Thursday, November 25, 2021

Jualan LuLu Super Friday Potongan Sehingga 70%

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Aku ingat lagi waktu tinggal dekat America dulu sekejap. Jualan Black Friday di sana merupakan salah satu hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk-penduduk di sana. Aku sempat jugalah membeli-belah beberapa items sewaktu jualan Black Friday tu. Dan tak sangka, sekarang di Malaysia juga, jualan sempena Black Friday semakin diterapkan oleh perniagaan-perniagaan di Malaysia. Ini termasuklah LuLu Hypermarket. Kebetulan haritu pergi beli barang dekat sana, ternampak jualan bersempena Black Friday nie, memang laju jelah tangan nie membeli. Penuh satu troli weyhhh.


Jualan Black Friday diadakan setiap hari Jumaat di hujung bulan November. Masa inilah, korang kena siap siaga untuk membeli-belah sebabnya diskaun memang kaw-kaw gila. Rugi tak grab waktu dan peluang nie untuk dapatkan barang-barang keperluan yang korang mahukan. Macam dekat LuLu Hypermarket yang aku pergi haritu, diskaun sehingga 70% tau. Gila ke tidak ?


Jualan Black Friday di LuLu Hypermarket, diberi nama LuLu Super Friday. Jualan ini bermula 23 November sehingga 5 Disember 2021. Hampir dua minggu jugalah jualan ini akan berlangsung. Namun begitu, harus korang ingat, jualan yang ada diskaun kawa-kaw nie biasanya cepat je habis. Jadi, janganlah lewat baru nak terjah dan tengok-tengok jualan dekat sana. Takut kang, barang-barang banyak dah habis stok kena buru dengan orang lain. 


Macam yang aku pergi haritu, barang-barang masih meriah ya. Stok masih ada. Untunglah kalau jadi pembeli terawal sempena LuLu Super Friday nie. Tak adalah makan hati tengok stok dah habis.


Haritu tengoklah di bahagian elektronik dan gadget di LuLu Hypermarket. Ya Allah ! Banyak betul barangan elektronik berjenama dijual pada harga yang tak masuk akal. Sangat murah ya. Bayangkan, ada barangan yang potongan sehingga 70%, memang murah gila. Wajiblah terus masuk dalam troli. 



Aku jenis suka beli barang elektronik seperti periuk nasi, pengisar, seterika dan macam-macam lagi ketika ada jualan murah. Memang barangan elektronik nie dah ada dekat rumah, tapi barangan elektronik nie kau boleh jadikan hadiah kahwin untuk majlis-majlis kahwin kawan-kawan. Beli time sales, murah. Bukan kita kedekut, tapi kita manfaatkan peluang. Masa inilah korang nak beli. Jimat dan berbaloi.





Jualan LuLu Super Friday ini juga digunapakai di bahagian barangan dapur dan makanan. Barang basah pon ada yang termasuk dalam jualan ini. Korang cari je sign LuLu Super Friday warna hitam kuning dekat barangan-barangan terpilih. Dari jauh boleh nampak.






Kalau rasa nak beli pakaian, jangan risau. Dekat sini pon jualan di bahagian pakaian juga tidak kalah. Untuk di bahagian pakaian, pengunjung boleh menikmati bayaran balik separuh di mana, pengunjung berbelanja sehingga RM100 dan dapatkan baucer LuLu RM50. Kiranya, korang hanya bayar separuh sahaja. Jimat bukan ?





Yang nak beli saree, hah boleh cari dekat sini. Serius beb, saree dekat sini cantik-cantik dan pelbagai jenis. Mintak je nak jenis macam mana dan warna apa. Semuanya ada. Malah, ada bahagian untuk habiskan stok lagi. Korang boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah. Dahlah ada diskaun, boleh pulak dapat baucer lagi. Perghhh !




Ouh ya, kalau rasa macam tak sempat nak datang ke fizikal stor LuLu, boleh je membeli-belah dalam talian di laman sesawang mereka di www.luluhypermarket.com . Kalau korang membeli-belah sehingga RM100, penghantaran barangan ke rumah adalah PERCUMA !


Bayaran menggunakan credit cards juga, tidak dikenakan sebarang interest. Jadi, boleh je swipe credit card tanpa runsing perlu memikirkan soal interest. Berbelanjalah dengan tenang 😉


Tunggu apa lagi ? Cepat-cepat datang ke cawangan LuLu Hypermarket yang berhampiran dengan anda. Terkini, mereka ada cawangan baharu di Amerin Mall, Balakong. Tapi di situ, hanya terdapat barangan groceries sahaja. Macam yang aku cakap tadi, barangan groceries juga termasuk dalam jualan LuLu Super Friday nie. Jom !

2 comments:

  1. alahai seronoknya tengok promotion dekat lulu ini. Lagi2 dengan sekarang banyak orang merungut pasal kenaikan harga barang. kalau dekat dah lama join ke sini...huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. memang sangat berbaloi. shopping dekat Lulu tine sale.. best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...