Tuesday, August 23, 2022

Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme Anjuran Hype Global Ventures

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sambutan hari kemerdekaan negara semakin menghampiri dan aku percaya pasti orang ramai sedang mencari-cari lokasi untuk meraikan hari bersejarah negara itu. Berita baik buat anda, Hype Global Ventures akan menganjurkan bukan satu, tapi dua konsert yang dijadual dilaksanakan di Tawau, Sabah dan The Mine Sri Kembangan, Selangor. Ikuti butirannya !


Tawau, Sabah

Nama konsert tersebut ialah Malam Merdeka Bah Kita 2022 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 30 Ogos 2022 nanti. Ia akan bermula pada jam 6 petang dengan tiket berharga RM45, RM80 dan RM120. Ramai artis yang bakal turun padang menghiburkan pengunjung yang hadir dan ini termasuklah penghibur-penghibur dari tanah seberang, Indonesia, bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun, ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof.

Antara penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung ialah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella, Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdi Nyonk. Semua barisan penghibur yang ditampilkan mempunyai pengikut dan kelompok peminat pada masa kini. Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang dibawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di Youtube. Hebat bukan ?


Sungguhpun konsert kemuncak kemerdekaan itu diadakan pada 30 Ogos, namun pengunjung boleh mula hadir ke karnival yang diadakan di situ. Ia akan berlangsung selama 3 hari bermula 28 Ogos sehingga 30 Ogos. Banyak aktiviti yang disediakan pengunjung termasuk pertandingan karaoke, battle of the band dan jualan karnival dari makanan hingga pelbagai barangan dan pakaian.

Pengunjung yang bertuah mungkin boleh membawa pulang hadiah utama lucky draw yang merupakan sebuah motorsikal 250cc yang bakaldicabut namanya selepas detik 12 malam, 30 Ogos itu.


The Mines Sri Kembangan

Ia diberi nama Malam Santai Musical yang berlangsung di Hype Uptowan Night Bazar Sri Kembangan pada 2 September 2022. Persembahan yang telah dijadualkan bermula 8.30 malam dan akan menampilkan beberapa artis Indonesia bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan itu. Harga tiket pula dijual pada harga RM65 dan RM165.

Untuk sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi talian +6012-6748347 (Farizal) dan +019-560 7948.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...