Tuesday, November 16, 2021

Bubble Langkawi 6H5M Bersama Travel Buddies

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Akhirnya aku baru berkesempatan untuk bercerita secara menyeluruh mengenai percutian Bubble Langkawi aku bersama Travel Buddies selama 6 hari 5 malam pada bulan yang lalu. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bercuti bersama kawan-kawan ke sana. Percutian kali ini merupakan anjuran QT Travel Group dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan juga LVTS Golden Travel. Jom ikuti pengembaraan 6H5M aku di Pulau Lagenda itu.


23 OKTOBER 2021


Subuh gajah dah bertolak dari rumah menuju ke Lapangan Terbang Subang. Kami bertolak menggunakan penerbangan kos rendah Firefly Airlines. Penerbangan yang lancar dan cepat. Dari mula nak check in sampailah nak ambil bagasi. Semuanya sangat mudah dan lancar : LINK.


Sesampai je kami di Pulau Lagenda itu, kami dijemput oleh sebuah van dan terus menuju ke kedai makan Laksa Ikan Sekoq yang berhampiran lapangan terbang Langkawi. Dan barulah kami semua dibawa menuju ke tempat penginapan kami, Rouhi Retreats yang terletak di Ayer Hangat. Kami akan bermalam di sini selama 5 malam sepanjang trip bubble Langkawi ini. Butiran lanjut mengenai Rouhi Retreats : LINK.


Sempat kami menikmati high-tea di majlis pelancaran rasmi pembukaan Rouhi Retreats petang itu.

24 OKTOBER 2021

Setelah bersarapan, kami semua bersiap-siap untuk ke Jeti Kubang Badak. Cerita jelajah Kubang Badak GioGeo Trail boleh di baca di sini : LINK. Satu pengalaman baharu meneroka keindahan Kubang Badak BioGeo Trail. 


Belah petang, kami makan di tepi pantai di Restoran Upih Ikan Bakar di sekitar Pantai Tengah. Satu lokasi yang cukup cantik untuk melihat keindahan matahari terbenam sambil menikmati juadah makan malam yang enak.



Terus kami berjalan-jalan di sekitar Pantai Cenang. Boleh pulak hujan lebat masa nie, nasib baik sempat berteduh dekat Starbucks Cenang Mall sambil menunggu hujan berhenti. 

25 OKTOBER 2021


Santai pagi di tepi kolam sambil menikmati sarapan yang diaturkan oleh pihak Rouhi Retreats. Ala-ala sedang berpiknik gituhh. Mandi tak ingat dunia ya pagi tu. Waktu tengahari baru keluar untuk cari makan sebelum memulakan penjelajahan. Kami singgah makan nasi dagang dekat Nasi Dagang Pak Malau yang cukup terkenal di bumi Langkawi. Datang Langkawi tak singgah makan dekat sini ibarat macam tak datanglah cerita dia.



Selesai makan, kami singgah ke Kota Mahsuri. Tak jauh pon dari Nasi Dagang Pak Malau, lebih kurang dalam 700 meter je jaraknya. Di sini, kami mennyingkap kisah sayu dan lagenda Mahsuri yang cukup sinonim bila bercakap mengenai Langkawi yang dipercayai pernah disumpah menjadi padang jarak padang terkukur akibat fitnah yang dilempar pada Mahsuri sehingga dia dibunuh tanpa belas dan ihsan.



Seterusnya, kami singgah ke Ayun-ayun Langkawi Swing. Tempat ini masih lagi dalam proses pembinaan. InsyaAllah awal December pengunjung boleh mula hadir dan menikmati keindahan Pulau Langkawi dari atas nie.


Sebelum pulang, sempat singgah beli minyak gamat di kawasan terdekat. Untuk makan malam, kami keluar semula menuju ke Pantai Cenang untuk menikmati juadah di Selera Lubuk Buaya.

26 OKTOBER 2021



Hari yang cukup ditunggu-tunggu oleh aku sebab ini adalah hari kami semua akan menaiki private cruise. Ini merupakan sesuatu yang baru buat diri aku kerana tidak pernah lagi menaiki cruise apabila bertandang ke pulau lagenda ini. Satu pengalaman yang cukup best dan sangat disyorkan untuk semua ambil bila berkunjung ke sini. Segala butiran mengenai cruise ini, korang boleh baca di sini : LINK.


Balik daripada naik cruise, kami terus pergi ke jeti di Pulau Tengah untuk menuju ke Dayang Bunting Campsite pula. Kami semua akan bermalam satu malam di sana. Ini juga pertama kali aku berkhemah datang ke Langkawi. Tak pernah terfikir untuk berkhemah di sini tapi Alhamdulillah diberi kesempatan untuk merasai.


