Assalamualaikum dan salam sejahera
Kali nie aku nak throwback jauh sekali. Kejadian yang berlaku pada tahun 2021. Masa nie, dunia masih dalam era covid yang mana sekatan perjalaanan kerap dikuatkuasakan. Bila PKP diangkat sekejap, kita ambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan. Masa nie baru-baru dibuka kebenaran untuk menaiki kapal terbang. Harga tiket kapal terbang sangat murah masa nie. Tak silap aku bawah RM100 ringgit kot untuk perjalanan sehala.
Tu pasal masa tahun 2021 nie, aku pergi Pulau Langkawi 3 minggu berturut-turut denngan kumpulan yang berbeza. Minggu pertama dengan rakan-rakan bloggers. Yang nie trip sponsor lah. Aku dah update lama dulu, trip sponsor kenalah cepat-cepat update selepas balik tu kan. Trip personal nie yang jadi makan tahun baru nak terupdate dalam blog. Hahahaha
Trip sponsor pergi Langkawi, korang boleh baca dekat sini : LANGKAWI WITH BLOGGERS
Minggu keduanya pulak, dua hari selepas pulang dari Langkawi, aku fly lagi ke Langkawi. Tapi kali nie dengan my best friend. Tanpa buang masa, jom mulakan perjalanan aku ke Langkawi untuk minggu kedua nie pulak.
31 Oktober 2021
Flight kami di awal pagi iaitu jam 7.50 pagi. Sampai je Pulau Langkawi, kami terus cari kereta sewa yang kami dah deal dengan owner kereta. Kali nie kami ambik kereta "mewah" sikit isitu Honda City. Dapat je kereta, kami terus mulakan perjalanan ke destinasi pertama iaittu taman buaya, Colossal Croc. Oleh kerana ini merupakan visit kami yang kelima di Pulau Langkawi, kalau boleh tak nak pergi melawat ke tempat-empat yang kami dah pernah pergi sebelum nie.
Colossal Croc nie tak pernah pergi lagi. Sampai je kami dekat sana, literally macam kitorang berdua je dekatsitu. Sunyi sepi tiada pengunjung. Tak pasti disebabkan covid atau memang pengunjung yang datang ke Langkawi tidak memilih untuk datang ke sini. Sepi sespi nya. Dan memang agak hambarlah tempat nie. Tak ingat tiket msuk berapa, rasanya murah je ot sebab kami tak ambil apa-apa pakej. Sekadar tiket masuk sahaja.
Kalau ambil harga pakej, raanya boleh menyesal kot. Hambar sesangat. Rasa nak cepat-cepat je keluar dari situ. Kami datang sebab nak kill waktu sementara tunggu waktu check in. Plus, memang tak plan apa-apa aktiviti pon untuk hari pertama nie. Santai-santai sahaja. Kami singgah makan tengahari dekat Nasi Ayam Tsunami. Lepastu terus pergi ke Pantai Cenang untuk check in. Kami menginap di Delima Beach Inn.
Sangat disarankan untuk menginap dekat sini. Bilik kami literally berhadapan kolam renang. Even minggu depannya aku datang ke Langkawi lagi sekali, aku suruh family aku tukar kepada hotel nie. Sangat-sangat best !!
Kami dah rasmikan terus swimming pool tu sebelum pergi keluar dinner. Gambar mandi takkan nak upload, aib. Hahahaha. Malam tu kami keluar dinner dekat Wonderland Food Store. Sini memang terkenal dengan makanan laut. Sedap makanan laut dekat sini. Ramai je orang Melayu makan dekat sini. Kalau yang ragu-ragu halal ke tidak makan dekat sini, cari je kedai seafood lain. Kami yakin makanan kami bersih tanpa unsur alcohol dan babi, tibehh.
Selesai makan, kami jalan-jalan dekat Panti Cenang. Jalan kaki je dari hotel kami.
