Assalamualaikum
Rabu hari tu, aku pergi interview SPA yang mana sangat kalut untuk diceritakan. Mana tak kalut kalau bertolak dari rumah 7.40 pagi. Sedangkan interview tu jam 8 pagi. Sebenarnya aku tak ada lah menggelabah macam nak pergi interview UPSI dulu. Entah kenapa aku rasa tak bersalah langsung,. Mungkin sebab aku tak mengharap sangat untuk dapat kot.
Sampai dekat Putrajaya 8.30 pagi. Tapi tak terus sampai ke bangunan SPA tu, sempat tawaf 3 kali kot dekat Putrajaya tu sebab sesat. Tanya orang sekeliling untuk ke lokasi interview tersebut. Ayah aku dah mula tak senang duduk dan rasa nak marah sebab dia gelabah. Macam dia pulak yang nak diinterview.
Sampai sahaja aku dekat tingkat 6 blok 7 kompleks C tu, mamat yang jaga kaunter depan tu sound aku.
"Kenapa lambat ? Tak nampak ke kat kertas dia tulis jam berapa"
Aku malas nak bertelagah, aku senyum je. Dia tak tahu ke betapa banyak onak dan duri untuk aku sampai ke situ. Dengan papan jalan yang agak pening. Aku dan ayah aku tak beapa familiar dengan jalan-jalan di Putrajaya nie. Tapi memang silap sendiri, sebab bertolak dari umah leat. Macam yang aku cakap tadi, aku tak berharap untuk dapat pon. Sekadar memenuhi jemputan je.
Dia bagi kertas, suruh jawab soalan tentang minat. Alaaa macam ujian Medsi yang beratus-ratus banyaknya tu. Aku malas betul nak menjawab soalan-soalan macam nie. Penat tahu tak. Semua calon pasti jawab untuk jaga hati dan memenuhi apa yang jawatan tu nak. Takkanlah nak cakap tidak, mesti semua akan jawab yang baik-baik je.
Tak lama lepas tu, aku dihantar ke bilik interview. Penemuduga aku ada dua orang. Sorang laki dan sorang perempuan. Ikuti perbualan berikut.
Me : Selamat pagi ( sambil menyerahkan fail yang terkandung segala sijil )
Panel 1 dan 2 : Selamat pagi, silakan duduk.
Panel 1 : Okey Shariff.
Me : Zharif
Panel 1 : Zharif, boleh terangkan serba sedikit tentang diri Zharif ? ( Cliche sangat soalan nie )
Me : Okey nama saya Muhammad Zharif Bin Abd Azis. Berasal dari Banting Selangor. Berumur 20 tahun. Lahir pada 29 Januari 1993. Mempunya 5 orang adik beradik, 2 lelaki 3 perempuan dan saya merupakan anak kedua. Tamat sahaja SPM saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Dan sekarang, saya menyambung degree di UPSI.
Panel 2 : Kos nie hanya bertaraf diploma, sedangkan awak sekarang berada pada tahap degree.
Me : Saya berminat dalam bidang perubatan. Dari dulu lagi saya minat tapi saya tak dapat. Jadi bila dapat tawaran ini saya berasa teruja. Walaupon bukan sebagai doktor tapi at least adalah jugak yang berkait dengan medic.
Panel 1 : Dekat UPSI ambil kos apa ?
Me : Psikologi.
Panel 2 ; Sekarang macam mana nie panel 1, kami nie memang lah penemuduga tapi kami juga bertindak sebagai penasihat. Sebab awak nie bakal degree holder.
Panel 1 : Awak tahu tak kos yang ditawarkan nie gred gaji berapa ?
Me : Ohh saya tak tahu lah pulak. (Aku tahu sebenarnya tapi tak nak lah tunjukkan sangat mata duitannya tu)
Panel 2 : U29, sedangkan kalau awak graduate sebagai degree holder nanti awak terus gred 41. 29 dengan 41 jauh beza tu Zharif. Dari U29 nak sampai ke tahap gred 41 tu memakan masa yang lama. Jadi cuba awak fikir baik-baik.
Sebenarnya, aku dah tahu dah semua ini akan berlaku. Aku sedar tahap perbezaan gaji tu dan aku memang pon nak teruskan degree aku nie. Tapi kalau dah tahu aku nak teruskan degree tu, kenapa aku datang interview tu ? Jadi aku buatlah drama sikit. Konon macam minat and what so ever. Tapi aku memang minat pon untuk masuk dalam bidang yang berkait dngan perubatan.
Me : Ohh ye ke ? