Wednesday, March 7, 2018

The Wetlands Kampung Belukar Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa mengikuti familiarisation trip Travelogue Johor yang dikelolai oleh borakkita.com, kami singgah bermalam di The Wetlands Kampung Belukar Durian. Secara jujurnya, aku tak pernah dengar nama tempat ni sebelum ini. Kalau nama pon tak pernah dengar, perginya apa ntah lagi. So ini merupakan pengalaman pertama aku ke sini.



Dari hutan konkrit, kami menyusuri ke hutan paya bakau yang penuh kehijauan pula. Apa yang menarik di Wetlands nie ialah, pengunjung berpeluang untuk memancing udang terus dari beranda chalet yang diinapi. Menarik bukan ?



The Wetlands ini juga sesuai dijadikan tempat untuk membuat kem motivasi atau program-program yang sewaktu dengannya. Hal ini kerana, terdapatnya sebuah padang yang luas dan penginapan yang boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa. Ye, bukan sekadar chalet sahaja, malah dorm juga ada disediakan.

Jadi boleh lah bawak rombongan cik kiah ke sini ya.



Kami tinggal di chalet. Terdapat dua jenis chalet yang disediakan di sini. Satu chalet jenis queen size bed dan satu lagi jenis double single bed. Cuma beza dari segi jenis katil sahaja. Dan yang paling penting, keluar ke beranda, terus boleh nampak sungai. Dan untuk mereka yang mempunyai peralatan untuk memancing udang, boleh je terus memancing dari beranda chalet.



The Wetlands Kampung Belukar Durian nie agak terpencil lokasinya, jadinya suasana di sini sangat aman dan bebas daripada kebisingan kota. Dan bila terpencil tu, jadinya coverage untuk line-line telco itu tiada lah yer. Eh bukan tiada ! Tapi tak memuaskan. Gituee.

Untuk mereka yang 24/7 hadap handphone menggunakan internet, anda mungkin akan menghadapi simptom-simptom memegang telefon ke arah udara demi mencari coverage. Hahahaha. Jadi minta maaflah yer, line telco agak tidak memuaskan di sini. Plus, wifi internet juga tiada disediakan di sini. Inilah masanya untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi. Bebaskan diri anda buat sementara dengan "kerja-kerja" luar dan fokus dengan keadaan semasa.



Dari segi penginapan, aku berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. Ada pendingin hawa dan kipas syiling (in case nak tambahkan lagi kesejukan yang sudah sedia ada sejuk). Bagi aku, penginapan di sini selesa dan memuaskan. Malah, tak ada sebiji nyamuk pon yang gigit pada waktu malam ketika sedang lena tidur.

Kalau korang berada dekat luar chalet tu, itu lain cerita lah.



Untuk harga penginapan mengikut jenis bilik yang korang ambil lah.

Chalet A : RM 120
Chalet B : RM 150
Chalet C : RM 100
Dorm : RM 400

Dorm boleh memuatkan seramai 20 orang dalam satu masa.


Kami sempat pergi memancing udang pada belah petang, sebaik sahaja kami meletakkan beg-beg di chalet. Semuanya agak teruja untuk memancing udang. Tapi agak sedikit malang, kerana ketika ini arus sungai agak deras. Jadinya, agak sukarlah untuk dapatkan hasil kerana nak mancing udang nie, arus sungai kena tenang.



Tapi berjayalah jugak dapat sekor dua. Besar-besar pulak tu. Kalau spend masa lama lagi dekat Wetlands nie, mesti dah sebakul kami dapat udang. Boleh buat udang masak sambal petai. Nyum nyum nyum !!


Keesokkan paginya, kami menaiki bot laju menuju ke Tempat Penternakkan dan Penetasan Belangkas. Kalau haritu aku cuba makan belangkas, kali nie aku pergi ke tempat penternakkan dan penetasan belangkas pulak.



Masuk-masuk je, korang akan nampak kolam-kolam yang penuh dengan belangkas. Tapi sebelum tu, meyh aku cerita serba sedikit pasal belangkas nie. Kalau korang nak tahu, musim paling "in" untuk para belangkas-belangkas nie mengawan adalah pada musim bulan mengambang. Belangkas dewasa ini akan bergerak ke arah pantai yang terlindung daripada ombak untuk mengawan. Semasa musim mengawan nie, 5 ke 6 ekor belangkas jantan akan berkumpul untuk seekor betina.



Jangan kata belangkas, udang kara pon ada tau dekat sini. Besar-besar udangnya !

Kat sini memang banyak sangat belangkas-belangkasnya. Pilih je nak yang mana satu. Harga ikut saiz. Boleh tahan mahal jugak harga belangkas sebenarnya. Yelah, seekor saja boleh cecah RM 18 untuk saiz belangkas dewasa yang kecil.



Secara jujurnya, anatomi belangkas nie agak sedikit takut buat aku. Mana taknya, bentuknya sangatlah menakutkan. Tajam-tajam pula tu. Tapi bila dah dimasak, amboi sedapnya !!




Sebaik selesai sahaja lawatan ke Pusat Ternakan dan Penetasan Belangkas, kami pulang semula ke The Wetlands untuk tangkap lokan pulak. Dengar cerita, terdapat banyak lokan sekitar hutan paya bakau di sini.



Korang tahu tak, lokan nie apa sebenarnya ?

Lokan nie adik-beradik kerang, lala, kepah dan yang seangkatan dengannya. Aku ingat lokan nie ada dekat laut. Rupanya dia hidup dekat lumpur hutan paya bakau. Bersepah-sepah pulak tu.



Mula rasa takut-takut nak mengorek-ngorek tanah lumpur tu dengan tangan, tapi bila dah dapat satu lokan, terus masuk syeikh. Tak boleh berhenti dok mengorek mencari lokan. Serious best gila aktiviti cari lokan nie. Rasa puas bila jumpa tu.



Tak susah pon nak cari lokan nie. Korek-korek sikit lumpur tu, then jumpa. Ada pula yang hanya berada di permukaan sahaja. So tengoklah rezeki macam mana. Tak perlu risau, cari lokan nie bukan macam memancing udang dekat sungai tu. Lama nak tunggu. Tapi lokan nie, dalam masa sejam, boleh penuh satu besen tau.



Tangan dengan kaki memang dipenuhi dengan lumpur lah cerita dia. Tak apa, yang penting puas dapat cari lokan dan berjaya penuhkan satu besen besar. Boleh bawak balik then bakar and cicah dengan sambal asam atau sambal kicap pedas-pedas. Sedapnya !



Tapi sebelum tu, kita cuci dulu lokan nie dengan air sungai. Bersihkan daripada lumpur-lumpur tebal tadi. Nanti balik tinggal bilas lagi sekali je. Jadinya, tak adalah kotor sinki rumah dengan lumpur. Kang ada sinki tersumbat kang kalau basuh dekat rumah. Huhu



Lokan sudah dibersihkan. Inilah dia lokan !

Balik kita bilas lagi sekali lokan nie supaya ia betul-betul bersih. Then terus bakar dekat atas bara api. Nak masak lemak pon boleh, nak buat masak sambal pon boleh. Tapi orang kampung cakap, lokan nie kalau bakar, rasa dia lebih sedap.


Aktiviti membakar lokan

Memang sedap sangat rasa lokan nie. Ini merupakan kali pertama aku makan lokan. Macam yang aku cerita sebelum nie, aku ada sedikit takut untuk makan seafood yang bercengkerang. Tapi ku gagahkan jua menelan lokan ini. Yelah, bila lagi nak merasa dapat makan lokan. Nak beli mahal. Memang sedap sangat rasanya !! Tak boleh berhenti lepas suapan yang pertama. Ecewahhhh !

Alhamdulillah, badan tak meragam lepas tu. Jadi maksudnya, aku boleh makan lokan lepas nie.


Masa untuk kami meninggalkan The Wetlands dan bergerak ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum itu kami memberikan sedikit buah tangan, produk-produk dari 888 Tea Coffee, kepada pihak Wetlands Sedili dan juga KEJORA.

KEJORA ialah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, yang banyak membantu dan membimbing ekonomi yang berasaskan pelancongan desa. Untuk pengetahuan korang, pelancongan desa di The Wetlands Kampung Belukar Durian telah bermula semenjak tahun 2008 lagi. KEJORA telah banyak membantu dengan membangunkan beberapa projek infrastruktur pelancongan supaya kampung Belukar Durian ini menjadi salah sebuah Kampung Pelancongan Desa yang menjadi pilihan pelancong-pelancong di luar sana.

Enjoy the video !

THE WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN

Kompleks the Wetlands, Kampung Belukar Durian 
Sedili Kecil, 81910 Kota Tinggi Johor.

Tel : 013-702 6327 / 019-738 0372 (Kamal) / 019-730 0058 (Pak Wan Zaili)


Terima kasih The Wetlands Kampung Belukar Durian dan juga KEJORA kerana menyambut kedatangan kami dengan mesra, menjaga kebajikan kami dan menyediakan kemudahan sepanjang kami berada di sana. Terima kasih !

