Thursday, November 11, 2021

Pengalaman Naik Cruise di Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Semenjak kerajaan memperkenalkan gelembung pelancongan Pulau Langkawi, perkara yang menjadi tular adalah menaiki cruise menyusuri lautan biru pulau lagenda itu. Aku juga tak nak melepaskan peluang ini ketika diberi kesempatan untuk mlancong ke sana. Ikuti butirannya ! 


Ini merupakan kali pertama aku menaiki cruise di Pulau Langkawi walaupun sudah banyak kali datang ke sini. Jadi aku berasa sedikit teruja kerana ini sesuatu yang baru buat aku. Seawal jam 9 pagi kami berkumpul di Royal Langkawi Yacht Club Marina. Di sinilah kapal cruise akan memulakan perjalanan. 




Servis kapal cruise yang kami ambil adalah daripada Your Cruise Sensation Langkawi. Kami menaiki cruise selama 4 jam menyusuri pulau lagenda itu di samping melakukan beberapa aktiviti yang disediakan di atas kapal itu. Antaranya :
  • Melayari pulau-pulau cantik di sekitar Pulau Langkawi
  • Salt water jacuzzi
  • Lunch buffet/dinner buffet with sunset view
  • Peluang mengambil gambar di landmark kepulauan itu
  • Berenang bebas di laut 


Pakej-pakej cruise yang mereka sediakan adalah berbeza dan ia terpulang kepada pengunjung untuk ambil pakej yang mana mengikut citarasan dan bajet yang ada. Semua pakej boleh diubahsuai. Sekiranya korang melancong dalam kumpulan yang besar, menaiki cruise merupakan salah satu aktiviti yang wajib korang buat ketika di sini. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Seronok sangat diberi peluang melakukan aktiviti open swimming dan salt water jacuzzi tu.



Aktiviti cruise ini juga cukup sesuai untuk pasangan yang sedang bercinta ataupun yang berbulan madu di sini. Mengelilingi pulau lagenda dengan pemandangan yang cukup indah dan cantik sudah pasti menimbulkan rasa dan detik romantis kepada pasangan yang menaiki cruise ini. 




Sekiranya korang ingin tahu butiran lanjut mengenai harga pakej cruise yang mereka tawarkan, bolehlah menghubungi nombor-nombor yang berikut : 013-4323268 (PK) atau 018-2404505 (Adam Daniel).



Terima kasih buat QTT Travel Group dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel di atas penganjuran gelembung pelancongan ke Pulau Langkawi.


3 comments:

  1. wow best yer dapat peluang nasi cruise. harga dia memang boleh tahan rabak poket ni. huhu.. kena tunggu durian runtuh la baru dpat merasa pengalaman camni...

    ReplyDelete
  2. pengalaman yg best.. teringin juga nak naik dengan cruise..lagi dengan member atau family

    ReplyDelete
  3. Wah nampak percutian mewah sangat. Teringin la naik cruise. Kita ada pengalaman naik feri je wakkkkk. Boleh eching2 shooting drama atas cruise. Hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini