Tuesday, August 30, 2022

Tilam ZINUS Tiada Tandingan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasanya semua sudah sedia maklum yang aku baru sahaja berpindah ke rumah baharu awal bulan Jun yang lalu. Bila berpindah ke rumah sewa nie, jadinya banyak bendalah kita terpaksa akur dan korbankan. Terutama sekali katil dan tilam yang selesa dan empuk di rumah sendiri. Bila menyewa nie, kena terima seadanya tilam dan katil yang tersedia dekat rumah sewa tersebut. Jadi, sedikit sebanyak kualiti tidur aku berkurang disebabkan tilam yang tidak selesa.


Korang kena tahu, mood kita boleh terjejas kalau kita tidak mendapat tidur yang secukupnya. Bukan itu sahaja, kualiti tidur itu sendiri sangat penting tau. Dalam hal nie, kualiti tidur aku banyak terjejas sebab tilam dekat rumah sewa aku tu kejung gila. Bila bangun pagi je rasa sakit belakang. Sangat-sangat beri kesan pada mood aku setiap hari. Kadang aku lebihb rela tidur dekat sofa di ruang tamu berbanding di katil dalam bilik. 

Jadinya, aku buat keputusan untuk survey dan beli tilam baharu. Haritu aku berkesempatan pergi ke showroom tilam jenama Zinus yang terletak di Puchong. Betul-betul bersebelahan dengan IOI Mall Puchoing. Tak berapa jauh daripada rumah sewa aku. Lebih kurang dalam 20 minit perjalanan.



Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama aku dengar jenama tilam nie. Inipon sebab kawan yang sarankan. Dia baru je beli tilam Zinus dan sangat-sangat puas hati katanya. Aku tengok review dekat Google pon ramai beri feedback positif. Rata-rata semua berpuas hati dengan tawaran harga dan kualiti tilam di Zinus.

Tak sangkalah bila datang tu, banyak pula jenis tilam yang ada. Jadi rambang mata dibuatnya. Aku pon tak berapa tahu sangat tilam mana yang aku nak dan sesuai untuk aku. Nasib baiklah staff Zinus sangat peramah dan sangat membantu dalam memilih tilam yang bersesuaian dengan kehendak aku.



Untuk pengetahuan korang, Zinus merupakan Jenama Tilam dan Perabot Online pertama di dunia. Ia telah diasaskan oleh Mr Lee Yun Jae. Malah, terdapat lebih 1 juta review tau dekat Google. Inovasinya yang membungkus tilam di dalam kotak merupakan satu idea yang sangat kreatif dan bijak sehingga mereka mendapat jolokan World's First Matress-In-a-Box. Siapa sangka tilam yang bersaiz besar itu boleh di-packing dalam kotak. 

Ia bukan sahaja satu inovasi yang bijak, malah satu inovasi yang cukup memudahkan dari segi logistik. Nak hantar tak adalah memakai ruang yang besar. Kalau dulu, kena hantar guna lori,tapi sekarang, naik kereta sedan pon boleh bawa pulang tilam tu sendiri tau. Tambah-tambah kalau korang tinggal dalam service apartment, tak perlulah nak isi borang minta izin dari pihak pengurusan untuk mengangkut barang besar dan berat. 


Setakat pemerhatian aku semasa berkunjung ke sworoom Zinus ini, terdapat beberapa keypoint yang aku boleh senaraikan kenapa korang kena pilih tilam Zinus berbanding tilam-tilam jenama lain.

Harga

First and foremost, aku pasti semua orang akan tengok harga dulu. Yes, kita jangan berkira bila bab keselesaan tapi bab harga main peranan penting dalam keputusan untuik kita membeli sesuatu barang. Siapa sangka, dengan kualiti yang ditawarkan, kita boleh dapat tilam dengan harga serendah RM299 tau. Memang hartga gila tapi itulah hakikatnya. Harga sebegitu untuk kualiti yang tiptop memang satu pembelian yang amat berbaloi.



Praktikaliti

Macam yang aku dah terangkan tadi dari segi pembungkusan tilam Zinus ini.Ia didatangkan dalam bentuk kotak. Sekaligus sangat memudahkan logistik penghantaran tilam ke rumah. Nak bawa pulang sendiri pon tiada masalah. Tapi lebih baik mereka sahaja yang hantarkan sebab setiappembelian tilam,penghantaran ke rumah adalah secara PERCUMA ! Selain itu juga, katil yang mereka jual juga sangat mudah untuk dipasang. Tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk pasang katil sendiri. Konsep DIY iaitu pemasangan sendiri ini memang sangat meudahkan pembeli.



100 hari percubaan dengan 10 tahun jaminan

Ya, dalam tempoh 100 hari kalau tak puas hati, boleh pulangkan tilam tersebut. Tapi percayalah, korang mesti akan sangat berpuas hati dengan tilam-tilam yang dijual di Zinus ini. Malah, mereka juga memberi jaminan selama 10 tahun untuk tilam yang dibeli. Satu tempoh yang cukup lama, jadinya dalam tempoh 10 tahun penggunaan, sekiranya ada kerosakkan atau apa-apa, boleh ke khidmat pelanggan mereka untuk tebus perlindungan 10 tahun jaminan ini.


3 kategori utama tilam-tilam Zinus

Tilam berteknologikan Green Tea Memory Foam yang mana tilam akan betul-betul memegang bentuk badan kita dan tidak memberi sebarang gerakan pada ruangan yang tidak digunakan. Juga terdapat teknologi iCoil Hybrid Latex & Memory Foam Euro Top Spring. Tilam teknologi ini memberikan kestabilan dan sokongan yang mampan pada tulang belakang kita dan juga menyerap tekanan untuk mengurangkan kesakitan badan. Untuk mereka yang di dalam budget tapi mahukan tilam kualiti dari Zinus, boleh ambil tilam berteknologikan iCoil Spring. Menawarkan keselesaan kepada pengguna yang optimal.



Pilihan aku ? Sudah tentunya tilam yang berteknologikan Green Te Memory Foam. Tak sabarnya nak tunggu tilam sampai ke rumah. Dah terbayang-bayang nak baring atas tilam tu. Hihi.

Ouh ya, kalau korang penasaran dan nak rasai sendiri keselesaan tilam-tilam dari Zinus ini, bolehlah hadirkan diri ke Zinus Showroom yang terletak di Puchong. Butirannya di bawah :

Alamat : ZINUS, N0 1-1, Jalan Merbah 1, Jalan Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.
Waktu operasi : Isnin hingga Jumaat (10 AM - 8 PM) dan Sabtu/Ahad/Cuti Umum (12 PM - 8 PM)
Telefon : 011-3129 9882


Kalau korang beli melalui website, boleh guna discount voucher ZH25 untuk dapatkan potongan sebanyak 25% !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...