Tak pernah seumur hidup berkhemah di lokasi yang tidak mempunyai sumber elektrik. Ini merupakan kali pertama dan secara jujurnya, aku tak berapa prefer berkhemah di kawasan ekstrem seperti ini. Aku prefer berkhemah di lokasi yang mempunyai bekalan elektrik.


Tapi, ia merupakan satu pengalaman yang berharga buat aku sebabnya tak tahu bila lagi aku akan melakukan aktiviti se-ekstrem ini. Best ? Biasa-biasa je. Akan ulangi ? Tidak kot. Pengalaman aku berkhemah di Dayang Bunting campsite, korang boleh baca di sini : LINK.

27 OKTOBER 2021


Dari Dayang Bunting Campsite, kami terus menuju ke Paradise 101. Ini juga kali pertama aku sampai ke Paradise 101. Tiket masuk untuk ke sana hanyalah RM30 dan pengunjung perlu menaiki bot untuk ke situ. Tak lama pon, lebih kurang dalam 5 minit je menaiki bot.


Di Paradise 101 nie terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang disediakan tapi agak tidak bernasib baik kerana sewaktu kunjungan kami ke sana, angin bertiup dengan kencang dan diikuti hujan turun dengan lebat. Makanya tak dapat nak manfaat sepenuhnya aktiviti yang ada di sini. Sempat buat satu aktiviti je.



Dekat sini, banyak spot menarik untuk bergambar tau. Bolehlah korang teroka di setiap pelusuk pulau buatan tu untuk spot-spot bergambar yang cantik ini. Sebelum pulang, kami sempat makan di restoran yang terdapat di sini. Memang sedap sungguh menu-menu yangkami order petang tu. Sangat puas hati dengan rasanya. Tapi harus aku ingatkan, harga dia agak T20 sedikit. Jadi, tepuk dada dan tanyalah poket anda. Gituhh.



Tips nak datang ke Paradise 101 nie ialah, bawa makanan sendiri dan air minuman yang cukup. Atau pastikan perut korang dah kenyang sebelum sampai ke sini. Sebab semua harga makanan yang ada di pulau Paradise 101 nie, jujur cakap agak sedikit menakutkan wallet-wallet yang melihatnya. Hahaahhaha.



Seusai dari Paradise 101, kami menuju ke Skycab untuk melihat keindahan Pulau Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang. Alhamdulillah, cuaca begitu baik dan memberi kerjasama. Dapatlah kami bergambar dengan cantik di atas tu.






Dah datang sini, kenalah singgah 3D Art Langkawi Museum sekali. Harga tiket naik cable car compliment sekali dengan harga tiket masuk 3 tempat di sekitar Skycab nie iaitu Skydome, Skyrex dan juga 3D Art Museum.Tapi oleh kerana kami kesuntukan masa, kami sempat masuk 3D Art Museum sahaja. Jam 6 petang, semua kawasan di Skycab ini sudah mula tutup operasi, jadi rancanglah perjanalan anda sekiranya mahu ke sini.




Oleh kerana ini merupakan malam terakhir kami di sini, makanya malam tu ada sedikit makan-makan dan majlis perpisahan. Gituhhh siap ada majlis perpisahan. Kau ada ?



28 OKTOBER 2021

Masa untuk pulang. Selesai check out, kami terus menuju ke lapangan terbang. Tamat sudah penggembaraan selama 6 hari 5 malam di Pulau Langkawi. Satu trip yang cukup banyak memberikan pengalaman baharu dan manis buat aku. 


Di kesempatan ini, aku ingin berterima kasih buat QTT Travel Group kerana mengatur dan menganjurkan familiarisation ini. Tak lupa juga pihak LADA Langkawi, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel di atas kerjasama dan tajaan yang diberikan sepajang trip ini. Tak lupa juga buat Firefly Airlines yang menaja penerbangan kami pergi dan balik. Semoga dapat berkolaborasi lagi di masa akan datang. Terima kasih juga buat my travel buddies sepanjang trip ini. Jumpa lagi di lain waktu dan tempat, insyaAllah.

See ya !

2 comments:

  1. Best ye pengembaraan kamoo dan kawan-kawan. Next time nak ikut please - rupanya banyak lagi lokasi tersembunyi di Langkawi ye

    ReplyDelete
  2. Bestnyakan ni pengalaman travel paling syok sekali ada dalam hutan ada kat cruse mewah ada mandi manda hehehe. Next time kalau nak travel tempat best mcm Langkawi ni kena spend time lebih seminggh baru puas kan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...