Tuesday, February 28, 2012

Tentang matrikulasi

Assalamualaikum 

Kali nie aku nak cerita pasal kehidupan aku di matrik. Berbaki dua bulan sahaja lagi aku dekat sini. Macam-macam perkara yang aku dah lalui, baik yang manis mahupoon yang pahit walaupun belum setahun jagung dekat sini. Jom mulakan !


Salah satu benda yang aku tak boleh hidup tanpanya ialah kad matrik aku. Tanpa benda nie, banyak bendalah tak boleh buat. Nak masuk library kena ada kat matrik, nak outing kena bawa kad matrik, nak pergi kelas kena pakai kad matrik, nak gunakan kemudahan KMPP kena guna kad matrik. Pokoknya tanpa kad matrik susahlah hidup kau di matrik nie.


Untuk yang pertamanya, aku nak ceritakan rutin harian pelajar-pelajar matrikulasi iaitu pergi ke kelas. Walaupun dah menyambung ke pengajian yang lebih tinggi, tapi rutin di matrik lebih kurang sama macam di sekolah. Malah aku rasa lebih dahsyat lagi sebab kelas bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang setiap hari. Adalah gap in between kelas pada waktu pagi dan tengahari. 

Bagi aku, dekat matrik nie sangat rigid dengan waktu dan timeline. Segalanya perlu mengikut timeline supaya segala pembelajaran dapat dihabiskan dalam waktu yang ditetapkan. Ada tiga jenis kelas di matrik nie iaitu kuliah, tutoran dan juga amali. Mari kita kupas satu persatu jenis-jenis kelas ini.

KULIAH

Kuliah merupakan kelas di mana pensyarah akan membentangkan nota-nota sesuatu tajuk. Dalam kelas nie mereka mengajar dankita hanya mendengar dan bertanya soalan sekiranya tak jelas. Kunci utama adalah mendengar. Nak fahamkan sesuatu tajuk, kenalah dengar dan beri tumpuan yang jitu dalam kuliah.

10 minit pertama seorang Zharif dalam dewan kuliah, Alhamdulillah

Contoh satu tajuk sesebuah subjek tu perlu dihabiskan dalam masa 3 jam kelas, jadi semua pensyarah perlu pastikan semua syllabus dalam taju tu dihabiskan mengikut waktu yang ditetapkan. Let say kalau dah 3 jam tapi tajuk tu tak sempat nak habiskan, pensyarah aku mula kacau sebab ia dah mengganggu tmeline. Dorang akan mula mengajar dalam rush dan nak habiskan secepatnya supaya tak drag masa. Sebabtu aku simpulkan, pembelajaran dekat matrik sangat laju. Kau tak faham atau tertinggal, consider bye bye dan belajar fahamkan sendiri.

Pensyarah akan terus move on untuk mengikut timeline.

Seorang Zharif most of the time in dewan kuliah, Nauzzubillah

TUTORAN

Okey itu kalau kuliah, kelas tutoran pula merupakan kelas di mana kita hendak lebih faham akan sesuatu konsep atau tajuk tu. Apa yang kita kurang jelas dalam kuliah, kita akan bincangkan dalam kelas tutoran. TAPI, bukan bincangkan kesemua syllabus dalam satu tajuk tu. Hanya bincangkan bahagian mana yang tak faham. Masalah untuk kes aku nie ialah, aku tak faham satu benda pon dalam kuliah tu. Jadi macam mana tu ?

Biasanya dalam kelas tutoran nie, kita akan buat banyak latihan untuk pastikan kita faham sesuatu tajuk tu. Banyak sangat latihan ya, sebab itulah aku rasa stress gila sebab kena siapkan latihan xsebelum datang ke kelas. Dalam kelas tinggal bincangkan je. Itupon bincang soalan yang tak dapat buat je. Ikutkan aku, semua soalan aku tak boleh buat. Hahahaha.

