Sunday, June 14, 2026

Lebaran 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama betul ambil masa nak menulis cerita hari raya aku nie. Busy sedikit sejak kebelakangan ini. Hari nie baru ada masa nak menaip dan sorting gambar yang beratus-ratus dalam folder tu. Penat sorting gambar je sebenarnya. Menulis tak penat pon. Tanpa buang masa lagi, jom ikuti cerita Lebaran 2026 aku tahun ini.


Tahun nie raya tak ada apa-apa yang menarik sangat berlaku. Baik yang best mahupun yang buruk. Macam biasa, tiap kali hari raya, jadual beraya aku agak padat untuk the first week raya tu. Banyaklah tempat nak kena pergi dan melawat. Lepastu starts slow down sikit.


Tema baju raya tahun nie adalah kuning diraja. Aku tak nak kuning-kuning pastel or lembut. Aku awal-awal cakap aku nak kuning yang menjembrang. Tak tahulah aku eja betul ke tidak perkataan jawa nie. Basically, nak kuning yang betul-betul kuning yang vibrant ala-ala warna kerabat diraja gituhh. Bukan nak jadi raja, nak warna dia je. Ampun tuanku. Tibehhh.


Malang sekali, aku beli baju raya agak last minute. Aku yang pilih warna, aku yang paling last dapat baju. Aku sangka mudahlah nak dapat warna baju raya kuning diraja nie. Tapi sangkaanku meleset ya. Sangat susah! Aku lupa, warna-warna macam nie, lelaki tak suka sangat. Yelah, lelaki merupakan sejenis makhluk yang simple, town down dan boring. So warna-warna pilihan ala-ala earthy gitu, yang pastel dan tak scream LGBT. 



Aku beli on9, sekali sampai warna tak sama daa dengan family aku yang lain. Kuning aku kearah warna keemasan gitu. Memang lari sangat. Nak tak nak, aku kena cari juga baju raya baru. Kali nie kena tengok depan mata. Beli online nie risiko dia macam tulah, warna dia lari sedikit. Di sinilah masalah itu timbul. Semua possible jenama yang terkenal dengan baju raya, semua tak ada warna kuning diraja yang aku inginkan. 

Cari punya cari, jumpalah satu jenama nie menjual baju raya lelaki warna-warna berani dan scream LGBT. Hahahahah. Maksud aku warna-warna yang vibrant dan terang benderang. Bukan pastel-pastel or earthy type. Aku tak nak spen beratus ringgit untuk baju yang aku akan pakai setahun dua kali je. Mind you, masa nie 2 hari lagi nak beraya tau. Aku masih mencari baju raya. 


Promosi kedai tu, Buy 1 free 1. Tapi baju raya tu harga RM180 sepasang. Kiranya satu pasang tu harga dia  RM90. Tapi nak menggalakkan orang ambil dua makanya buatlah promosi Buy 1 Free 1. Bukan aku tak faham sangat jenis marketing macam nie. Masalahnya dua baju jadi banyak sangatlah pulak sebabvnya baju melayu aku banyak dekat rumah, yang baru tak pernah pakai pon banyak juga sebab aku suka beli baju time off season. Harga murah. Masalahnya tak terpakai-pakai. So aku tak naklah menambahkan lagi koleksi baju melayu aku lagi dekat rumah tu. 


Kebetulan ada pelanggan lain masa tu, jadi aku tanya dialah, nak beli baju berapa pasang. Kalau nak beli sepasang je, boleh share cost sebab Buy 1 Free 1. Dia pon setuju. Aku QR terus dia RM90 then dia pergi bayar dekat cashier. Settle hal baju raya aku. 

Hari Raya Pertama



1 Syawal pon tiba. Kitorang semua decided untuk berkumpul dekat rumah anak no. 2 Nyai Islah dekat Bukit Pelanduk Negeri Sembilan. Lepastu balik semula ke Banting untuk beraya rumah sedara mara keliling rumah. Kadang tertanya, pergi Bukit Pelanduk nie semata untuk lawat satu rumah lepastu balik Banting semula. Rasa macam tak ada function betul. Yang dekat Bukit pelanduk datang ke tidak rumah-rumah dekat Banting ? Opssss caruttt. Larikkkk








Hari Raya Kedua

Hari menerima tetamu, memandangkan kitorang dah tak balik kampung jadinya hari raya kedua biasanya kami semua ada dekat rumah kalau tak pergi kemana-mana. Jadi, keluarga angkat aku dari negeri Sembilan datang beraya. Belah malam pula, terima tetamu dari sedara-mara keluarga mak sedara aku. 






Basically raya kedua kitorang dekat rumah untuk menerima tetamu sahaja. 

Hari Raya Ketiga

Pergi beraya ke rumah mak sedara aku dekat Labuhan Dagang. Lepastu singgah rumah mertua mak sedara aku dekat area-area situ juga sebab dah alang-alang beraya kawasan tu. 





Selesai je bĂ©raya, kami terus bertolak balik Pahang kampung ayah. Memang dah tak ada apa-apa dekat Pahang sebab Tokki dan Wek aku dah meninggal. Tapi adik bongsu ayah masih ada dekat kampung and tinggal sorang-sorang dekat sana. So kitorang akan tetap balik Pahang untuk ziarah walaupun cuma tidur semalaman.  Tapi raya kali nie, kitorang tak tidur kampung, kitorang terus balik juga malam tu.




Alang-alang dah sampai sana, singgah rumah mertua cousin kitorang. Kebetulan sangat dia dapat isteri yang stau kampung dengan kampung ayah aku. Jadi tiap kali balik Pahang untuk beraya, kitorang akan singgah sekali rumah mertua sepupu aku nie. 





Memang rezeki betul sebab masa kitorang balik tu tengah musim durian dan ada durian baru jatuh. Ya Allah nikmat betul dapat makan durian kampung baru jatuh. 

Hari Raya Keempat



Hari menerima tetamu iaitu sedara-mara aku yang duduk dekat Bukit Kapar Klang. Kitorang tak beraya mana-mana hari raya keempat nie sebab penat drive balik kampung tak hilang lagi. So rehat-rehat je dekat rumah. Belah malam, sedara belah ayah yang tinggal satu kampung singgah datang beraya. 


Hari Raya Kelima sehingga Hari Raya Ketujuh
Tak pergi mana-mana. Aku dah mula kerja tapi work from home je. 

Hari Raya Kelapan

Kami singgah beraya dekat Bukit Kapar Klang. Then terus pergi ke rumah keluarga angkat aku dekat Negeri Sembilan.




Hari Raya Kesembilan

Pagi tu tak beraya tapi kawan-kawan sekolah ajak pergi makan Sukiya dengan baju melayu. Aku onzz je. Sukiya pon dah lama aku tak jejak. Lepastu belah malam kitorang singgah beraya rumah adik ayah aku yang duduk satu kampung dengan kitorang. 







Hari Raya Entah Keberapa tapi Masih Beraya

Beraya dengan department office dan the whole office. Basically dua kalilah sambutan perayaan dekat office aku. Satu dengan satu department, satu lagi with the whole office. 







Beraya rumah sedara ayah di Negeri Sembilan.




Open House rumah sendiri tapi aku tak jemput sesiapa pon. Hanya menyantuni rakan-rakan adik-beradik aku. Tapi masa nie aku beraya rumah kawan satu kawasan aku. Dia buat open house. So singgahlah sekejap.



Open house rumah jiran, lepastu singgah beraya rumah Kak Lily dekat Kajang. 



So basically itu je sambutan hari raya aku untuk tahun 2026. Macam a bit boring sebab biasa-biasa je. Terima kasihlah sudi membaca. Jumpa lagi hari raya tahun hadapan pulak.

No comments:

Post a Comment