1 November 2021
Masa untuk island hopping. Walaupun naak fokus pergi ke tempat-tempat yang belum prnah pergi sebelum nie, tapi takkan tak pergi island hopping kalau datang Langkawi. Ibarat macam tak datang Langkawi dikk kalau macam tu.
Satu hari nie memang kami buat aktiviti air sahaja. First pergi island hopping. Lepastu belah petang, kami terus pergi ke Air Terjun Temurun. Teringin gila nak datang sini, akhirnya dapat juga pergi. Sumpah cantik dan air terjun dia sejuk sangat. Tak berapa ramai orang masa ie. Hiking dia pon tak adalah susah pon, easy hike orang kata.
Balik tu, kami singgah bergambar dekat terowong cantik nie. Tak tahulah dekat mana, tiba-tiba je nampak, terus kami singgah. Ouh ya, masa nie kitorang terserempak dengan Aishah Cupcake masa nak keluar dari Air Terjun Temurun tu. Macam tak sangka boleh terserempak dekat situ. Kami singgah makan Laksa dekat Laksa Ikan Sekoq dekat dengan lapangan terbang. Ambil angin laut tiup sepoi-sepoi bahasa sambil makan laksa dan minum coconut shake. Malam tu memang penat gila, singgah makan dekat-dekat je. Tak ingat dekat mana.
2 November 2021
Trrikh inilah tarikh hitam tersebut yang menukar mood perjalanan percutian kami di Pulau Langkawi masa nie. Sangat tak sangka benda nie ebrlaku pada kami pada malam terakhir kami di sini. Sebelum kita perincikan apa yang berlaku, kita selusuri dulu perjalanan hari ketiga terlebih dahulu.
Pagi tu kami singgah bersarapan dekat Nasi Dagang Pak Malau yang cukup terkenal. Lokasi feveret aku untuk bersarapan kalau datang ke Langkawi. Wajib ! Tiga minggu berturut-turut aku datang Langkawi, tiga kali tu jugak aku sigah beli Nasi Dagang dekat sini. Ngam sangat masa nak balik tu, kebetulan Pak Malau baru keluar kereta. Terus ajak bergambar sekali.
Lepas dah kenyang, kami terus menuju ke Langkawi Adventure & X-Treme Park. First time datang ke sini. Sangat excited sebab banyak aktiviti yang mencabar dan yang aku suka. First kitorang pergi naik go cart dulu. Syahdu main go cart nie. serious syok gila !! Semua aktiviti sangat best kecuali musium 3D art dan yang terbalik tu. Biasa-biasa je nyah. Tapi termasuk dalam pakej, so kita masuk buat syarat je. Agak panas muziumnya pon. Walaupun dah 4 tahun berlalu, aku masih ingat lagi sampai sekarang kepanasan muzium nie.
Seterusnya, kami gerak menuju ke Telaga Tujuh. Matahari tegak atas kepala, jadi eloklah kami menyejukkan diri dekat Telaga Tujuh. Lama gila tak datang sini. Banyak perubhan dan aku tak ingat pulak kena mendaki begitu penat sekali. Dulu rasa macam biasa ja. Ke sebab faktor usia ?
Selesai bermandi-manda, kami pulang semula ke hotel untuk tukar baju. Malam tu merupakan malam terkahir kami di sini. Makanya kami nak makan special sikit di kedai makan viral iaitu Umbut by The Kelapa. Tapi agak malang sekali, masa kami dalam perjalanan menuju ke sini, sesuatu telah berlaku. Kami telah menyebabkan seseorang kemalangan disebabkan kecuaian kami. Bukan kamilah, tapi aku. Sebab aku yang memandu masa tu.
Aku terlepas simpang, so aku nak buat u-turn. Entah macam mana, aku dah cek cermin belakang, tak ada orang. So aku pon buatlah pusingan u-turn. Sekali ada motor daa. Dia pon tak sempat nak brek, dia jatuhkan diri dan motor dia dekat atas jalan untuk elak daripada terlanggar kereta aku. Ya Allah terkejut gila masa nie sebab tak sangka ada orang.