AMALI

Untuk kelas amali, ia merupakan kelas praktikal yang mana kita gunakan apa yang kita faham dalam kuliah untuk diaplikasikan. Jadi dalam kelas amali, banyaklah eksperimen-eksperimen dilakukan. Seronoklah kelas amali nie seba ia lebih relaks dan tenang sikit. Somehow it can release our tension too. Walaupun begitu, kelas amali juga boleh mendatangkan tekanan kepada pelajar sebabnya susai buat sesuatu eksperimen, kami kena buat laporan. Bayangkan satu minggu ada 3 laporan kena buat. Itu kalau satu kelas amali satu eksperimen dibuat. Buatnya 3 eksperimen dalam satu masa ? Tak ke kau berhuhu nak siapkan laporan.

Kelas amali Biologi : Eksperimen Kingdom Animalia

Kelas amali Kimia : Eksperimen Aldehyde & Ketone

Kelas amali Fizik : Eksperimen entahlah dikk nonn. Tak ingat dah.

Itu belum lagi kita sentuh bab assignment dan juga quiz. Ya Allah ! Sebabtu aku rasa tertekan betul duduk dekat matrik nie. Semua benda berlaku sangat cepat. Nak bernafas pon tak sempat. Kena sentiasa belajar belajar belajar. Untuk mereka yang sedikit slow macam aku nie, semua ini sangat memberikan tekanan.

Ramai kata, budak-budak matrikulasi nie semua budak-budak bijak. Nope. Jadi bijak sahaja tidak cukup ya. Anda perlu ada sikap rajin juga. Those yang rajin, inyaAllah boleh survive belajar di matrikulasi. Untuk yang malas, boleh survive juga, tapi nyawa-nyawa ikanlah. Sebagai seorang pelajar matrikulasi, anda pasti pernah melakukan salah satu daripada tiga benda nie. Atau mungkin, ketiga-tiganya seki. Kah !

1- Siapkan segala kerja yang tertangguh dalam dewan kuliah. Untuk berbuat demikian, mereka akan ambil barisan tempat duduk yang belakang-belakang supaya tidak dilihat oleh pensyarah yang sedang mengajar di depan. Aku boleh jamin 97% pelajar matrikulasi buat macam nie. Hihi.


2- Copy paste kerja kawan-kawan. This is so true ! Semua benda dekat matrik nie bersifat pantas dan nak cepat, jadi ramai pelajar tak sempat nak buat latihan tutor, report atau assignment. Waktu amat kritikal sebagai pelajar matrikulasi. Atau lebih tepat malas dan banyak membuang masa sekiranya ada waktu terluang. Memang habit kitorang copy paste kerja kawan untuk memudahkan kerja. Hihi

3- Menipu semasa menjawab quiz online. Kebanyakkan budak-budak rajin, dorang selalu buat awal quiz online nie. Jadi yang lain akan ambil kesempatan ini dengan menyuruh mereka untuk buatkan sekali. Takpon tulis jawapan dalam group supaya yang lain boleh tiru. Sangat murah hati dorang nie. Jenis tak berkira dan lokek jawapan. Saling memahami dan saling membantu.


Cukuplah aku bagi tiga. Kang bagi banyak-banyak, budak-budak matrik lain boikot aku pulak sebab pecahkan rahsia dorang dekat satu dunia. Kah ! 

Seorang Zharif haruslah ketiga-tiga perkara di atas dia buat. Kalau tak, macam mana dia tahu semua benda nie. Ada tambahan lagi sbenarnya untuk aku, aku selalu tertangkap dalam kamera tertidur dalam kelas. Nie kerja-kerja budak praktikum aku lah nie. Suka betul dorang ambil gambar masa aku tengah syok tidur. .

Kelas tutoran

Kelas amali

Kelas kuliah

Seperti semua sudah tahu, pelajar-pelajar matrikulasi menerima elauns etiap bulan. Jadi bila elaun masuk je, memang beratur panjang dekat mesin ATM menunggu giliran untuk keluar duit. The first week bila elaun, semua pelajar memang rasa kaya betul. Tapi bila dah hujung-hujung bulan tu, semua semput. Hahaha.

