Friday, November 12, 2021

Menyusuri Kubang Badak BioGeo Trail, Langkawi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Penjelajahan aku ke Pulau Langkawi bulan lalu turut juga diselitkan dengan menyusuri kehijauan Kubang Badak yang cukup terkenal dengan hutan paya bakau dan Gua Pinang nya. Mengikuti Kubang Badak BioGeo Trail ini, pengunjung akan dibawa menaiki bot menyusuri hutan paya bakau dan singgah ke beberapa kawasan sekitar yang terdapat di denai Kubang Badak ini. Ikuti butirannya !


Seawal jam 9 pagi kami semua telah berkumpul di Jeti Kubang Badak. Di jeti ini, pengunjung akan diberi sedikit info dan latar belakang mengenai BioGeo Trail ini dan juga kisah-kisah sejarah dan apa yang terdapat di sepanjang denai Kubang Badak. Juga terdapat, papan-papan kenyataan yang menerangkan keindahan dan cerita mengenai Kubang Badak untuk dibaca oleh pengunjung.  


Sebaik sahaja taklimat ringkas diberikan,pengunjung akan terus dibawa menaiki bot yang disediakan. Sesi menyusuri Kubang Badak BioGeo Trail ini mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Bergantung pada siapa yang membawa korang menjelajah kawasan ini. Apa yang pasti, aku cukup teruja untuk sesi penjelajahan ini kerana ini merupakan kali pertama aku mengikuti Kubang Badak BioGeo Trail di Langkawi. 



Sepanjang menyusuri denai Kubang Badak ini, pemandu pelancong akan menerangkan serba sedikit mengenai kawasan sekitar. Memang cantik kawasan sekitar Kubang Badak nie yang dipenuhi flora dan fauna. Namun begitu, monyet agak kurang berada di sekitar sini berbanding di sekitar Mangrove Geoforest Kilim Tour. Sungai yang kami lalui ini diberi nama Sungai Siam kerana dahulunya, sungai ini merupakan laluan utama orang Siam untuk memasuki Langkawi dan siap membina penempatan di sini. Namun, sekarang, ia hanyalah sebuah peninggalan sahaja.




Oleh kerana masa kami datang nie air masih lagi surut, jadinya kami diberhentikan di satu kawasan di Beting Pasir di mana mereka cuba untuk menanam semula pokok kayu bakau yang telah mati untuk menjaga ekosistem di Kubang Badak. Namun usaha itu agak susah untuk berjaya kerana pertumbuhan kayu bakau agak sukar dan rumit. Pokok-pokok yang berjaya hidup di kawasan ini nampak seperti masih lagi kecil dan seperti baru ditanam, namun sebenarnya ia telah ditanam sekitar 3-4 tahun yang lalu. Pertumbuhan pokok kayu bakau agak perlahan.



Seterusnya kami menaiki bot semula untuk ke Tapak Kebuk Arang untuk melihat kawasan peninggalan pembakaran pokok kayu bakau untuk dijadikan kayu arang. Kayu arang yang terhasil dari kayu bakau di sini telah menjadi satu punca rezeki masyarakat kampung sekitar pada dahulu kala. Kini, pembakaran kayu bakau untuk dijadikan arang telah dihadkan bagi memastikan ekosistem dan hutan paya bakau di sini tidak tercemar dan terjamin.




Di sini hanya untuk melihat peninggalan sejarah ekonomi orang kampung sekitar. Tiada apa sangat, hanya untuk menambah pengetahuan mengenai orang Kubang Badak. Seterusnya, kami menaiki bot semula untuk menuju ke Gua Pinang. Di sini, merupakan habitat kelawar-kelawar. Memang banyak kelawar yang terdapat di dalam gua ini. Gua ini agak gelap dan bising dengan kicauan burung kelawar. Sampai satu tahap boleh jadi agak bingit di telinga.




Gua Pinang ini merupakan gua batu kapur yang menjadi habitat pelbagai spesis kelawar di dalamnya. Gua ini agak besar dan sangat gelap semakin kita berjalan jauh ke dalam. Bunyi kicauan kelawar boleh didengari bermula pada pintu masuk gua lagi dan menjadi sangat kuat apabila tiba di bahagian sangat gelap. Lampu suluh amat digalakkan untuk dibawa untuk melihat kelawar-kelawar di dalam gua ini.







Sebaik sahaja selesai menjelajah Gua Pinang ini, kami terus dibawa ke Pulau Jemuruk untuk bermandi-manda. Di sinilah penutup BioGeo Trail tour di mana, mereka akan membawa pengunjung bermandi-manda di Pulau Jemuruk. Airnya sangat jernih dan dinasihatkan untuk memakai jaket keselamatan ketika berenang kerana air lautnya yang agak tak dapat nak dijangka kedalamannya.



Puas dapat mandi di Pulau Jemuruk ini. Ia merupakan tanah peribadi jadinya, tiada pengunjung lain selain pengunjung yang ambil pakej tour Biogeo Trail Kubang Badak nie. Dalam 1 jam jugalah masa yang diberi untuk bermandi-manda di sini. Serius menarik pakej tour menyusuri Kubang Badak BioGeo Trail nie. Sekiranya kalian berminat untuk mendapatkan pakej ini, bolehlah dapatkan butirannya dalam gambar yang berikut.



Sebaik sahaja kami tiba di jeti Kubang Badak, kami singgah makan tengahari di Nelayan KB Kafe yang terletak di jeti ini. Bila dah mandi-manda, secara automatik perut menjadi sangat lapar. Terus kami disajikan dengan hidangan tradisional masyarakat Langkawi iaitu Bronok. Menu Bronok hanya terdapat di Langkawi kerana Bronok tidak terdapat di negeri yang lain. Mungkin ada tapi tak banyak macam di Langkawi. Namun begitu, sekiranya korang teringin makan menu Bronok nie, kena maklumkan awal kerana sajian ini tidak disajikan hari-hari. Ada masa-masanya sahaja mereka dapat stok Bronok.




Sedap juga Kerabu Bronok yang dimasak di Nelayan KB Kafe nie. Pertama kali makan dan rasa dia kenyal-kenyal gituhh. Kalau dapat cicah sambal pedas-pedas, lagi umphhhhhh ! Okaylah, itu sahaja yang aku nak cerita sepanjang menyusuri Kubang Badak BioGeo Trail ini. Best dan belajar sesuatu yang baru. Bolehlah masukkan dalam senarai untuk dilawati sekiranya bertandang ke Langkawi.


Terima kasih buat QTT Travel Group dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel di atas penganjuran gelembung pelancongan ke Pulau Langkawi.

3 comments:

  1. Wow!!!!!!!! Seronok nyer dpt jejln Langkawi. There are so many things to see in Langkawi kan. Thank you for sharing this awesome travelogue. Like your pictures.

    ReplyDelete
  2. AM paling enjoy naik boat sambil melihat kehijauan hutan yg masih terpelihara dan birunya air lauk.. Owh ya, Bronok Kerabu tue memang Rare dan sedap.. bila blk KL pun masih terbayang2 rasanya..

    ReplyDelete
  3. Good review on this place. It does look very interesting place to visit for nature lovers. The cave exploration looks thrill too.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini