Sunday, August 7, 2022

Betulkan Telefon Bimbit & Laptop Rosak Murah Dekat MRFIX Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di pencarian google ramai yang sarankan kedai baiki telefon, tapi bila cari kedai baiki laptop, jarang-jarang dapat jumpa. Kalau jumpa pon, bukan kawasan yang terdekat dengan kita. Jadi kali nie, aku nak bagi tahu satu kedai baiki laptop dan macbook yang aku kunjungi bulan lepas. Ikuti butirannya !


Asalnya cuma nak betulkan telefon je, sekali bila nampak banyak laptop dan Macbook berbaris atas meja, buat aku terkesima. Rupanya MRFIX nie bukan sahaja arif dalam betulkan telefon je, malah betulkan laptop pon dorang boleh buat. Hebat !



Kebetulan memang laptop aku tengah problem sekarang nie, dari dulu nak tukar keyboard sebab beberapa huruf dekat keyboard aku tak berfungsi. Jadi leceh kena bawa external keyboard usung kesana kemari. Jadi haritu, aku risik-risik harga dulu. Next time kalau datang lagi ke area Putrajaya nie, aku nak betulkan laptop pulak. 



Haritu datang nak suruh cek phone aku yang asyik on off automatik setiap kali lockscreen. Sebab pernah betulkan phone dekat sini, jadinya kalau phone aku rosak ke apa, memang aku akan pergi ke sini. Plus, kalau masalah telefon korang tu tak serius, boleh siap dalam masa 30 minit je. Dorang betulkan secara berhadapan. 



Oleh kerana aku datang pada hujung minggu, makanya agak ramai juga yang datang dan menunggu giliran untuk betulkan telefon. Tapi jangan risau, tak lama mana pon sebab kerosakkan telefon bimbit tu kadang dorang boleh siapkan dalam masa yang sangat singkat. Ada juga yang agak serius kerosakkannya, kenalah tinggalkan telefon tu untuk beberapa hari. 


Dorang akan buka satu resit untuk korang simpan dan collect telefon bila dah siap nanti. Kalau korang sekadar nak tahu kerosakkan telefon korang, boleh je datang sini sebab konsultasi kerosakkan telefon adalah percuma. Dorang akan periksa apa yang rosak dan peranti apa yang perlu diganti serta budget untuk kerosakkan tersebut. 


Makin luas cawangan MRFIX Putrajaya nie. Haritu datang baru-baru buka, kecik je kedainya. Ouh ya, aksesori telefon juga ada dijual di sini. Bolehlah belek-belek sambil tunggu giliran tu. 


Sape yang tinggal berdekatan Putrajaya, lepasnie tak payah pening-pening nak cari kedai baik pulih telefon dah. Pergi je MRFIX Putrajaya nie settle semua masalah. Betulkan telefon boleh, betulkan laptop pon boleh, malah nak betulkan Macbook sekalipon, boleh. 

MRFIX PUTRAJAYA (PRESINT 8)

A-6A 1st Floor, Blok A, Jalan Seluang P8/7, Presint 8,62250 Putrajaya, Selangor Darul Ehsan



Landmark : Atas Speedmart 99
Tel: 019-910 0531

Waktu operasi : Isnin - Ahad (Setiap hari kecuali Jumaat)
Masa : 10.00am-9.00pm

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mrfix_putrajaya/



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...