Aku tak tahu matrikulasi lain, tapi di KMPP, mesin ATM nie cuma ada satu je. Memang berdoa jelah mesin ATM tak rosak ataupun out of service. Kalau tak, mereputlah tak ada duit.

ATM out of service

Bila duit elaun masuk

Walaupun aku cakap sistem dekat matrik nie semua benda in rush dan nak cepat, tapi somehow matrik tetap sempat mengadakan aktiviti-aktiviti atau pertandingan dan program-program yang menarik. Kiranya, tak adalah 24 jam belajar je. Ada juga aktivit lain yang mereka anjurkan dan buat untuk pelajar join.

BIO-ecorace 

Bio-ecorace nie macam lebih kurang the Amazing Race. Dapatkan klu untuk ke check point seterusnya dengan melengkapkan aktiviti di setiap pit stop. Bio-ecorace nie anjuran subjek Biologi. Jadi, semua aktivit ada kaitan dengan subjek bio.


Semasa minggu kokurikulum, ada jualan di sepanjang laluan berbumbung. Dah macam bazaar Ramadan pon ada KMPP masa tu. Macam-macam makanan dijual. Meriah !


Video di atas pula merupakan pertandingan KMPP Got Talent sempena minggu Bahasa Inggeris. Sangat menarik dan kelakar persembahan mereka. Banyak lagi persembahan lain yang dipertontonkan pada minggu tersebut. Ada yang menyanyi, bersyarahan, berlakon dana macam-macam lagi. Semua text dan bahs komunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 

Banyak lagilah aktiviti dan program lain. Kalau korang mengikuti kisah-kisah aku sepanjang di matrik nie, pasti korang dapat saksikan perjalanan kehidupan matrik aku dan bagaimana sistem matrik itu dilaksanakan.

Post edited : August 2021

66 comments:

  1. hahahahaa lawakkk ! tak dinafikan semua cerita di atas adalah benar :D

    ReplyDelete
  2. amboi laju nya dia komen >__<

    siap kan segala kerja dalam kuliah , memang kebiasaan =) hahahhaa

    ReplyDelete
  3. tapi kalau kt sini , lelaki dok depan . compulsory :) so nak siapkan kerja dalam bilik kuliah jarang terjadi .

    ReplyDelete
  4. laaa ye ke ? kejam nyaa matrik perlis . kitorang bebas . suka hati nak duduk mana . huhu

    ReplyDelete
  5. hahaha. nice blog !:) suke bace. hm, yg siap kn tutor time dlm kuliah sudah semestinyer ! haha . kan aliff haikal ?

    hm, dak laki salu dok depan. memang bagus pon. hee

    ReplyDelete
  6. jangan kata tutor , report pon sama . huhu

    kira mcm dah normal sgat kann .

    ReplyDelete
  7. taw takpa. hahaha. tersangatlah normal ! :D

    ReplyDelete
  8. Baru bercita-cita nak masuk matrik coz nak jadik doktor....tapi macam susah ajew~

    P/S : Mood berduka lara~

    ReplyDelete
  9. secara jujur nya : memang susah dan kelam kabut . semua benda nak rush .

    tapi kalao rajin , insyaAllah boleh je . huhu

    ReplyDelete
  10. perghh hebak nyaaa tidur HAHAHA!~ :P

    ReplyDelete
  11. hahaha..terbaik entri ni..kretif cam besa zharif ;) gambar tidoq tu takley blah xD HAHAHHA

    ReplyDelete
  12. hahaha..terbaik entri ni..kretif cam besa zharif ;) gambar tidoq tu takley blah xD HAHAHHA

    ReplyDelete
  13. aku memang pakar dlam bab2 tido nie . muahaha

    ReplyDelete
  14. hi all jejakakaula.blogspot.com blogger discovered your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective backlinks Take care. Jason

