Wednesday, August 16, 2017

Q-Switch Laser at CLINIC MF

Good day everyone !

Aku pasti, semua orang mendambakan kulit wajah yang cantik, bersih dan sihat. Rupa cantik ke tidak, itu belakang kira sebab cantik adalah perkara subjektif. Everyone defines beauty differently. Yang penting, KULIT muka bersih dan bebas dari cela. Barulah confident untuk menghadapi liku-liku kehidupan. Chewah !


Pada 5 Ogos lalu, aku telah diberi kesempatan untuk mencuba rawatan laser di Clinic MF yang terletak di Midvalley Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama aku mencuba rawatan laser dan juga kali pertama membuat rawatan yang melibatkan wajah. Jadi aku nak share lah pengalaman mencuba rawatan laser di Clinic MF nie.

Clinic MF menawarkan pelbagai rawatan laser. Pilihan rawatan laser bergantung kepada masalah kulit pelanggan. Sebelum mendapatkan rawatan laser, pelanggan akan mendapatkan consultation daripada Dr. Felicia. Konsultasi dari Dr. Felecia sangat membantu dalam mengenalpasti masalah kulit wajah anda.

Dr. Felicia nie sangat sopan and very soft-spoken orang nya.

What's your concern about your face ?

That was what Dr Felicia asked me during the consultation. For those who follows me on instagram, probably already knew that i had chicken pox during fasting month. What a nightmare to have chicken pox at this age. But things happened, so move along. So my concern is my chicken pox scars. I have couples of it. I got one on my forehead. This one bothers me a lot coz it is a sunken scar that looks like kawasan tadahan hujan. I got one on my nose, some on my cheeks and a couple on my chin. Trust me, i hate it so much.

" Is there anything else ?"

Aku tak boleh fikir sangat masa tu. And i came out with, FRECKLES ! Atau dalam bahasa mudahnya, jeragat. Tapi kita guna "freckles" lah, sedap sikit bunyi nya. Ala-ala international gitueee. Freckles aku banyak terbentuk dekat pipi bawah mata, dan juga dekat hidung. It doesnt bother me as much as the chicken pox scars. Sebabnya tak nampak sangat pon freckles aku kalau tengok dari jauh. Kalau tengok secara close up memang korang boleh nampak freckles yang terbentuk di wajahku.

She took a look at my face closely, and then she explained what treatment i was going to have and how is the procedures and also what to expect after the treatment.

Rawatan laser yang aku dapatkan merupakan Q-Switch Laser yang mana dengan rawatan nie, ia mengecilkan pori-pori muka, memudarkan parut, mengurangkan kedutan dan juga mencerahkan kulit wajah. Selain itu, ia juga boleh merawat pigmentation kulit. Q-Switch laser nie jugak boleh menghilangkan tattoo tau.

Sebelum treatment, beautician di sana bawa aku ke satu bilik untuk ambil gambar wajah aku daripada pelbagai angle. Selepas treatment pon, gambar wajahku diambil. Kira nak bandingkan sebelum dan selepas treatment lah gituee.


Lepastu aku dibawa ke satu lagi bilik. Kali nie, nak buat persediaan wajah kita sebelum masuk ke bilik rawatan laser tu. Pre-cleansing namanya di mana kulit muka dibersihkan terlebih dahulu. Seriously rasa best je bila prep nie. Rasa macam nak tidur pon ada. Nyaman je rasa. Since aku nak buat rawatan buang freckles, so ada prep khas untuk rawatan tu. Gambar atas tu merupakan prep yang dia buat untuk rawatan tu where they put anaesthetic cream to my face. Benda tu stay dekat muka aku lebih kurang dalam 10 minit macam tu.

I look like a pregnant lady came for an ultrasound appointment. Haha

Dan sekarang, masa untuk di laser. Rasa nervous ada, excited pon ya. Sakit ke tidak buat laser treatment nie ? Jawapannya tak sakit pon. Tak perlu risau, sebab Dr Felicia nie sangat bagus. She comforted me by saying everything is going to be fine. Even sebelum nak mulakan laser tu, dia cuba dulu dekat muka aku and tanya sama ada sakit ke tidak. Kalau rasa sakit yang tak dapat ditanggung, bagi tahu je dekat dia. Tapi seriously tak sakit pon.


Rasanya aku menjalani 3 kali proses laser. Yang pertama, laser secara menyeluruh iaitu satu muka. Kedua, laser tempat di mana chicken pox scars aku berada. Dan ketiga, laser untuk freckles. Laser untuk freckles tu rasa sakit sedikit but it was bearable as they put anaesthetic cream on my face earlier during the prep. Secara keseluruhan, tak sakit pon. Cuma bau rasa macam benda terbakar semasa proses laser nie.


Selepas rawatan tu, dorang letak hydrogel mask dekat muka. Sejuk hydrogel mask nie. Memang best gila pakai. They left me for about 10 minutes with that mask. And then, the beutician applied mosturiser and sunscreen to my face.


Sedikit rakaman semasa rawatan laser dijalankan

Rawatan laser untuk freckles, akan meninggalkan kesan "bakar" pada kulit (small scab). Bukan lah besar pon, macam bintik-bintik hitam je. Tak perlu risau, dalam hari ketiga atau keempat selepas treatment, small scab tu akan tertanggal secara natural. Jangan pulak korang pi kopek.

This is my face after the treatment

Dalam masa 4 hari, muka aku bebas daripada freckles. All the small cabs tertanggal dengan sendirinya. Aku boleh nampak perubahan di mana, pori-pori muka mengecil, chicken pox scars aku warna dia semakin pudar. They are still there, cuma pudar sahaja. Sebab rawatan parut yang betul-betul berkesan merupakan Fractional CO2 Laser if i'm not mistaken. Q-Switch Laser only lighten the scars' color and reduce the visibility.

Post treatment : 1st Day

Post treatment : 4th day

Secara keseluruhan, aku sangat-sangat berpuas hati dengan layanan yang aku terima di Clinic MF cawangan Mid Valley nie. Dr Felicia and her beauticians were so nice and approachable. Thank you for this laser treatment Clinic MF !

Dr Felicia pesan, lepas nie nak keluar mana-mana, jangan lupa pakai sunscreen, at least SPF 15 untuk melindungi kulit wajah daripada masalah freckles, supaya ia tak datang kembali.


For those yang nak dapatkan facial treatment menggunakan teknik laser, boleh lah berbuat demikian di Clinic MF, di cawangan berikut,

THE BOULEVARD, MID VALLEY
51-1, The Boulevard, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-22888328 / 011-35373307

ATRIA SHOPPING GALLERY
S09, 2nd Floor, Atria Shopping Gallery,
Atria Damansara, Jalan SS 22/23 Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-77326422 / 011-35325332

CLINIC HOURS :
Monday - Friday : 10am - 7pm
Saturday : 10am - 5pm
Closed : Sunday / Public Holiday

Facebook : CLINIC MF
Instagram : clinic_mf

PROMOSI ! 1st trial hanya dengan harga RM199. So apa tunggu lagi ? Ayuh ke Clinic MF berdekatan anda rawat kulit wajah supaya yang cantik dan bebas dari cela.

See ya !

Tuesday, August 8, 2017

Lebaran 2017 : Rendang Basi di Pagi Raya

Assalamualaikum and good day everyone !

Kali nie aku nak cerita kemeriahan sambutan hari raya aidilfitri aku pada tahun nie. Tak tahu lah meriah ke tidak, korang nilai sendiri lah yer. Hihi. Raya tahun lepas aku seriously hambar gila, sebabnya hari raya keenam aku start praktikal. Tahun nie Alhamdulillah, merasalah sebulan puasa dan sebulan raya dekat rumah. Maklumlah, jobless.

Aku resigned kerja sebelum puasa hari tu. Hihi


Masa last day puasa, ayah aku beli banyak barang dapur untuk dimasak sempena hidangan di pagi raya nanti. Dengan harapan, rumah aku akan menjadi serbuan atau tempat pengumpulan sanak saudara aku, macam tahun lepas. Kepada mereka yang tak mengikuti cerita hari raya aku tahun lepas, you may read em here : KLIK


Dengan harapan yang maha tinggi setinggi gunung everest tu, ibu aku pon bertungkus-lumus masak pagi-pagi buta. Dibantu oleh kami 5 beradik. Keluarkan macam-macam and prepare for the big day tomorrow. Selalunya kami memang tak masak banyak pon, my mom just masakkan untuk kami sekeluarga je. Since kejadian tahun lepas, so my mom kononnya nak well-prepared lah for raya tahun nie. Tu yang masak banyak gila. Trust me, BANYAK GILA.


Tetamu yang setia setiap tahun singgah rumah kitorang dulu sebelum ke tempat pengumpulan.
Adik Centol dengan Mia

Tup tup kan, hurmmm sedih lah. Dua keluarga je yang datang singgah pagi tu. Itu pon makan sikit je sebab just menyinggah. Terus gerak pergi rumah abang sulung ibu aku yang berada di belakang rumah. Kat sini lah tempat pengumpulan kami sanak-saudara setiap pagi raya. Lepas semua dah berkumpul dekat situ, bergerak ke rumah sedara aku yang berada depan rumah aku pulak.


Dah ajak singgah beraya rumah, tapi semua nak beraya rumah saudara jauh dulu. Dekat-dekat nie katanya boleh datang bila-bila. So dorang skip beraya rumah aku. Dorang semua nak terus gerak pergi rumah mak sedara aku di Labuhan Dagang. Memang lah boleh datang lain kali, tapi masalahnya kami dah masak banyak gila sempena raya pertama tahun nie. So datanglah singgah sekejap ke, jamah sikit pon tak apa. Kami dah jemput and bagi tahu pon dah masak. Kalau tak masak apa-apa, memang kami tak pelawa pon. Dah jemput tapi semua tak nak, nak buat macam mana. Dah ajak sekali, orang tak nak, takkan nak ajak sampai dua tiga kali, ye dakk ? Rasa macam pathetic sangat.


Memang ia satu pengajaran buat kami satu keluarga, tahun depan tak payahlah nak berharap dorang nie semua datang beraya rumah pada raya pertama. So tak payah masak banyak-banyak. Masak ala kadar je macam selalu.

Aku actually kesian gila dekat ayah aku lah. Dia gigih gila beli ayam and daging banyak-banyak disebabkan kejadian tahun lalu. Mak aku masak rendang daging, ayam ungkep, nasi impit, kuah kacang and kuah lontong dalam kuantiti yang banyak. Mak aku bersengkang mata malam raya tu TAK TIDUR sebab alter baju-baju raya kami dan juga memasak. Baju raya kami tahun nie bermasalah sikit. So ibu aku lah yang dok menjahit malam-malam buta sampai ke pagi. Sambil tu juga, dia memasak.


Tu yang sedih sikit bila makanan yang ibu aku masak, basi dibuang macam tu je. Syahdu gila aku rasa. Aku sendiri pon tak sempat nak merasa masakan ibu aku sebabnya satu hari suntuk kami beraya. Balik rumah dah penat gila. Malam raya tu aku tidur 1 jam je weyh. Biasanya, malam raya pertama tu jugak kami bertolak balik Pahang. Tapi disebabkan kami semua tak cukup tidur, tambahan pulak teringat makanan banyak gila dekat rumah, so kami decide untuk balik hari raya kedua. Dengan harapan, kami sekeluarga dapat "menghabiskan" makanan-makanan kat rumah tu. Malangnya, balik dari beraya semua terbongkang tidur sebab penat sangat.


Raya kedua pulak, pagi-pagi tu kami terus bertolak balik kampung ayah di Pahang. Pagi tu rendang daging dah basi. Kuah lontong balik dari beraya semalam dah basi. Ko rasa masak kuah lontong satu periuk besar, tak disentuh langsung, dan basi dibuang macam tu je ? KO GHASE ?? Makanan lain kami masukkan dalam peti ais. After 3 days, agak-agak sedap ke walaupon dipanaskan ? Memang tak dikk, so semuanya basi macam tu je. Anyway, tak apa lah. Tak ada rezeki. Tahun depan pintu rumah kita tutup untuk hari raya pertama. Hahahahaha


Itulah kisah syahdu raya tahun nie. So enjoy the rest of the pictures semasa hari raya pertama.








Lepas raya dekat rumah mak sedara aku di Labuhan Dagang, kami semua bergerak pergi beraya rumah sedara kami di Pelanduk, Negeri Sembilan. Seterusnya, kami beraya rumah mertua adik bongsu mak aku di RTB Bukit Changgang. Lepastu sambung beraya rumah mertua sedara aku di Kanchong Darat. Dekat je dengan rumah kami rumah mertua sedara aku nie. Lepastu barulah kami balik rumah.

Sampai rumah dalam jam 11 malam macam tu. Tu yang exhausted gila tu.

