Assalamualaikum
Alhamdulillah, dah hampir seminggu aku dekat UPSI nie. Blurr, tak faham dan rasa pening tu masih lagi ada. Sebabnya, semua pelajar rayuan, kitorang tak ada minggu orientasi. Terus masuk ke kelas. Jadi banyak bendalah tidak didedahkan pada kami. Kena pandai-pandai discover sendiri seperti nama bangunan-bangunan yang ada dekat UPSI nie.
Sekarang, aku nak bercerita dari awal aku terima tawaran, sehinggalah aku berada selama seminggu di UPSI.
Terima tawaran
Agak pagi juga aku bangun masa tu sebab nak cek keputusan. Taip nombor IC lepastu keluar perkataan tahniah, aku tak baca habis aku terus lari sambil jerit dapatkan ibu aku then terus peluk.
"ibu ibu zarep dapat sambung belajar !!!!"
Maka bermulalah drama air mata antara ibu dan anak. Anyonyo tak ke sweet tu. Gembira tak terkata sampai ayat tawaran pun tak sempat nak baca sampai habis.
Persediaan
Aku mula buat persediaan hari Jumaat tu. Petang lepas solat jumaat terus pergi Bank Islam buat akaun Bank Islam. Lepastu ayah aku bagi duit RM2500 cash untuk bayar yuran. Pelik, ada duit pula ayah aku nie. Telefon minta duit, terus dia keluarkan duit. Selama nie, kalau minta duit asyik cakap tak ada.
Tapi masa nak buat bayaran tu, orang Bank Islam kata nama aku tak ada dalam sistem UPSI. Ahhh sudah, dahlah masa tu dekat jam 5 petang. Office hour dah nak habis. Call pihak UPSI, dia cakap boleh bayar masa pendaftaran nanti.
Pendaftaran
Pendaftaran bermula jam 8 pagi. Tapi aku bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Buat apa nak cepat-cepat, bukan jauh sangat pon. Tak jauh kau kata ? 3 jam kot perjalanan dari Banting ke Tanjung Malim.
Lepas dah daftarkan diri, terus ambil jadual kelas. Lepastu pergi ke unit bendahari, bayar yuran. Lepastu pergi ambil gambar untuk kad matrik. Aku rasa si tukang buat kad matrik yang in charge masa aku ambik gambar nie, dia malas nak edit kot. Santak gelap dan pucat muka aku. Lahhh complain pula.
Medical Check-up
Lepas dapat kad matrik, aku pergi ke klinik kesihatan berhampiran untuk buat medical check up. Rasa kekok sangat bila tadah air kencing sendiri dalam cawan. This is my first time actually uji air kencing. Aku tertanya-tanya, dia nak aku isi satu cawan ke apa ? Kalau time nie ada orang buat aku marah, memang silap arr. Aku siram terus dengan air yang dah aku tadah nie. Kah !
Lepastu pergi x-ray pula. Masuk je pintu, orang laki tu cakap "Okey dik, tanggal baju". Mak ai tak menyabor benor, belum adakan sesi suai kenal terus suruh tanggal baju. Gelojoh betul nie. Kesian isteri dia nanti. Laaa kesitu pulak !
Kolej Kediaman
Habis buat medical check-up, aku pergi daftar kolej kediaman. Kolej kediaman aku ialah Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). KHAR nie terletak di kampus baru. UPSI sekarang ada dua kampus, satu kampus induk (Kampus Sultan Abdul Jalil Shah) dan satu lagi kampus baru di proton city (Kampus Sultan Azlan Shah). Serius cantik kampus baru aku nie. Masih lagi baru semuanya.
KHAR 1 tersangatlah tak strategik kedudukannya. Nak pergi dewan a.k.a tempat makan, sangatlah jauh. Masjid pon jauh, fakulti lagilah jauh. Makin tulang-temulang lah aku tiap hari kena berjalan jauh untuk pergi ke tempat-tempat nie semua.
Kolej kediaman nie berkonsepkan apartment. Satu rumah ada 3 bilik, 2 bilik air. Satu bilik dua orang. Aku merupakan pengguna pertama bilik nie. Plastik pon tak bukak lagi woi. Dinding bersih je, almari masih lagi bau kedai. Harum je baunya.
Roommate
Umur 21. Kos Animasi. Pembersih. Baik. Solat. Merokok.
Perpisahan
Bila dah siap kemas-kemas barang semua, kitorang keluar pergi beli barang-barang yang tak beli lagi di pekan Tanjung Malim. Banyak lagi rupanya barang yang aku lupa beli. Lepastu pergi singgah makan. Dah selesai berbelanja, aku dihantar semula ke kolej kediaman. Okey detiknya telah tiba. Masa untuk keluarga aku pulang.
Parents aku janji tiap bulan akan datang melawat. Tapi aku ubah perjanjian itu, aku decide, kalau bulan nie melawat, bulan depan balik rumah. Dan begitulah seterusnya sampai abang jamil ? Ye tepat sekali.
Kos pengajian
Aku ambil kos psikologi. Selama hari nie, aku belajar sains yang mana ia dah sebati dengan hidup aku WALAUPON tak leh nak skor. Jadi psikologi nie kira macam sesuatu yang barulah pada aku. Dia macam kaunseling sikit-sikit tapi bukan. Tak tahu nak jelaskan macam mana.
Kalau macam sains kita dah tahu kita akan belajar apa. Sebagai contoh subjek biologi, kimia, fizik dan matematik. Tapi psikologi nie ? I have no idea what books need to buy or need to read. Tengok jelah macam mana nanti. Mungkin mula-mula bingung, lama-lama okey lah kot kan.
First day class
Sangat bingung. Nasib baik ada senior tolong ajar macam mana nak baca jadual. As i stated before, kitorang yang pelajar rayuan nie tak ada minggu orientasi. Jadi kitorang ada zero info pasal UPSI. Macam pelajar yang lain, dorang tawaf satu UPSI baik kampus baru mahupun kampus lama. Dorang diperkenalkan dengan nama-nama bangunan, apa fungsi bangunan tu dan banyak lagi. Kitorang yang rayuan nie langsung tak ada. Hari nie mendaftar, besok masuk kelas. Gila.
Maka masa hari pertama kelas tu, cuma aku dengan satu budak baru je dalam kelas tu. Tercongok satu jam dalam bilik tu. Rupa-rupanya kelas cancel. Nampak tak, yang kitorang berdua noob dok tunggu dalam bilik tu satu jam macam orang bodoh ? Hahahaha
Kehidupan di UPSI
Rabu, sibuk uruskan username dan password untuk wifi dekat UPSI nie. Alhamdulillah, wifi dekat UPSI nie tersangatlah memuaskan, laju. Line pon penuh sebab router-nya dekat dalam rumah aku. Kat sini dua rumah share satu router.
Khamis, sibuk uruskan penambahan kos. Sebab sem nie, semua pelajar psikologi ambil 12 jam kredit. Senior kata sikit sangat, so kene tambah. Kalau tak tambah nanti, sem-sem depan berat sikitlah. Aku pon tambahlah lagi satu subjek elektif. Subjek elektif merupakan subjek di luar dari kos kita tapi satu fakulti. Aku tambah subjek Mathematics For young Children. Jadualnya pon bagus, tak clash dengan subjek lain. Dan yang paling penting, tak usik hari Khamis dan hari Jumaat.
Kalau nak balik kampung halaman, jam 1 tengahari pada setiap hari Khamis dah boleh balik. Balik semula ke UPSI pula, boleh balik hari Isnin sebelum jam 2 petang. Aku dah survey harga KTM dekat internet dari Tanjung Malim ke Klang, harganya cuma RM9.10. Klang ke Banting naik bas RM3. Jadi jumlah pergi balik, tambang hanyalah RM24.20. Ini sangat woww okay. Dahlah boleh balik hari khamis, cutinya pula boleh sampai 4 hari, harga tambang nak balik pon murah. Gembiranya aku, alhamdulillah !
Jumaat, pagi tak ada kelas. Lepas solat jumaat baru ada kelas. Kelas dekat kampus baru pulak tu. Tragedi sungguh bila gelabah tunggu bas tak muncul tiba. End up, 30 minit lambat masuk kelas. Jadual yang aku tunjuk kat atas tu setelah diubah, sebelum diubah ada kelas jam 3 petang hari jumaat. Untuk minggu nie kene ikut jadual lama dahulu.
Pensyarah aku cakap, masjid baru UPSI nie harga dia mencecah RM25 juta. Amboi gila harga dia. Tak boleh mahal lagi ke ? Masjid harga mahal-mahal tak guna kalau tak ada yang rajin datang situ.
Sabtu, pagi-pagi aku gerak pergi library cari bahan assignment. Kononnya niat nak cari bahan. Tapi bila dah masuk library, buku dicari melalui sistem komputer. Memang pon aku tahu cari buku guna komputer, memang aku tau pon. Errr. Aku belajar fahamkan penggunaan kod-kod buku tu semua, Alhamdulillah lah boleh faham.
Lepastu makan tengahari dekat KFC, konon macam "reward diri" sebab dah study cari bahan selama 3 jam di perpustakaan. Sebagai seorang pelajar, makan KFC merupakan perkara yang tak sepatutnya berlaku. Harga untuk satu meal boleh buat makan untuk 2 hari dekat UPSI nie ya.
Ahad, keluarga aku datang melawat. Macam-macam barang dorang bawa. Sebenarnya, aku yang senaraikan barang-barang apa yang perlu dibawa dan dibeli. Aku pon keluar berjalan dengan keluarga aku. Lepastu ibu aku ternampak kedai kain Jakel dekat Pekan Tanjung Malim. Memang itulah tempat feveret dia.
Okey itu je, begitulah pengalaman first week di UPSI nie. Banyak lagi minggu aku nak kene tempuh. Harap-harap aku boleh survive. InsyaAllah, minggu depan, family aku akan datang lagi untuk melawat. Yeay !! Alhamdulillah, seronok tengok muka ibu dan ayah aku gembira lepas dapat tahu aku dapat sambung belajar.
blaja betul2 zharif..bestlah upsi..besar
ReplyDeletebesar memang besar tapi xmesra pelajar -____-
Deletetak mesra pelajar macam mana?
Deletedari satu bangunan ke satu bangunan jauh.
Deletefuuuhh.. locker n bilik sngt kemas.. jng minggu pertama jer kemas.. hihi...
ReplyDeleteanyway tahniah n all the best..
p/s : smart gler kad matrik korang.. =]
memang kemas okey =D kad matrik nya mmg smart cuma gambar nya je tak smart . hahahha
Deletebtw thanx =D
tahniah zarep !!!!!!! terbaik :D
ReplyDeletekad matrik dulu & sekarang hensem k.
terima kasih kimy =D *pipi merah*
DeleteTahniah sekali lagi Zharif. Aku doakan minat kau bertambah la untuk course kau ni. Btw, UPSI tu pernah masuk salah satu university yang aku nak pergi.
ReplyDeleteUntung kau. All the best :)
aku harap jugak mcm tu semoga aku akan bertambah minat dgn kos nie =) thanx farah ^___^
Deletestudy leklok zarep..
ReplyDeletepasni jd cikgu kaunseling..
otak psikologi lah kau ni like sigmund freud, brunner dll...
All the best lahhh..*krik krik krikk
yang tu xsure lagi sebab nanti sem 4 baru masuk pengkhususan . that time bru choose nak ke arah mana . but i hope can be a teacher or lecturer lahh . relly2 hope T__T
Deletethanx fadzilah ^___^ krikk krikk krikkk
Insyaallah bole..krik krik krikk..
Deletehahahaha..
milo --> nestle.. boikot.. ahahha
ReplyDelete=)
DeleteWah tahniah! Seronoknya dah masuk belajar, tapi peliklah tak ada orientasi. Tak aci! :p
ReplyDeletethanx =) seronok apa xada orientasi , xde lah ice breaking yg memalukan itu . hahahhaa
Deleteupsi sangat best if u explore more..btw im ur senior in psychology..baca blog u teringat time daftar dulu..^_^
ReplyDeletenak explore tapi takut nanti sesat . hari tu cari pintu timur sampai tersesat-sesat . berpusing2 kat dlm upsi tu . hahahahha
Deletehaha yeker . takper take time . kampus lama mg besar n memeningkan skit . lma2 dah besa ok lae .
Deletebelajar elok2 tau zarep . bestnya dapat dekat je :) Nak dpt dekat jugak. nak tiap bulan balik gak . sob sob sob .
ReplyDeletetahniah zarep !! proud of u ! :")
alhamdulillah dpt dekat =) yang penting alhamdulillah dah dpat sambung belajar =) thanx haikal =)
Deletewah-wah... terbaek zharif! haha
ReplyDeletebestnya dapat rumah baru :3
alhamdulillah dpt yg baru =) hewhew , thanx amira ^^
DeleteAssalamualaikum dik. ohh akak terlepas entri ni. patutlah akak tanya kau kerja ke study lagi kan. heee. bagus2, belajar dengan cemerlang ye. boleh bantu keluarga di masa akan datang :)
ReplyDeletewaalaikumsalam kak sheila =) insyaAllah . sy cuba =)
DeleteEhh nihlaa dia zharif ? Ahhaaaa jumpa pun geng Banting nih. Dok belek-belek jugak siapa yang orang2 kampung Banting tu kata ada budak sama kos dengan aku. Hai Zhariff! :D Saya orang Banting, student UPSI, kos PSIKOLOGI jugak. Tapi senior walaupun kita sebaya harharhar. Hahaha terexcited jumpa geng Banting. Okbai.
ReplyDeletelaaa ye ke , okey baru tau . hai hai =D boleh pulak satu area kos yg sama tmpt yg sama , umur yg sama lak tu =D
DeleteCongratulation Boy! nway sy hrp result matrik sy ok utk pspm2 ni...really want to go there lo...(UPSI).. take there.....!!
ReplyDelete**take care..
Deletethanx =) dont worry, you're doing great . hopes the result turns into what you wish for =) gudluck ^^
Deletesalam.. nak tanya cut off pointer utk psikologi upsi brape ye?
ReplyDeletecut off pointer apa nie ? saya tak tau
Deletemaksudnya average pointer utk intake. cut off pointer ni biasanya hanya org dalam je yg tau. mana tau yg awak tau. tp kalau xtau takpe. btw, nice blog bro.
Deleteowhhhyang tu saya tak tau, sorry ... BTW, thanx =)
Deletesalam bro. aku lepasan matrik dgn cgpa 3.11 . kau rasa aku ada chance tak nak amik kos ni?
ReplyDeletelepas je dgn cgpa matrik tu, tp nak kne compete dgn others sbb kos nie dgar cter 2universiti je yg ada. dgr2 mcm tu lah. tak tau lah. well gudluck ! =)
DeleteAku nak sgt amik kos ni bro. Mmg cita2 aku kot. Tp waktu sem1 matrik aku tak dpt catch up dan loss. Thats why my cgpa drop, because of my sem 1. Haih, doakan aku ye bro.
Deletethere's still hope, keep prayin' =)
Deletezharif makan ular? (snake plate) haha.. *ok jgn marah.. =D
ReplyDeletekenyang kot makan ular =) hahaha
Deletehai senior !! :) sy bkl mnjd mhasiswi di sana jgk insyaallah awal sept ni dn dpt kolej Khar jgk . yippyy !! rse cm brsmgt nk study sana paz bcd blog awk nih .
ReplyDeletewahhh tahniah =) kolej kediaman memang memuaskan ^^ cantik dan banyak kemudahan..
Deletesaya dapat kolej za'ba.kolej tu ok tak? btw kolej tak sediakan mesin basuh ke?
ReplyDeletetahniah dapat UPSI =) ada. tapi zaaba xtau lah sbb sy duduk khar
Deletebestnye dapat kos psikologi,kos yang diidam2kan.. tapi dapat psikologi sains sukan di upsi,syukur jugaklah..
ReplyDeletetahniahh lah dpt continue study =) itu yg penting
Deletehehe.. trimas,betul tu betul.. janji relate dengan psikologi,kira alhamdulillah la..
DeleteEh sama kos la. Bkas kmpp pon same haha
ReplyDeletewahhhh kebetulan =) tahniah ! ^^
Deleteassalamualaikum.hee zharif saya ain. ain nak tanya la you ambik kos memang psikologi je eh ?sebab I dpat interview untuk kos psikologi jugak tapi sukan punya which I mean psikologi sukan la.masa you interview tu ada budak kos lain tak join skali?anyway ain interview this Monday 6th of jan 2014 :)
ReplyDeletewaalaikumsalam .. masa saya interview nie, sy interview untuk kos bio and sains math.. psikologi actually xde interview pon.. interview sorang2 lah macam biasa. tp ramai je budak lain tunggu giliran dekat luar.. semua kos lain2.. adalah yg kos sama.. huhu.. sorry baru perasan komen nie... well goodluck for the result =)
DeleteAssalamualaikum, hye... nak tanya mcm mana nak tahu kita punya kos pasaran terbuka or pendidikan?? kalu amek pendidikan kat UPSI lpas graduate ape proses yg perlu dilalui untuk jd cikgu (o ape2 konsep)?... awak lepasan matriks? then mcm mana boleh masuk rayuan, kalu sudi share info... tq :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Hye.. Hurmm setahu saya lah di upsi sekarang nie semua open market even pendidikan semua open market. Open market nie kira lepas graduate kene cari tmpt posting sendiri.. Sy pon xsure sangat proses nya mcm mana sbb sy bukan under program pendidikan..
