Assalamualaikum dan salam sejahtera
NEX bersama Fattah Amin dengan rendah diri melancarkan kempen solidariti khas "NEX & Fattah Amin Bersama Palestin" yang bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Iisiatif ini bukan sekadar kutipan dana, ia adalah sebuah gerakan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui keperluan harian, membuktikan bahawa walaupun tindakan sekecil seperti membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin.
Pada 17 Oktober 20245, kempen ini akanmenggerakkan rakyat Malaysia untuk membeli 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam dengan RM0.50 daripada setiap botol akan disalurkan bagi mencapai sasaran kolektif sebanyak RM250,000.Hasil kutipan akan disalurkan terus ke usaha bantuan di Gaza melalui Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Baru-baru ini, dunia tersentuh oleh tindakan rakyat Mesir yang menghantar botol berisi makanan ke Gaza melalui, laut, setiap botol membawa bekalan dan harapan. Di NEX, kami meliat botol kami dengan makna yang sama. Bukan sekadar hidrasi, tetapi sebagai wajah solidariti. Pemilihan bulan Oktober juga penuh simbolik, memperingat tragedi 7 Oktober 2023, dengan hasrat untuk mengubah tarikh penuh duka itu menjadi hari penuh harapan, bersama dan suatu tindakan bermakna.
Fattah Amin juga turut berkongsi bahawa ini bukan sekadar sebuah jenama tetapi menggunakan platform mereka yang sedia ada untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar. Beliau juga berharap setiap hirupan membawa doa dan setiap pembelian menyampaikan harapan.
Turut bersama-sama memberi sokongan semasa pelancaran, Imam Muda Asyraf. Turut berkata pada hari Jumaat itu nanti, berkumpul bukan sahaja untuk beribadah tetapi menyampaikan satu tujuan. Amalan kecil seperti hanya membeli sebotol air boleh menjadi sadaqah jariah dan pahala berpanjangan kepada diri kita dan sekaligus memberi sedikit kegembiraan kepada saudara kita di Palestin.
Satu Hari, Satu Misi (17.10.25)
- Botol Edisi Terhad NEX boleh didapati di Tiktok Shop dan di 500 masjid seluruh negara.
- Penampilan khas oleh Fattah Amin dan Imam Muda Asyraf di masjid terpilih disekitar Lembah Klang.
- Setiap botol yang dibeli bukan sahaja simbol hidrasi, tetapi juga titisan kasih sayang yang membentuk lautan harapan.
Jadilah sebahagian daripada kempen bermakna ini. Pada 17 Oktober 2025, dapatkan Botol Edisi Terhad NEX dan sertai kami dalam memberi bantuan, doa, serta harapan kepada rakyat Palestin.

No comments:
Post a Comment