Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya semua sudah sedia maklum yang aku baru sahaja berpindah ke rumah baharu awal bulan Jun yang lalu. Bila berpindah ke rumah sewa nie, jadinya banyak bendalah kita terpaksa akur dan korbankan. Terutama sekali katil dan tilam yang selesa dan empuk di rumah sendiri. Bila menyewa nie, kena terima seadanya tilam dan katil yang tersedia dekat rumah sewa tersebut. Jadi, sedikit sebanyak kualiti tidur aku berkurang disebabkan tilam yang tidak selesa.