Good day everyone !
20 Oct 2017, tarikh di mana aku kena ambil jubah konvo di UPSI. Habis je food review di Federal Hotel (Refer entri nie, KLIK), aku terus bergerak menuju ke Tanjung Malim. Bertolak jam 2.30 petang dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sampai ke Tanjung Malim sejam kemudian. Nasib baik sempat sampai sebelum jam 5 petang. Fuhhh risau dibuatnya. Tak payah nak risau sangatlah. KL dengan Tanjung Malim bukan jauh pon. 1 jam je kalau lalu highway. Hihi
Rasa excited gila dapat jubah konvo. Terus sarung and ambik feel. Bertembung pulak dengan beberapa budak batch aku. Terus buat pre convo. Rindu gila kat korang masa nie. Lama tak jumpa.
Baru teaser je nie. Belum apa-apa lagi tapi dah nampak gah kan ? Ke takde langsung ? Kbai.
Sebelum balik sempat bergambar dekat landmark Kolej Harun Aminurrashid. Rata-rata bangunan-bangunan di UPSI sudah ada landmark masing-masing. Dah semakin upgrade gituee. Anyway Kolej Abg Harun telah menjadi tempat berteduhku dari awal pengajian sehingga ke akhirnya. Thank you for always having me every semester.
So pada hari ahadnya, 22 October, aku pon berangkat ke Putrajaya dengan gigihnya untuk mencari lokasi untuk photoshoot. Dan akhirnya terjumpa satu tempat yang sesuai. Terpusing-pusing jugaklah kat Putrajaya tu cari tempat. Dan masa nie, Putrajaya memang dipenuhi dengan bakal-bakal graduan. Sana-sini akan ternampak sesi photoshoot. Dengan jubahnya, dengan bunganya. Meriah sungguh !
Location : Wetland Putrajaya
Camera : Iphone 7+
Photographer : My best friend, Faries.
Boleh lah daripada tak ada, ye dakkk ??
Since aku nie memang jenis extra, makanya satu pre convo photoshoot memang tidak cukup. So aku pre convo photoshoot lagi sekali di lokasi yang berbeza. As usual, ini juga pre convo photoshoot tanpa bajet.
Location : Pantai Kelanang
Camera : Iphone 7+
Photographer : My younger brother, Zahin.
So itu sahaja lah gambar-gambar yang telah ditapis. Actually banyak gila. Tapi ini sahaja yang lepas dari saringan. Hahahahaha. Alhamdulillah, jadilah. Memang lah hasilnya tidak seperti photographer profesional. Tapi aku tak kesah. Sebabnya aku jenis asalkan ada. Aku tahu korang punya pre convo photoshoot lagi gempak. Huhu
Next, i will tell you guys about my convocation ceremony okay. See ya !
Photoshoot tanpa bajet pun cantik kot. Combination tempat cantik, dengan photographer pandai main angle.
ReplyDeletetulah, jimat sikit duit =D hahaha
DeletePantai Kelanang yang part ni accessible lagi ke? :O
ReplyDeleteJalan dia dh tutup n dipecahkan. Tapi ada jalan lain boleh access ke situ. Jalan dia kecik je, banyak monyet 😆
DeleteItulah, hari tu aku pergi dah tak jumpa dah the proper jalan. Tak tahu pula ada jalan lain walaupun banyak monyet. Hahahaha :D
Delete