotel untuk berehat. Malam memang tak ada aktiviti apa-apa. Free and easy. Suka hatilah nak buat apa. Walaupun penat, macam biasa, kami mana reti berehat. Malam tu kami keluar pergi ke Asean Night Market.
Kami naik tuk-tuk je nak pergi ke Asean Night Market. Muat satu tuk-tuk untuk kitorang sanak-saudara. Tak semua orang pergi. Mana yang penat dan nak berehat tu, duduk bilik hotel je. Banyak juga bershopping malam tu. Oleh kerana ini merupakan malam terakhir kami di Hatyai, makanya kenalah pergi mengurut. Tak sah kalau datang Thailand, tak pergi mengurut.
HARI KETIGA
Hari terakhir kami di Hatyai, tak ada pergi mana pon. Pagi tu kami singgah bersarapan. Tak ingatlah sarapan dekat mana. Sarapan biasa-biasa je uols. Tapi sebelah kedai makan nie, ada makcik jual beg tangan rotan buatan tangan. Dah semua memborong beg-beg rotan dekat situ. Orang Malaysia nie pantang nampak benda murah. Semua benda nak diborongnya.
Sebelum nak sampai sempadan tu, kami singgah Danok untuk habiskan duit Baht dan juga beli-belah sedikit barang dekat 7 Eleven. Lepastu barulah kami balik dan pulang ke Malaysia.
Itu sahajalah cerita 3 hari 2 malam rombongan acik-acik ke Hatyai Thailand bulan November 2023 yang lalu. Tak tahulah kenapa aku ambil masa dua tahun untuk menulis cerita nie. Apa-apa pon, aku ada lagi satu cerita rombongan acik-acik. Kali nie pergi ke Indonesia pulak. Nantikanlah kemunculannya yang tak tahu bila.
Till then, bye. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment