Assalamualaikum
Lately kehidupan aku tersangatlah busy. Sangat-sangat busy. Dah ulang dua kali busy tu maknanya memang betul-betul busy. Rindu dekat blog, dah lama tak gomol-gomol main cubit-cubit pipi dengan blog.
Sabtu lalu, aku pergi membuat site visit untuk upcoming project subjek elektif Pengurusan Keluarga bersama 6 yang lain. Pergi satu kereta je. Rumah anak yatim tu dekat Manjoi Perak. So dari UPSI ke situ mengambil masa 1.30 hinga 2 jam waktu perjalanan sekiranya memandu pada kadar kelajuan yang maha laju. Agak jauh jugak lah. Dengan bantuan pakcik GPS yang tak berapa nak betul beserta pemandu pelancong kami, Syaza, Alhamdulillah kitorang berjaya sampai dengan jayanya.
Kamera jauh, terus confident senyum nampak gigi. Nampak tak permainan dia ?