Tuesday, March 13, 2018

Matcharena, Green Tea Frappe Dari San Francisco Coffee

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita baik buat peminat green tea di luar sana. The San Francisco Coffee baru sahaja melancarkan minuman terbarunya iaitu Green Tea Frappe yang diberi nama "Matcharena". Macam familiar sangat nama nie kan ? Ye, anda tak silap. Lagu Macarena yang dinyanyikan oleh Los del Rio yang amat popular satu ketika dahulu sedikit sebanyak memberi pengaruh dalam pemilihan nama green tea frappe The San Francisco Coffee ini.


Menurut Nik Azwaa, Head of Marketing of SF Coffee, mereka memang suka bermain dengan nama untuk menamakan menu-menu di SF Coffee dengan nama yang catchy dan mudah diingati. Seperti yang kita tahu, matcha ialah green tea. Jadi mereka bermain dengan perkataan matcha itu dengan something yang sangat tidak asing lagi, iaitu sebuah lagu popular Macarena, maka terjadilah Matcharena.


Bermula dari 10 March sehingga 31 March 2018, korang semua berpeluang untuk memenangi voucher SF Coffee "Beli 1 Percuma 1" dengan hanya membuat satu video Matcharena move berdurasi 2-3 saat dan kongsikannya di akaun Facebook atau Instagram dengan berhashtagkan #SFCoffeeMatcharena.

Aku pon ada beberapa keping voucher untuk korang semua. Jangan lupa join giveaway aku di instagram yer. Mudah sahaja syaratnya. Segala perincian akan dimaklum kemudian. Stay tuned !


Matcharena Frappe boleh dibeli dengan harga RM 16 (Regular size, 16oz) dan RM 17 (Large size, 20oz) dari 6 March sehingga 30 April 2018 ini sahaja. Minuman buah-buahan seperti Yo! Mango dan Hello Berry juga ada dijual di San Francisco Coffee.


The San Francisco Coffee bukan sahaja menawarkan minuman, malah makanan juga ada dihidang di sini. Mari kita terjah satu-persatu hidangan yang begitu disarankan untuk mencuba sekiranya datang ke SF Coffee.


Honey Mustard Chicken Wrap nie memang sedap gila. Aku sangat sarankan korang untuk mencuba. Kalau bubuh sos cili lagi padu rasa dia ! Order jangan tak order tau.


Untuk mereka yang menggemari cendawan, anda wajib order Turkey Mushroom Ragout Ciabatta. Kaya dengan cendawan di dalamnya. Somehow, rasa cendawan tu overpower the whole dish. Ini pendapat aku lah. Tapi rakan blogger yang lain amat menyukai hidangan ini. Jadi, korang kena cuba sendiri okay.


Spicy Sambal Chicken Sandwich merupakan menu baru di SF Coffee. Rasa dia agak sedikit pedas. Tapi bukanlah pedas yang melampau. Jadi, untuk mereka yang sukakan pedas, jangan lupa cuba hidangan ini.


Creamy and very tasty. That's all i can say. Recommended !


Bagi aku, ini adalah hidangan paling win dalam banyak-banyak tu. Rasa dia sangat sedap. Kena sangat dengan tekak aku. Cukup semuanya. Ini pon aku repeat berkali-kali.


Selalu kalau olio spaghetti bersama seafood kan ? Tapi di SF Coffee, Aglio Olio di sini menggunakan daging pepperoni.

Bersama rakan-rakan blogger. Photo credit goes to Diarymama.com


SF Coffee sudah mempunyai 39 cawangan di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang. Kalau nak tahu cawangan SF Coffee mana yang berdekatan dengan korang, boleh terus layari laman web rasmi :


Jom pakat datang ramai-ramai !


23 comments:

  1. untunglah dapat merasa menu2 yang best2
    hehehe

    ReplyDelete
  2. fav ainy ni tau green tea tapi tak pernah cuba lagi green tea kat sini. okay nanti nak cuba! nak masukkan dalam senarai tempat jjcm untuk next week. haha.

    ReplyDelete
  3. yeay! macam tahu-tahu je kita peminat matcha! kali ini frappe pula! kena try ni! btw nampak ramai kawan blogger tu. seronoknya berborak sambil menikmati minuman baru ni kan!

    ReplyDelete
  4. Berkenan la akak dengan gegambar Zharif ni. Terang + sharp. Sedap eh Matcharena ni?. Akak bukanlah penggemar green tea. Kena cuba rasa tapi kena share dengan orang. Hehe....

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap Green Tea tu kan..sampai hati Zharif x ajak akak...majuk la cenggini..haha..SF Coffee memang all time fav akak..makanan dia semua sedap..

    ReplyDelete
  6. Mata tak tgk green tea tuh dah walaupun menarik narik tekak untuk cuba.mata dah tumpu pada spagetti tuh hah..adoiii...mengugat iman betullah.meleleh air liur tengok tau.tengok harga pun not badlah.bukan mahal mana pun kan

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan dekat san francisco lagi. Tapi menu-menu hidangan tu nampak sedap sangat dengan matcharena green tea.

    ReplyDelete
  8. nampak sedap makanan-makanan tu dengan gambar yang lawa tak sangka pulak banyak pilihan yang ada kat sana. macam kena repeat balik jer matcharena tu thehehehehehe

    ReplyDelete
  9. nampak sedap makanan-makanan tu dengan gambar yang lawa tak sangka pulak banyak pilihan yang ada kat sana. macam kena repeat balik jer matcharena tu thehehehehehe

    ReplyDelete
  10. MAkanan kat sana ok la.hilma prefer sandwich diorg lagi..not big fan of blended if normal green tea hilma suka hehe..SF tak byk sgt branches so agak aah nak cari kat area shah alam

    ReplyDelete
  11. Yas... i love western food. But i just cant stad with carbonara. Hahahahah.. Too creamy. I lobe bolognese much more. Green tea mmg sedap

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nampak semua menu.suka sangat green tea.kalau nak minum blended ke confirm amik green tea next time nak try sini pulanlaa

    ReplyDelete
  13. Okay, nak datang nanti. Terliur plak tengok .. hahah ...

    ReplyDelete
  14. Jarang ke The San Francisco Coffee. Nampak sedap Matcharena Green ni. Saya memang lebih sukakan frappe. Nanti bolehlah cuba sebab ada tempoh promosi kan.

    ReplyDelete
  15. Hai..musim pnas2 ni kalau green tea tu lalu tekak mesti best tu..n aglio olio tu nampak superb sgt dik

    ReplyDelete
  16. The matcharena looks so yummy especially for matcha fans like me this is a must try! Will drop by SF soon to try the drink and food.

    ReplyDelete
  17. green tea ni sebenarnya menu dah lama ada di starbuck, tak sangka san francisco keluarkan juga minuman green tea, tapi jujur cakap i masih belum pernah minum di san francisco cafe ni... tengok you all minum macam sedap je, I better go try soonest ! thanks for sharing ! ;)

    ReplyDelete
  18. Such a nice Matcha pair with delicious spaghetti. I use to go San Francisco to enjoy my tea during weekend. Never try their new Matcha and spaghetti. Look like this weekend going to try it out.

    ReplyDelete
  19. Menarik dan menu-menu nya juga sedap-sedap

    ReplyDelete
  20. Syiok kan dapat kumpul reramai sambil makan2 n minum Matcharena. Bila lagi nak repeat ni? Boleh lah nanti joget2 ikut lagu macarena...hehehe

    ReplyDelete
  21. omg..those 6 dishes looks super yummy....and i really didn't know about this place...but I would love to try it out...since it's matcha

    ReplyDelete
  22. Suka tengok blogpost ko Zharif. Gambar jelas betul. Rasa nak pergi SF sekarang tau. Hahaha

    ReplyDelete
  23. Ahhh Matcha is so my drinks! Pagi tadi baru je singgah ke SF utk order matchareena ni. Plus I mmg suka order pastries di SF ni, rotinya lembut. Tambah pulak dgn Matchareena, mmg ujmm!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...