2 Syawal (26 June 2017)


Dalam jam 12 lebih macam tu, kami pon bertolak ke Pahang. Tapi tak direct terus balik Pahang, sempat singgah macam-macam tempat. Perjalanan balik kampung biasanya dalam 5 jam dah sampai dah. Tapi kami ambil masa lebih kurang 10 jam untuk sampai. Hahaha



Kami singgah macam-macam tempat, singgah makan lagi, singgah solat lagi, singgah nak terberak lagi. Tu yang lama tu. Plus, hari raya kedua nie merupakan hari jadi ibu aku. So kami singgah makan and sambut birthday ibu sekali.


Kesian Tokki dengan Wek tunggu kitorang datang tapi tak sampai-sampai.


3 Syawal (27 June 2017)

Sedara-mara belah ayah, aku tak berapa nak up to date sangat. Kadang dah lost count berapa anak buah aku dah ada untuk sedara belah ayah. Tahu-tahu je dapat khabar berita dah beranak. Hahaha. Budak comel bam bam kat bawah nie first time jumpa. Comel sangat !! Tak takut orang. Diam je budak nya. Nama dia Medina.


Seperti biasalah, tiap-tiap tahun kalau balik kampung, memang kami tak beraya mana-mana pon. Duduk situ je tengok sedara-mara datang dan balik. Ada lah jugak tetamu datang beraya rumah Tokki and Wek aku nie, antaranya sedara-mara ayah aku.

It was time for them to go home 

Sedara aku nie pon duduk Banting jugak. Tapi time raya jelah baru bersua muka. Selalu terserempak macam tu macam tu je dekat Kanchong.


Disebabkan bosan sangat. petang tu ayah bawak kami ke pekan. Dari rumah nak ke pekan seriously jauh. Nak ke jalan besar pon ambil masa 15-20 minit perjalanan tau.

4 Syawal (28 June 2017)


It was time untuk kami pulang semula ke Selangor. Walaupon berat hati nak balik tinggalkan Tokki dan Wek aku yang comel nie, tapi nak buat macam mana. Kena balik jugak.

LOOK HOW CUTE THEY ARE !!

3 Generasi 


InsyaAllah raya haji nanti kami balik lagi ye


Seperti biasa, setiap kali nak balik Selangor, kami sekeluarga akan singgah ke rumah Faris di Jempol Negeri Sembilan terlebih dahulu. Dah lama rasanya aku tak datang Jempol nie. Bila entah last aku datang sini. Lupa.



Sebelum balik tu, kami singgah makan cendol durian dekat tepi jalan. Dapp sangat !!

5 Syawal (29 June 2017)

Belah pagi tu, kami sekeluarga dan sanak saudara pergi beraya rumah sedara kami di Kapar. Kami bangun pagi-pagi dan prepare barang-barang untuk masak sebabnya kami bakal terima tetamu pada hari ini. Jadi sebelum pergi beraya tu, kami siap-siap masak terlebih dahulu.

Tetamu kami adalah keluarga besar si Faris, my family angkat.


Gambar beraya rumah sedara di Kapar langsung tak ada. Malah, gambar keluarga Faris datang rumah pon tak ada. Aku tak tahu kenapa raya kali nie, aku seakan-akan terlampau menikmati saat-saat beraya sehingga aku terlupa nak ambil gambar moment-moment sedang beraya. Biasanya aku lah orang paling rajin ambil gambar. Padahal dah pakai Iphone 7 plus 128GB. Alamak ter-riak !!!!

Jadi maaflah tak dapat banyak gambar untuk aku sajikan dalam blog except for gambar syok sendiri. Hihi

Lepas family Faries balik, sedara aku yang duduk di Sijangkang pon datang beraya. Pada belah malam pula, kami beraya rumah jiran-jiran. Ini juga aktiviti wajib kami setiap tahun.

Rumah jiran kami nie siap sediakan photobooth, ko ghase ?? 


Kami sempat beraya 3 buah rumah je malam tu. Well, malam memang singkat waktunya. Waktu untuk orang tidur. So sempat beraya 3 rumah je.


Lepas dah habis beraya, dorang semua singgah rumah aku untuk menghabiskan makanan-makanan yang ada. Semuanya lapar tak makan nasi lagi katanya.


6 Syawal (30 June 2017)

Tak pergi beraya mana-mana tapi ada tetamu datang. Sedara-mara belah ayah datang beraya.



Anak buah aku si bam bam tu, muka dia macam kembar 3 korea tu, daehan minguk mansae. Comel ! Dan yang paling penting tak takut orang. Tu yang best nak dukung tu.


7 Syawal (1 July 2017)

Kali nie aku ikut kakak and adik perempuan aku beraya dengan housemates nya masa diploma dulu. Group powerpuff girls (PPG). So sepanjang hari nie, aku ikut je ke mana dorang pergi. Banyak jugak rumah kitorang beraya.





First beraya rumah Shykin di Keramat, lepastu beraya dua buah rumah di Cheras, then rumah Asyikin Zainal di Bangi, Rumah Amnah di Shah Alam dan akhir sekali bawak mereka beraya di rumah kami di Banting. Satu hari beraya, fuhhh perempuan. Jangan mengata.


Bakal imam awak. Auchh !



Datang rumah Amnah wajiblah tengok Toffee si kucing tenggiling


Sampai-sampai rumah, kawan adik lelaki aku pon datang beraya. So kita attach lah sekali gambar depa dalam nie sebab ambil gambar guna phone aku kan. Maklumlah, iphone 7 plus 128gb. Eh ter-riak lagi !

8 Syawal (2 July 2017)


Sebelum pergi beraya, aku sempat menghadiri dua majlis perkahwinan. Kawan satu sekolah rendah and sekolah menengah. We even worked together at Pak Li Kopitiam Banting lepas habis SPM. Tahniah Amalina dan pasangan. Semoga kekal hingga ke syurga.


Seterusnya majlis perkahwinan adik kepada kawan aku, Dr Akmal. So dia jemput hadir, makanya alang-alang tu aku singgah lah sekali. Besides dah hampir 2 tahun tak bersua muka. Lepastu aku pi Putrajaya untuk beraya. Then baliknya sambung beraya rumah kawan baik masa sekolah menengah.


They are no stranger i guess. Yall have seen them in my instagram page a lot of times. Beraya rumah si Zuhair, then mereka beraya rumah aku, dan akhir sekali beraya rumah Adi di Sg Kelambu. We live close to each other anyway.




12 Syawal (6 July 2017)


As usual, phone aku lah jadi mangsa. Thank you guys for coming. Mohon datang lagi raya tahun depan.

13 Syawal (7 July 2017)


Siang tu, Dr Akmal datang beraya rumah. I cooked him my own version of olio spaghetti but too bad, he is allergic to seafood. Sorry Dr, saya tak tahu. Hihi.

Belah malam, aku menanti ketibaan kawan-kawan aku yang sama-sama bekerja di Pizza Hut Banting dulu. Tiba-tiba, anak murid ibu aku datang rumah bersama keluarganya. Lepastu, tetibe datang lagi satu keluarga besar dari Klang datang beraya. Kawan adik lelaki aku datang beraya, and turns out, kawan adik lelaki aku nie ada bau-bau bacang dengan kitorang. Kira sedara jauh lah. Lepastu, barulah si tiga ketul nie datang. Bertindih-tindih yang datang.


3 ketul nie datang time orang ramai gila kat rumah aku. And that time pulak hujan. Perghhh ! Makanya dorang terpaksa duduk di dapur dulu. Hahahaha. Kesian betul kawan-kawan aku nie. Nasib baiklah makanan banyak lagi. Tulah, janji nak datang lepas maghrib, jam 10 lebih baru sampai. Itu makan dia.

14 Syawal (8 July 2017)


Dapat jemputan pergi open house rumah Neesa a.k.a Kak Tom. Dia nie bachmate aku di UPSI. Rumah dia kat Senawang. So gagah lah lagi nak drive ke Senawang.


Tinggi betul kawan dia yang baju purple gelap tu. Seriously. She is even taller than me. Untuk wanita yang mempunyai ketinggian seperti itu, itu sangatlah menakjubkan. Jarang-jarang jumpa perempuan melayu tinggi nie. Hihi


Anyway, sedap betul menu-menu yang terhidang. Seriously sedap. Dapat pulak makan kek sekwet wecipe. Lagi-lagi lah bertambah sedapnya. Dah lama aku tak makan kek chocolate indulgence nie. Happy belated birthday Neesa !


15 Syawal (9 July 2017)


Pagi tu kami sanak-saudara konvoi beraya rumah sedara kami di Sijangkang. Rumah dia nie antik sikit. Walaupon duduk di taman perumahan tapi dia punya rumah ala-ala rumah kampung. Hebat paman aku nie.

Mak-mak sedara kesayanganku yang super gojes !