DeleteLepas habis matrik sy dapat unimas. Tp saya xpergi. So saya tunggu intake februari and isi application.. Then hadir temuduga kos pendidikan bio dan kos pendidikan sains math. Tp sy xdpat. Katanya masa tu mmg xde intake bio and maths pon. Hampehh je. Xde intake tp kos tu ad dlm senarai. So sy isi rayuan kos psikologi. And alhamdulillah dapat.. Sy lambat satu sem drpd batch matrik sy.. Mcm tulah jalan hidup sy..
Xtau lah menjawab soalan ke tak..
thats mean lepas diploma sains ni, kami boleh sambung medic kat universiti lain? atau kami mesti sambung degree kat UPSI?
Deleteitu terpulang pada indidvidu. boleh tak boleh tu diluar bidang saya =)
DeleteKHAR....wahhhh, rindu nye kolej khar..
ReplyDeleteduk blok 1.oo..sy kat blok 2 (tahun lepas)..hihi
i see.. KHAR lama kan ? sebab rasanya batch sy org first yg rasmikan bangunan kolej kt proton city tu..
Deletex la..KHAR baru la..sebelum ni memang duk kat khar lama tapi masa sem 5 duk khar baru.
Deletesusah sikit duk situ..kena jaga pandangan..haha
Wah tahniah tahniah!
ReplyDeleteDuk google google pasal Upsi, terjumpa blog adik.
Saya pun study kat upsi gak, tapi dah tua dah..
nak pencen dah tahun ni..
hehe. all the best zharif!
wahhh nak pencen dah, best nya >__< saya nie lambat lagi nak habis..
Deletebtw thanx ^__^
Salam Zharif , Saya nak tnya sikit . saya tak dapatUPSI ,, baru lpas check keputusan . Maw tanya ne , e rayuan tuh pilih corse mcam mana ek ? ikut y kita dipanggil temuduga ?
ReplyDeletewsalam.. rayuan nie dia akan bagi kita pilih satu pilihan sahaja. kos dh bukan kos yg kita dapat masa interview tu..
Deleterayuan nie kira macam kos yang tak penuh lagi.. so mmg ada sikit je pilihan.. pilih satu yang terbaik.
insyaAllah dapat, best of luck !! =D
Assalamualaikum. Zharif, okay x blajar kos psikologi ni? Sy pun mcm awk jgak dulu, matriks, sains. So x tau sgt kos ni mcm mana. Sy dpt uitm jgak, kos biologi. So which one is better? patut terus dgn bio je ke or beralih arah ke psikologi? Harap dpt mbantu beri pendapat :-)
ReplyDeletewaalaikumsalam.. wahhh best nya dapat bio >__< saya kalau diberi peluang ambik bio, sudah tentu sy akan pergi. tp malangnya tiada rezeki ke arah itu.. sy rasa awak pergi je kos bio tu.. sayang lah dah dapat awak tak ambik.. tambahan pula dekat uitm, yuran pengajian murah.. sy kat sini mahal kot..
Deletepsikologi okey je, best sebab banyak buat program luar.. banyak kene interaksi dengan org sekeliling.. belajarnya pon xberapa susah sgat.. so far lahh.. sbb sy bru habis sem 2.. hihi.. sem dpan xtaulah susah k senang..
btw kalau keliru jugak buat solat istikharah.. ikut gerak hati nk ke mana.. sbb nie masa depan awak =) good luck ! ^^
slm,kalau dari bangi,nak ke upsi macam mane ye?
ReplyDeleteadik saya dapat upsi,kolej harun aminurrashid ni..
(xpernah jejak perak)
wsalam.. masuk tol sungai besi - ikut signboard highway ipoh yang ada lambang highway. sy pon xpasti.. ini pon sy tanya kawan sy.. sy bab-bab jalan fail sikit..
DeleteAssalamualaikum. Nak tanye, psikologi belajar dalam bahasa melayu or english? Pegi kelas jalan kaki or naik bus? And boleh ke bawak kereta kat upsi?
ReplyDeletewaalaikumsalam.. belajar in english.
Deletejalan kaki.. kalau kelas dekat kampus lama naik bas.. tp subjek psikologi semua dekat kampus baru..
boleh je.. tp kne ada sticker pelajar..
Most lecturer memang speaking english ke time mengajar?
ReplyDeleteyupp. speaking english..
DeleteDulu abang dpt berape pointer utk masuk upsi?
ReplyDeletethat's kind a secret though... i cant tell you, but alhamdulillah lah =)
DeleteOh sye cume nak tawu at least bape pointer kena dapat utk masuk kos psikologi kat upsi. Sorry sebab tanye :)
Deleterequirement kalau xsilap, 2.75 dh layak kot.. saya tak pasti lah..
Deletecuba jelah, ada rezeki, insyaAllah ada.. good luck =)
Assalamualaikum. Awak cakap banyak program luar kan, kite kene speaking english ke utk interaksi dengan orang? Kalau muet band 2 boleh amik psikologi ke? Macam mane pulak dengan presentation? Banyak x kena bwat presentation
ReplyDeletewaalaikumsalam.. kami belajar semua fully english.. interaksi maksudnya mcm mana ? berborak ke apa ? kalau berborak sesama sendiri cakap malay je takper.. kalau nak tanya soalan, preferably in english.
Deleteokey je muet band 2. nanti dh masuk sini kne improve lah english, or else you will face problem in understanding the subject.
program memang banyak.. lagi2 kalau concentration awak kaunseling. concentration clinical pon banyak jugak program.. semua subjek dekat u kne buat presentation..
Awak sem tiga dah sekarang ke? tak ada kelas kat kampus lama ke? Saya budak upsi jugak, diploma. :)
ReplyDeleteaah. baru habis sem 3. sem depan masuk sem 4.. ada tp satu kelas je. itupon kelas english.. lain semua kelas dekat kampus baru =)
DeleteHy... Saya Deg Psychology jgk... tp intake 13/14 feb... hope juumpa u my senior... :)
ReplyDeletehi, psikologi or psikologi sukan ?
Deletekolej yg encik zarep duduk ni selesa ke dari segi kemudahan?
ReplyDeleteSemua kolej selesa, dont worry =)
DeleteKHAR sama dengan KUO, KAB sama dengan KZ..
salam. sy br dpt result upu and end up dpt deg psikologi kt upsi. so as org yg berpengalamn, ad x advice kt ktrg yg bkl jd student psyco so tht ktrg blh prepare physically n mentally. any advice.....
ReplyDeleten lg satu nk tnye diorg ragging x dak2 bru?
waalaikumsalam.
Deletefirst of all, tahniah =) tak tahu lah nak cakap macam mana, kene masuk dulu lah baru faham..
sy xde orientation pon, sy masuk then terus pergi kelas esoknya.. dont worry, dorang tak ragging.
em tumpang tanya, apa kemudahan yg ade dekat khar ni ea? and kalau nek pergi kelas dekat kampus azlan shah tu naik bas or jalan kaki?
ReplyDeletekalau kelas dekat kampus baru, jalan kaki pon boleh.. kalau ada kenderaan sendiri much better lah.. xde lah penat.
Deletetapi kalau kelas dekat kampus lama, definitely kene naik bas.. sebab jauh.
Salam. Sy nak tanya. Sy ingin membuat rayuan kos di UPSI. Cikgu sy ckp better hantar dokumen rayuan terus kat UPSI. Sebagai pelajar rayuan,apa pendapat awak ye? Perlu sy hntr rayuan ke upsi or just apply kat upu je no need hantar kat upsi? Terima kasih ye :)
ReplyDeletewsalam. awak dah salah sangka nie.
Deletelet me clear this out, degree UPSI ada dua intake, september dan februari. september intake isi lalu upu. februari intake isi straight from laman web upsi tu.
once tak dapat, baru buat rayuan.. rayuan only can make from the web. dokumen rayuan apa je erk ? september isi upu, no need to send any document right ? while february month, kene hantar document. so kalau xdapat, xperlu lah hantar lagi sbb document kita mereka dh ada.
harap menjawab soalan =)
assalamualaikum..excited nya jumpa blog ni.terima kasih sbb cerita tngtg upsi..btw sy matrik penang batch 13/14 n dpt upsi sama course lak ngn abg..haha bangga lak ase ada kmmpians ! minta tlg ajar nanti . terima kasih :)
ReplyDeletewaalaikumsalam =)
Deleteyou are welcome.. welcome kmppians to UPSI =)
assalamualaikum .. sy nak tanya kos psikologi ni jumlah lelaki ngn perempuan sama banyak ke?
ReplyDeletewaalaikumsalam.
Deletenope, lelaki sikit je.. normal lah kan..
Salam,excited gila jupe blog ni.tak sangka dapat jupe senior kmpp pstu sama course lak.haha sy kmpp batch 13/14..nak taye psikologi ni payah tak?ada bljr pasal bio kee? sy tk minat bio ==' minta tlg ajar nanti ye.terima kasih :D
ReplyDeletewsalam... wahh ini betul2 excited nie sampai post dua kali. tak adalah payah sangat, tapi kene banyak membaca lah.. bio ad sikit2 je, dont worry..
DeleteSalam bro..saya bakal daftar 2hb 9 neh..kos psikologi sukan jgk..harap dpt bantu sy bro kt sna nnt
ReplyDeletewsalam.. welcome to upsi =)
Deletebtw sy bukan psikologi sukan, psikologi sahaja...
assalamualaikum. saya inshaAllah daftar 2/9 ni kat UPSI, kos psikologi jugak. nak tanya sem 1 subjek apa ye belajar ?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. welcome to UPSI =)
Deletesubjek psych biasanya untuk sem 1 ialah developmental psychology and introduction to psychology
salam. Sy nak tanya kalau kos psikologi sukan di upsi ni sama ke mcm kosyg awk amik skrg?tq;)
ReplyDeletewsalam. lain. even fakulti pon lain-lain =)
Deleteassalamualaikum , rayuan untuk second intake selalu dia ambik berapa org ye ? 1 kos 2 org je ke ? tpi bergantung kat kosongan kan . time awak, ramai tak budak rayuan yg dapat ? ada tak dalam 50 org ? trma ksih
ReplyDeletewaalaikumsalam. bab intake berapa orang tu di luar bidang saya. saya tak tahu.
Deleteand saya pon tak pasti rayuan berapa orang. depends pada kekosongan jugak lah kot...
Slm saya nak tanya saya ingin bertanya mengenai diploma sains di upsi..adakah ramai pelajar yg menyambung program dip.sc ni di upsi..kerana result spn saya alhamdulilah layaj utk memohon program ni tp saya takut x dpt sbb mengikut pengiraan meritokrasi result saya hanya berada di tgh2..harap saudara bleh bantu....terima kasih...
ReplyDeletewaalaikumsalam..
DeleteDik, saya nie pon seorang pelajar. jadi soal intake semua nie di luar bidang saya. Apatah lagi berkenaan kos diploma. Mohon cakna. sy cuma berkongsi pengalaman temuduga je.. maaf yer tak dapat nak membantu.
Ye x pe...terima kasih kerana sudi membalas komen saya...:-)
DeleteSlm kalau result setakat 3A adakah berpeluang mengikuti program diploma di UPSI...
ReplyDeletemaaf, pengambilan pelajar diluar bidang saya. saya juga seorang pelajar.
Deletecuba lah, mana tahu rezeki =)
saya dapat tawaran bagi UPSI diploma sains. boleh saya sambung medic di IPTA lain melalui UPU? atau saya hanya boleh sambung degree kat UPSI untuk menjadi guru?
ReplyDeleteterpulang pada indidvidu. boleh tak boleh tu diluar bidang saya =)
Deletebolehkah beritahu saya syllabus tu? macam setiap sem study apa topic?
ReplyDeletemaaf, sy bukan pelajar untuk kos itu jadi saya kurang cakna apa yang dibelajar. boleh rujuk laman web rasmi UPSI kot2 ada dia nyatakan di situ =)
Deletesalam,upsi intake 2 kali setahun kn?bagi pendapat Zharif antara diploma BI & sains mana yg lebih bgs dlm segi peluang pekerjaan dan gaji?sepatut nya saya mohon lepas jer result kuar tp saya pegi gatal tangan mohon course yg saya x layak dgn harapan keajaiban berlaku..hahah..tp serius menyesal lol..jd saya harap Zharif atau mana2 pelajar upsi dpt bantu..terima kasih...
ReplyDeletewasalam. yupp dua kali setahun. both are good actually, in fact semua kos yang ditawarkan bagus dri segi peluang pekerjaan and gaji. semua nie brgantung pada rezeki, jadi agak tak adil lah jika saya memilih salah satu nya itu untuk diberi jawapan. percaya dengan rezeki Allah =)
Deletegood luck ! =)
Salam....untuk kos ni subjek math atau yg melibatkan pengiraan bnyk x? Sya kureng skit bab math ni..
ReplyDeletewaalaikumsalam.
Deleteada statistics. okay je rasanya. tapi quite challenging jugaklah.
Assalam . thanks a lot coz bnyk share pgalaman especially pgalamn interview . mmg bnyk bntu mse sy pnyer interview. (Jmpa ur blog scra xsengaja ) .
ReplyDeleteN 2/9 sy akn dftar at upsi n khar . terima ksh bnyk2 .
tahniah awak ! Alhamdulillah, selamat datang ke UPSI ^__^
DeleteHi , awak buat medical check up dekat mana ya ? And berapa cost dia ?