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini

21 comments:

  1. Bestnya bercuti sambil menikmati suasana semula jadi Dan meneroka Alam. Pengalaman terbaik.

    ReplyDelete
  2. menarik sangat yang part dapat pancing udang dari beranda terus tu. kena masukkan dalam wishlist lah camni untuk next lokasi percutian santai2 seterusnya. inshaaAllah.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya sekali sekala dapat back to nature. percutian mcm ni boleh refresh mood kita. mesti seronok kan dapat spend masa dengan kawan-kawan and dpaat hirup udara segar. cantik sgt pemandangan dan suasana kampung mcm tu!

    ReplyDelete
  4. mak aih belangkas tu i tak pernah try lagi sampai sekarang sebab belangkas selalu i ingat predator, lokan tu banyak gila korang dapat kumpul... apa pun nice experience ! Bila lah aku dapat join trip macam korang ni.... huuuuu

    ReplyDelete
  5. Menariknya zharif. Nak try lah stay sini bawa ayah kak ana.dia kaki pancing dan suka lepak dekat kawasan alam semulajadi ni. Rasa tenang aman je kan.Bagus lah line telefon tak berapa ok. Baru lah boleh enjoy the nature kan.

    ReplyDelete
  6. Such a lovely place to go enjoy, near to nature...

    Really much enjoy reading all your adventure...

    This looks super duper fun!

    ReplyDelete
  7. Bestnya korang explore the wetlands, main lumpur cari lokan..memancing udang..nak plak suasana kampung macam tu kan..memang best giler la..hope can visit the wetland one fine day

    ReplyDelete
  8. Manarik juga boleh terus memncing kat beranda terus. Meriah betul nampak. Macam suasana di kampung sangat cari udang, lokan semuanya. Dah nampak belangkas tu, sampai sekarang belum pernah rasa masakan telur belangkas. Good inisiatif dr Kejora untuk bangunkan ekonomi perlancongan desa.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpt jln2 masuk kg, tangkap udang, makan belangkas tu..harap lg setahun dua dpt la join fam trip mcm ni... sekarang mmg terhad sbb ada anak kecik

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya aktiviti2 korang kan..siap dapat experience cari lokan sdiri tu...mesti manis kan sebab fresh lokan tu

    ReplyDelete
  11. Wow udang dan belakang kita suka hehehe boleh memancing tu kena cas ker atau bawa pancing terus hayut dari chalet hehehehe dah tempat menarik juga. Jelous nampak muka Dboy...

    ReplyDelete
  12. OMG>..i also want to fishing and korek-korek for lokan...the bbq right after would be the best tummy-filling experience ever.

    ReplyDelete
  13. Best nya kak sana..siap ade tmpt bbq lagi..tp tu la hilma ni sebut je dlm hutan dah takut sikit hahahha..bukan ape if nak bwk budak2 kecik kena elok2 la kan hehe

    ReplyDelete
  14. Idea yang terbaik untuk LeYa dan Otomen perkenalkan Kampung otomen juga ni.. Sebab semua aktiviti ni ade di kampung otomen.. Hehe.. Awal2 kahwin dulu, otomen memang dah ajar LeYa makan Belangkas dan Lokan ni.. Memang sedap! Setiap kali balik kampung, pasti kami akan buat bakar2.. Takpayah beli dha kat pasar.. Kitorang cari je belakang rumah.. Memang teruja dan best!

    ReplyDelete
  15. Bestnye. Timbul rasa jealous plak bila tengok gambar-gambar dan video rakan-rakan berseronok. Nak ikut next time please!

    ReplyDelete
  16. Lovely. I wanted to know about this place we sometimes and now I get to read this from your blog. Interesting. Now wanna plan my trip there with Friends

    Racheal

    ReplyDelete
  17. I like natural activities. Catching live seafood and exploring the beauty of payah bakau. All of this is my wishlist. I wish can go there and experience myself.

    ReplyDelete
  18. Akak dah stay kat sana, memang best tapi akak duduk kat dorm je. Best kan dapat buat mcm2 aktiviti kat sana, rindu lak nak ke sana lagi

    ReplyDelete
  19. This looks like fun, I can't wait to plan a trip to the Wetlands, sometimes it's good to take a break from the city and enjoy mother nature, it'll be even better when we do it with friends and family.

    ReplyDelete
  20. Really enjoy these kind of escapades where you can visit a place that brings such exploration to the table. Plus it must have been such a great experience with all the natural activities in place too :)

    ReplyDelete
  21. Alat memancing udang disediakan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...