Lepastu kami adik-beradik terus pergi Shah Alam untuk pergi ke rumah Amnah for the second time. Dia buat open house and sambutan harijadi dia. Kek harijadi dia memang sedap gila. Katanya kek secret recipe tapi aku tak pernah nampak lah pulak kek jenis tu. Apa-apa pon memang sedap. Happy belated birthday Amnah !



And jumpa Toffee lagi 


Lepastu kami terus pergi ke rumah kawan adik lelaki aku di Bukit Antarabangsa KL. Nasib baiklah rumah tak tutup lagi. Last minute baru sampai. Hihi. Open house raya hidang makanan western weyhhh. Ko mampu ?


Lepastu pergi satu lagi rumah kawan dia dekat dengan sekolah lama dia di Hulu Langat tu. OMG ! I have to say this. Daging kebab and mee bandung yang mak dia masak sedap gila. Seriously sedap. Nak habiskan malu lah pulak. Tahun depan boleh jadi destinasi wajib singgah nie. Hahahahaha


17 Syawal (11 July 2017)


Kami beraya rumah kawan adik perempuan and kakak aku di Ukay Perdana (Kot). Tak ingat lokasinya kat mana. Kawan dia nie, orang have-have. Rasa segan gila menapak rumah kawan dia nie. Rasa macam tak layaknya iols berada di situ. Gituee.


Ameera Aqiela nama dia. Penuh dengan lawak jenaka si Ameera Aqiela nie.

21 Syawal (15 July 2017)

Pagi tu pergi wedding kahwin kawan kakak and adik perempuan aku nie. Eh penat lah aku tulis panjang-panjang dari tadi. For the record, kakak and and adik perempuan aku nie berkongsi kawan yang sama sebab dorang satu sekolah.


Lepastu pergi singgah open house rumah kawan aku pulak. Finally aku menyumbangkan juga destinasi beraya. Asyik ikut dorang je beraya rumah kawan-kawan. Open house rumah bachmate aku, Fiza dekat Hulu Langat. Eh ye ke ? Ke Sungai Long ? Aku tak ingat. Hahahaha


Thanks Fiza for having us. Makanan sedap-sedap. Pandai masak si Fiza nie. Untunglah suami dia.


Lepastu singgah sekolah adik lelaki aku nie kat Hulu Langat. Nak jumpa kawan-kawan dia katanya. Kami bertiga mereput tunggu dekat kereta. Balasan untuk aku agaknya, sebab masa pergi rumah Fiza aku cuma bawak kakak aku je. Yang lagi dua ekor tu mereput dalam kereta. Hahaha.

22 Syawal (16 July 2017)


Ikut kakak and adik perempuan aku beraya rumah kawan-kawan dia lagi. First rumah dekat Negeri Sembilan. Tak ingat dekat mana tapi dekat Negeri Sembilan lah.


Lepastu kami pergi beraya di Melaka pulak. Sampai Melaka kami pergi beraya tau.



So alang-alang dah sampai ke Melaka tu, kami singgah beli Klebang Coconut Shake lerr. Lama gila dah aku tak beli and mai sini. Last datang tahun lepas. Nikmat dia dapat minum coconut shake klebang nie tuhan je yang tahu. Nasib baiklah tak tutup lagi. We were literally among the last customer for the day tau.



Lepastu patah balik ke Negeri Sembilan beraya rumah cikgu dorang.


And somehow perut masih lapar, so kami singgah McDonald Senawang. Hihi


28 Syawal (23 July 2017)


Kami pergi open house rumah kawan adik lelaki aku nie yang turns out to be our sedara jauh, di Rantau Panjang.



And that was it cerita hari raya aku untuk tahun nie. Actually ada beberapa tempat aku ikut beraya tapi tak ada gambar. Apa yang aku boleh cakap, tahun nie agak puas lah aku beraya. And ramai gila yang datang beraya rumah aku tahun nie. First time kot. Sebelum-sebelum nie tak seramai ini lah. Maybe sebab adik-beradik aku semua dah besar-besar. And everyone ada kawan-kawan tersendiri. Sebab tu kot ramai yang datang beraya rumah tahun nie.

Even kawan Jida Achin pon datang beraya tau. Ko ghase ?

Anyway, thanks for everyone for having me and my siblings. For those yang datang beraya rumah kami, jangan serik datang naa. Tahun depan datang lagi tau ! Till then, take care.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...