ReplyDeleteklinik kesihatan tanjung malim kalau tak silap. tak ingat lah pulak berapa kos dia. rasanya mcm murah je.
DeleteSalam..nak tny, jauh x kampus baru dgn ktm tg malim? Ada public transport x dri kmpus tu ke stesen ktm?
ReplyDeletewaalaikumsalam. Jauh. Tapi dari kampus lama nak ke ktm dekat je. Jangan risau. Ada bas disediakan untuk ke kampus lama. Every 30 minutes on weekdays, and every one hour on weekend. Kalau tak ada bas, macam mana student nak ke kelas di kampus lama, betul tak ? Hihi =D
DeletePerkhidmatan bas of course free.
Assalamualaikum. Nak tye ade tak sesiapa yg telah dpt kerja lepas graduated course ni? Thanks
ReplyDeleteAssalamualaikum Zharif,kamu sem berapa dh skrg ya? Sbb U sama kan.haha
ReplyDeleteHI:) mm...yg kos permohonan awal2 kamu minta tu samakah dengan kos yg kamu dpt lepas rayuan?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya, kalau saya dr diploma uitm then nak ambil kos di Upsi untuk degree, boleh ke? And then degree nant berapa tahun ye?
ReplyDeleteHi can I have your email?šš»šš»šš»
ReplyDeleteyes, you may get them at The Author section. Thank you.
Deleteassalamualaikum , nk tnye .. cmne eh nk buat ryuan upsi? rayuan kt laman web upu or kt lmn web upsi sndiri?
ReplyDeletewaalaikumsalam.
Deletesy intake february, isi permohonan direct ke website UPSI, jadi isi rayuan pon direct di website UPSI. Kalau UPU, isi rayuan under UPU.
ohh. okay2 , thnksss
DeleteAsalam zarif, baru2 ni sy xdpt Upu utk pendidikan awal kanak2 d upsi. So sy ada buat rayuan berdasarkan kekosongan yg ada..hanya ada course pendidikan muzik saja..tapi sy dah pilih, soalan sy.perlukah saya buat iv dan ujian khas semula atau terus masuk&belajar walaupun xda basic? Harap dpt jawapan. Tq
ReplyDeletewaalaikumsalam.
DeleteYang tu saya tak pasti pula mcm mna. Rasanya kos2 begitu perlukan interview. Tapi untuk rayuan, tak pernah lagi sy dengar ada interview utk rayuan. biasanya kalau kriteria memenuhi, dorg akan terus masuk je. Lagipula, if you don't have the basic, how are u going to learn ? I mean, music is something that you need to have basic and talent. Not all can play music instruments, right ?
apa-apa pon, i wish best of luck for you. semoga tuhan permudahkan urusan awak =)
Research2 pasal psikologi upsi pastu terjumpa blog ni haha. Glad to read the recent replied comments showing that you are still active in blogging. Keep it up!
ReplyDeletei still am =)
DeleteAssalam zharif, sy nak tanya..kalau nak sambung master upsi still ada interview ke? Actually banyak lg benda nak tanya tapi macam susah pulak nak tanya kat sini. Hehe.
ReplyDeletewaalaikumsalam. tak tahu lah pulak kalau bab master tu. boleh email kat sy zharifazis93@yahoo.com
Deleteasaalmmualaikumm ...btw zharif kita sama pelajar rayuan...apa ygawk cerita dlm tuu semua smaa pengalam msa sy bru msuk..sy gn geng lain yang rayuan memang tak dak orientasi dan msih start to zero laaa tntng upsi...blur nye org ygg ada pnglmn ja fhm..hahah
ReplyDeletethings will get better. enjoy ur student's life ! Good luck =)
Deletehi! kat upsi mg tkde washing machine ke?
ReplyDeleteada je
Deletesalam bro,
ReplyDeletenak tanya dari tanjung malim nak ke kampus baru kalau naik bas camne? aku daripada ipoh turun kat tanjung malim kelas di kampus baru.. kalau xnaik bas UPSI tu sebab kadang bas xde time cuti
Assalamualaikum abg.abg kata ayah abang bagi suit utk bayar yuran Kan Lepas Tu abg ade dpt ptptn tak?abg apply ptptn melalui uni ke sendiri. Abg pls tolong reply
ReplyDeletewaalaikumsalam. sy tak pinjam PTPTN. first year dan second year pakai duit parents. Third year baru pinjam Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.
Delete