Kalau korang tak tahu,handphone Nokia C3 aku kena curi di tempat kerja. Tak tahu siapa yang curi, aku syak customer yang datang dekat Pakli Kopitiam Banting tu. Disebabkan itu,aku beli phone baru.
Sempena Hari Wesak haritu, kawan-kawan aku ajak pergi mendaki Bukit Broga. Serius tak pernah dengar nama Bukit Broga sebelum nie jadi aku tak tahu bukit nie berada dekat mana. Katanya nak buat sesuatu yang mencabar, aku ikut je sebab free je masa tu.
12 Mei 2011, kami sambut hari jadi kawan kami di Pizza Hut Banting. Memang meriah betul, riuh rendah Pizza Hut tu dibuatnya. Selamat hari jadi Izu, semoga terus dimurahkan rezeki !
8 Mei setiap tahun merupakan sambutan hari ibu. Maka aku pon nak buat kejutan untuk ibu aku dengan membeli kek di Secret Recipe. Gigih ya beli whole cake besar-besar bawa naik motor.Belum sempat kita nak buat kejutan dekat ibu, ayah aku boleh dengan sedap hatinya potong kek tu. Sabar jelah.
Perasaan aku sekarang agak sedikit sedih sebab keputusan UPU dah pon keluar. Amat menghampakan sekali, aku tidak dapat sambung kemana-mana universiti yang aku pohon. Jadi nak tak nak, aku kena sambung matrikulasi yang jauh nun di Pulau Pinang.
3 Mei 2011, aku keluar berjalan lagi dengan kawan-kawan. Kali nie pergi berlima. Aku, Ady, Hareez, Rashid dan juga Izu. Berkumpul dekat McD Banting sementara nak tunggu Rashid dan Izu balik sekolah. 2 jam menunggu dorang weyhh.