    ReplyDelete
  15. salam...aku ni bru dpt rsult spm...dpt la 5a...tp addmth aku dpt d...agk2 lpas x rsult ni nk msuk matrik?...aku mmg tringin nk msuk...tp pas rmai owg kte matrik ni susah aku cam tragak2 la jgak nk msuk..aku da pn apply bhagian sains kat kmpp...so,sbgai snior pe pndapat ka?..ptut ke aku gi matrik ni(kalu dpt la) or smbung dploma?...skang ni kpale aku mmg kusut gler pkir hal ni...cm ka gak,mak aku tringn nk tg0k ank dye jd doktor...tp aku tk0d x pass je mtrik ni...kalu smbung dploma plak,abg aku swuh smbung kat gmi(kos instrument)...aku mnat gak nk smbung kat c2 sbb dye kate kalu aku pas dploma 2 dye nk tlg aku gi offshore(tmpat dye keje skng)...tp aku syg nk tnggal bio sbb aku mmg mnat bab medic ni...bleh cdangkn x pe yg aku ptut wat...

    ReplyDelete
  16. to anon : rasa nya lepas kot , minimum dia nak 3 kredit kan ?

    susah tu memang lah susah , i mean cara pembelajaran nya . sebab kat sini rush sanagt2 . so nanti akan ada sdikit culture shock sebab biasanya kita belajar tak secepat dan sepantas mcm kat matrik nie .

    tapi nanti lama2 akan biasa jugak insyaAllah .

    subjek-subjek saens dapat berapa ? kalao subjek saens dpat mcm b+ dan ke atas , so maksud nya sains kau kuat lah . kira nya mcm boleh bawak .

    nak nasihat kan jugak , jangan tamak ambek modul 1 mcm aku nie . dulu aku tak pikir mse pilih modul nie dan sekarang nak menyesal pon tak guna .

    kalao kau rasa kau more to bio , ambek modul 3 . kalao rasa kau more to physic , amek modul 2 .

    tapi kalao kau rasa dua2 kau hebat , boleh je nak ambek modul 1 . tapi kene extra rajin lah bila amek modul nie .

    diploma 3 tahun bru boleh sambung ijazah . matrik setahun then terus boleh sambung ijazah . pasal susah tu , semua benda susah . tapi insyaAllah kalao ada tekad , usaha dan doa , semua benda boleh ajdi senang .

    so pilih lah betol2 . buat solat istikharah .

    apa yang kita apply dekat U , tak semestinya dapat . kalau dpat kos yang kau tak minat , pikir masak2 sama ada nak terus kan ambek diploma atau masuk amtrik .

    papepon , congrats for the spm result . quite good =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan awal-awal dapat Modul 3 ke? Kenapa tukar?

      Delete
    2. my first mentor ckp kalau nk jadi doktor better ambik modul 1. peluang cerah sikit . tp bila dah masuk modul 1, baru rasa nyesal . hahahahaha

      Delete
  17. thanks to tuan pyer blog yg dh bg byak info psl matriks n kmpp nie..

    ReplyDelete
  18. salam...smlam aku da chek rsult dye n alhamdulillah dpt...tp kat matrik gambang je la...aku dpt bhagian sains tp yg 2 taon pnya...28/5 ni kne chek in...ka rse mne yg lgi bbaloi?...amek ni ke or wat dploma 3 taon?...kalu dploma engineering la kat gmi...1 lg,kalu aku pass la mtrik ni brape ekk pointer utk aku smbung engineering utk ijazah nnti?...sbb aku juz taw kalu nk smbung medik kne 3.9-4.0 g2....

    ReplyDelete
  19. depends on diri sendiri sebenarnya .
    rasa2 suka yang mana ?

    kalao rasa mcm nak terus amek diploma tu , go on je .
    pasal berbaloi tak berbaloi , rasa nya dua2 berbaloi .

    pikir lah betol2 , ada lagi amsa . pikir apa yang terbaik untuk diri sendiri .

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum...
    aq ni bdk spm thon lpas..
    aq bru tw aq dpt matrik kedah..
    tpi cm ssah je...aq dpt sains nya..
    tpi addmath n chmist aq bt
    bio n phy aq ct..
    agk2 aq bleh survive x???
    tpi bla aq bca entri ni dy sbijik cm idop aq kt mrsm dlu....

    ReplyDelete
  21. boleh sangat ^^

    yang cemerlang time SPM , jangan pikir dah masuk matrik akan cemerlang jugak kalao tak ada usaha .

    dah masuk matrik , semua result spm letak luar pagar . dah tak de istilah kau pandai kau tak pandai .

    semua start from zero . so sape yang manfaat kan masa betol2 n rajin , dia lah yang akan berjaya .

    a friend of mine time spm tak de lah cemerlang mne , but she managed to get 4flat in sem 1 .

    masuk je okey =)

    ReplyDelete
  22. kt matrik nie dia ade mntk x surat pengesahan berhenti skola??

    ReplyDelete
  23. dekat matrik saya , dia tak mintak . tak tau lah matrik lain .

    tapi rasa nya dia tak mintak kot =)

    ReplyDelete
  24. oh yeke tq~~ saya msk kmpp la ~~ dorg sume sibuk g skola nk mntk benda alah tu.. ade lagi x dokumen or sijil pape yg dia mntk ??

    ReplyDelete
  25. Dapat KMPP jgk , mati2 ingt tepi laut . Haha , tepi highway rupanya , sedih Dx

    ReplyDelete
  26. fiza : seingat saya masa saya daftar dulu , cuma kene bayar yuran je . bende lain tak mintak pon .

    amira : hahaha kalao tepi laut habis lah kmpp . kne ombak kuat .

    ReplyDelete
  27. Ah , dkat sini bnyk ke ek bnda charlie tu ? :(

    ReplyDelete
  28. banyak lah jugak . tp almost everyweek da foging . betol ke eja nya nie . hahaha

    ReplyDelete
  29. saya dapat KMPP~
    nampak macam best je belajar kat situ, minggu depan masuk, tak sabar :D

    ReplyDelete
  30. hi kawang metrik.. haha, silo lah datang melawat KJ di maso terluang. =p

    ReplyDelete
  31. i baru nak masuk matrik.. thanks 4 the info pal ! G00d LucK JADI d0KTOr Gigi !!! :D

    ReplyDelete
  32. syahida : rindu KJ , hahahaaa

    aneesch : goodluck too =) thanx ^^

    ReplyDelete
  33. student matrik? awat aku xpenah nmpak mu pong???

    ReplyDelete
  34. Hi! Nak tanya sikit lah. Soalan ni tak de kena mengena ngan post ni tp regarding matriks ah gak..
    Kalau pakai table fan dalam dorm, electricity akan trip and padam ke? Pls answer,k! Plan nak bawak nanti :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok dekat entri nie =)

      http://jejakakaula.blogspot.com/2012/05/must-have-to-live-in-asrama.html

      Delete
  35. Standard lah semua nie time matric ;)

    ReplyDelete
  36. salam , lab coat tu , awak first batch yang ada badge kmpp besar gedabak tu ? sebab lab coat batch saya dulu , tak ada badge...lab coat kosong , n kami pun ambik pakai dari senior yang dulu

    btw , gambar yang masa tidur dalam lab tu , masa tutor tu , kat belakang tu , Puan Norzi eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ye ke ? laa kesiannya dapat yang senior punya.. alhamdulillah kami semua dapat lab coat baru.. hihi ..

      aah, puan Norzi =)

      Delete
  37. nk tnya la..result spm sy smuanya ok tpi msalahnya sy x ad bio,fizik,kimia,add math mse spm . Agak2 boleh apply matriks x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur berapa nie ? matrik limit umur 20 tahun je.. and salah satu syarat wajib matrik juga adalah mesti ada add maths. tak ada tak boleh masuk.. matrik ada dua aliran, satu sains dan satu lagi akaun. so kalau tak ambik sains masa spm, boleh pergi aliran akaun. tp ambik akaun tak masa spm ? itu yg penting.

      tapi dalam kes awak nie sy rasa tak boleh sebab awak tak ada add maths...

