Wednesday, November 29, 2017

Goodbye America, Hello Malaysia

Assalamualaikum and good day everyone !

Sudah hampir 3 tahun aku meninggalkan bumi Amerika. I miss everything about America. I miss my friends. Rindu makanan dekat The Max. Rindu suasana sekitar campus GCSU. Rindu nak berfoya-foya.

Okay yang berfoya-foya tu aku tipu je k.

So kali nie, aku nak ceritakan perjalanan pulang aku ke bumi Malaysia setelah satu semester berada di Amerika. Kira ini merupakan entri penutup untuk perjalanan satu semester aku di bumi Amerika. Semua cerita-cerita pasal Amerika dah ter-update (I guess so), jadi entri ini merupakan entri penutup.

Pengalaman pertama naik flight masa nak datang Amerika dulu --> KLIK


Monday, November 27, 2017

Media Trip to Fiesta NBOS Sayang Malaysia 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 18 November lalu, aku telah mengikuti satu media trip ke Bagan Datuk Perak sempena Fiesta NBOS Sayang Malaysia 2017. Media trip ini dikelolai oleh Gaya Travel dan ditaja oleh tourism Malaysia. Media trip ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, yang bermula pada 18 November sehingga 20 November 2017.

Wednesday, November 22, 2017

Aiman Tino Keluarkan Jenama Baju Sekolah Sweet Aiman Junior

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ye, korang tak salah baca. Aiman Tino memang keluarkan jenama baju sekolah sendiri yang diberi nama Sweet Aiman Junior. Aiman Tino merupakan artis pertama di Malaysia yang mengeluarkan jenama baju seragam sekolah. Memang padan lah, sebabnya nama Aiman Tino memang cukup sinonim dengan anak muda remaja zaman kini. Lagunya "Ku Rela Dibenci" menjadi siulan rakyat Malaysia tidak kira muda mahupon tua. Bahkan budak 6 tahun pon boleh hafal lagu Aiman Tino tau. Jadi, mengeluarkan jenama pakaian sekolah merupakan satu tindakan bijak dalam membawa pengaruhnya kepada bidang perniagaan.


Tuesday, November 21, 2017

Pusingan Akhir My Fun Cooking Competition 2017 by Lee Kum Kee

Assalamualaikum and good day everyone !

Pada 12 November lalu, telah berlangsungnya pusingan akhir My Fun Cooking Competition 2017 yang dianjurkan oleh Lee Kum Kee. Masih lagi ingat pertandingan My Fun Cooking Competition pusingan pertama yang aku pernah update dulu ? Kalau tak ingat, boleh baca dekat sini : My Fun Cooking Competition Round 1


Thursday, November 16, 2017

Makan Malam Romantik di Restoran Berputar, Bintang Revolving Restaurant, Federal Hotel KL

Assalamualaikum and good day everyone !

Kepada mereka yang sedang mencari tempat istimewa untuk makan malam yang ekslusif dan romantik, tidak kira lah bersama yang tersayang ke, mahupon keluarga tercinta. Aku nak cadangkan satu tempat makan yang aku rasa sangat sesuai untuk meraikan orang-orang yang kita sayang. Tempat makan itu ialah sebuah restoran berputar yang bernama Bintang Revolving Restaurant di The Federal Hotel Kuala Lumpur.


Wednesday, November 15, 2017

Maahad Ihya Al-Ahmadi, Sg Kelambu

Assalamualaikum and good day everyone !

Okay, entri kali nie aku akan cerita apa yang aku lakukan sepanjang 3 bulan yang lalu. Tak pasti sama ada korang dah tahu ke belum. Kalau dah tahu, bagus. Kalau belum, meyh aku nak cerita.

5 Akaun

Monday, November 13, 2017

Pre Convo Photoshoot Tiada Bajet

Good day everyone !

20 Oct 2017, tarikh di mana aku kena ambil jubah konvo di UPSI. Habis je food review di Federal Hotel (Refer entri nie, KLIK), aku terus bergerak menuju ke Tanjung Malim. Bertolak jam 2.30 petang dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sampai ke Tanjung Malim sejam kemudian. Nasib baik sempat sampai sebelum jam 5 petang. Fuhhh risau dibuatnya. Tak payah nak risau sangatlah. KL dengan Tanjung Malim bukan jauh pon. 1 jam je kalau lalu highway. Hihi


Saturday, November 4, 2017

Weekend Brunch Buffet at Mandarin Palace

Good day everyone !

Hujung minggu ialah masa untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan orang-orang tersayang. Yelah kan, hari biasa, kita semua sibuk dan mempunyai komitmen masing-masing. Jadinya, hari minggu sahajalah masa untuk kita meluangkan masa bersama. Selain aktiviti membeli-belah, melawat taman tema dan macam-macam lagi, kita juga boleh membawa mereka makan-makan di tempat yang istimewa.