Hari Sabtu minggu lepas, aku dan adik-beradik aku berjalan-jalan ke Kuala Lumpur untuk meraikan lesen penuh yang aku miliki sekarang. Bayangkan ya, 6 orang disumbat di dalam satu kereta Perodua Kelisa. Tak ke padat kereta tu ?
Setelah sebulan berada di Perak, akhirnya aku pulang juga ke Selangor. Balik rumah sebab kakak dan adik perempuan aku nak ambil keputusan SPM. Alhamdulillah dorang berjaya mengharungi SPM dantidak ada subjek yang gagal walaupun cuma 2 tahun belajar akademik.
Seperti yang semua tahu, kod pemakaian di Universiti Pendidikan Sultan Idris masih lagi berkonsepkan formal. Jadinya, aku masih berpeluang memakai tali leher seperti masa aku belajar di matrikulasi dulu. Untuk entri kali ini, aku nak buat satu tutorial gaya mengikat tali leher yang lain dari kebiasaan. Nama ikatan tali leher ini ialah The Eldredge Tie Knot.
Alhamdulillah, dah hampir seminggu aku dekat UPSI nie. Blurr, tak faham dan rasa pening tu masih lagi ada. Sebabnya, semua pelajar rayuan, kitorang tak ada minggu orientasi. Terus masuk ke kelas. Jadi banyak bendalah tidak didedahkan pada kami. Kena pandai-pandai discover sendiri seperti nama bangunan-bangunan yang ada dekat UPSI nie.