Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku menerima jemputan untuk merasai sendiri menu-menu yang dihidangkan di Palm Hill Cafe yang beroperasi di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Setahun lebih kita semua hidup dalam pandemik yang memaksa kita untuk berkurung dan banyak perniagan tidak dibenarkan beroperasi. Namun Alhamdulillah, Pulse Grande Hotel dapat bertahan sehingga ke hari ini. Mereka bangkit dengan mengadakan banyak promosi hebat. Ikuti butirannya !
Palm Hill Cafe mengadakan promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner untuk dinikmati pengunjung sempena meraikan penghujung tahun 2021 dan sambutan kehadiran tahun 2022.Aku pasti, kita semua menghadapi ujian-ujian yang tersendiri sepanjang tahun ini. Inilah masanya untuk kita sambut kehadiran tahun 2022 dengan harapan ia akan menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Antara pakej tersebut ialah pakej kesejahteraan minda yang menggabungkan weekend staycation, makanan sihat dan lazat beserta aktiviti kesejahteraan fizikal dan mental. Pulse Grande Hotel juga sedang merangka satu promosi khas dan diskaun makanan dan minuman bagi semua pengunjung yang berjaya menghabiskan trek khas Pulse Grande X Putrajaya Steps. Buat mereka yang sukakan cabaran dan aktiviti sihat, tawaran ini pasti amat berbaloi buat anda.
Selain itu juga, Pulse Grande Hotel juga menawarkan pakej-pakej berkermbar melibatkan kembara dan bersiar-siar di kawasan sekitar Putrajaya dengan kerjasama pelbagai pihak.Semua ini telah dirancang dan akan dirapikan menjelang tahun 2022 nanti. Oleh itu, orang ramai yang berminat harus sentiasa mengikuti secara dekat perkembangan dan tawaran yang Pulse Grande Hotel rangkakan ini dengan mengikuti laman sesawang mereka di pautan-pautan berikut, atau menghubungi talian yang tertera.
Tel : 03 - 8887 8888
Whatsapp : 010 - 228 5353
Laman sesawang : www.pulsegrande.com.my
Facebook : www.facebook.com/pulsegrandehotel
Instagram : www.instagram.com/pulsegrandeputrajaya
Email : bdd.pgp1@pulsegrande.com.my
Nampak menarik pulak steamboat ni. Hari tu sis survey2 juga teringin sangat nak makan steamboat. Sekali ada kat Pulse Grande ni. Harus la. Dekat je dengan rumah.
ReplyDeleteWah best nyer! The hotel buffet selection for steamboat and bbq nampak meriah dan best.
ReplyDelete