Ramai gila orang yang nampak, sebab kejadian berlaku dekat dengan traffic light. Yang jatuh tu pulak warga asing. Astagha. Kitorang kenalah tolong dia. Dia dah baik sangat jatuhkan diri dia daripada langgar kereta kitorang. Kalau langgar kereta kitorang, lagilah teruk jadinya. Berapa banyak pulak nak kena bayar kereta tu nanti. Aku literally tak bekerja lagi masa nie, dan survive dengan duit simpanan je masa nie. Kena keluarkan duit untuk biaya kos rawatan mangsa nie.
Bawa hospital kerajaan dengan harapan murah. Tapi disebabkan dia warga asing, makanya mahal dik non. Daftar je dah RM100 kot. Duit ubat dan rawatan lagi. Masa nie aku berdoa sangat tak ada yang patah-patah. Berjam jugalah kami dekat hospital masa tu menunggu selesai mangsa dirawat.
Aku punya jahat, boleh terfikir nak lari dari situ. Tapi tak baik pulak, sebab kita dah buat dia jatuh motor. Motor dia teruk tau. Tak boleh nak berjalan sebab handle dia dah bengkok. Rasa kesian pon ada bila fikir balik. Tapi masa nie aku lebih memikirkan keadaan kewangan aku. Hahaha.
Selesai rawatan, aku hantar dia balik rumah. Masa nie sangat berdoa tak jumpa family dia sebab takut family dia pulak paww kitorang duit. Aku dah buat cerita konon tengah kelam kabut nak pergi ke airport untuk balik. Hantar je dekat rumah, cepat-cepat terus blah. Aku dah tak fikir apa dah masa nie. Aku fikir nak selamatkan diri dari terbeban dengan duit. Selesai je masa nie, hati aku sangat lega. Tapi mood dah spoil lah. Habis duit beratus-ratus ringgit untuk stranger.
Perut lpar tak terisi lagi, kami tetaplah menuju ke Umbut by The Kelapa. Tapi masa nie dah memang tak ada mood. Matahari pon dah tak ada. Ingat nak ambil gambar dekat sudut yang viral dalam restoran nie. Kalau waktu matahari nak tenggalam tu, view sangat cantik. Ini matahari pon dah hilang, hari dah gelap gelita. Kedai pon nak tutup dah masa nie weyhh. Kitorang pelanggan terakhir masa tu. Masih terfikir-fikir apa yang terjadi. Kami berdua muhasabah diri. Mood bercuti memang hilang langsung. Mujur dah malam terakhir. Sangat spoil tau kejadian tu.
Singgah Dataran Lang untuk muhasabah diri. Masih tak percaya apa yang telah berlaku dan masih tak percaya yang kereta kami selamat daripada dirempuh oleh motor itu. Mujur sangat-sangat. Singgah makan waffle dan kopi panas dekat Pantai Cenang dan shopping sikit-sikit. Besok nak balik dah.
3 November 2021
Masa untuk pulang ! Oleh kerana flight kami pada belah petang, pagi tu kami singgah jalan-jalan dulu. First thing first, kiat check out dulu. Lepastu singgah bersarapan dekat mana entah. Then terus menuju ke Pantai Pasir Hitam. Ambik gambar sikit, lepastu terus ke Langkawi Geopark. Sunyi je tak ada orang dekat sini. Atas bukit, masih berkabus dan sejuk je. Ambil gambar pon canttik.
Turun semula menuju ke Pantai Cenang, buat final shopping dan terus menuju ke airport. Drop kereta dekat parking dan terus check in untuk masuk kapal terbang. Maka dengan itu berakhirlah percutian kami berdua di Pulau Langkawi.
Itu sahajalah pengalaman bercuti di Pulau Langkawi 4 tahun yang lalu di mana aku telah menyebabkan seorang warga asing kemalangan. Trauma terus nak memandu masa tu. Apa-apapun, pergi ke Langkawi dengan my best friend masa nie tetap menjadi salah satu kenangan manis aku. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di lain entri.
No comments:
Post a Comment