      Delete
  38. asalamualaikum.. kt matriks ni kmudhan ckup x?? tndas kne share rmai2 ke?? n klau nk bwk kttle bleh x?? n

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. cukup je.. tandas macam asrama lah.. kne kongsi..
      dekat KMPP boleh je sy bawak, tp dengar cter dekat matrik lain kne bayar brgn elektrik.. xtau lahh =)

      Delete
  39. Assalamualaikum... Saya dpt Matriks aliran akaun tpi masalahnya akaun saya time SPM x cemerlang mana pun jadi saya agak risau sewaktu saya di matriks sama ada saya boleh bawa atau tak dan rasa-rasanya antara peguam dan akauntan mana yang lebih baik??? Betul-betul dalam DILEMA sebab family suruh ambil matriks(tapi risau tak boleh bawa) Dan saya pula minat law.. Sejarah pun saya study gila2 smpi bole dpt A... So saya minta sangat pendapat anda sebagai student matriks sama ada saya boleh buat tak nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. tahniah dapat matrik =)
      akaun sy tak pasti lah susahnya macam mana since sy budak sains. saya sendiri mmg tak suka langsung akaun sbb bg saya susah sangat.. hahahaha

      awak minat law, tapi dapat tak tawaran mana2 untuk buat law ? kalau dapat, better go for it lah since awak minat. but then kalau tak dapat, better awak fikir semula.

      sy pon bukanlah tahu sangat nak beri pendapat, sy sendiri pon masih belajar. awak cuba tanya parent awak. tak pon awak tanya senior2 yang amik akaun di matrik ke, sy tak dapat nak bagi jawapan. maaf.

      apa2 pon keputusan awak, good luck =)

      Delete
    2. Saya pun minat law juga tpi saya nak masuk matriks sbb abg2 saya semua masuk matriks jadi sedikit banyak telah influence saya. Soalannya boleh tak lepas matriks saya nk mohon law di Universiti ataupun saya kena mhon perakaunan juga? Dan abg saya ckp bdk2 matriks boleh pergi oversea. Itu hanya untuk budak Sains saja ke atau budak perakaunan pun bole pergi oversea? Harap balas ...

      Delete
  40. wah. lepas baca cite awak, rasa tak sabar pulak nak ke matrik. saya dapat matrik perlis. masuk 19 mei nanti..

    ReplyDelete
  41. hahaaa...absolutely right...im ex-kmpp(12/13)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm..nak tanya modul nanti dye yg tntukan ke kite yg pilih sndiri?major bdk2 yg amik modul 1 tu scor x?tq

      Delete
    2. mereka tentukan based on result spm.. but then boleh tukar modul nanti..
      and lg satu, budak sains boleh tukar ke acc, while budak acc xboleh tukr kpd sains...

      Delete
  42. Nampak tak encik zharif Azis ni nak promote KMPP ? Haha. Mane gambar sakura hujung sem tadhe ke ? Alaaaaaa. Anyways great story ! Seronok + rasa macam ade rame rame dalam perut pun adaa. Haha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks =) gambar sakura tiada, x ambik pon gambar.. but i've look them on someone's facebook and it's really beautiful. just like in japan =)

      Delete
  43. Sy tgh pening nk msk matrik ke tak , sy dpt Matrik Perak . Sy dpt D addmth dan subjek sains C , agak agak result mcm ne bule survive tak dkt matrik ? dan saya pon dh buat rayuan untuk msk form 6 sbb tknak pegi matrik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke addmath D erk, ermm sy tak pasti.. requirement for matric bukan addmath kne C+ ke atas erk ? sy tak pasti lah kalau addmath awak mcm tu..

      terus terang sy cakap, matriculation is a little bit hard, some said very hard. tp senang je konsep nya, siapa yg rajin, dia boleh survive.. insyaAllah awak boleh.. yakin dgn diri sendiri..

      lagipula, matric setahun je kan ? singkat masa sikit untuk pursue degree nanti.. tp kalau awak takut kne repeat or else, better awak masuk form 6.. tp sayang lah, sbb matric setahun ja.. ke awak dpt yg dua tahun ?

      plus, matrik ada elaun n yuran murah =) teheeeeeee

      Delete
    2. ouhh gituu , thnks for info . saya dpt matrik yg dua tahun punyaa .

      Delete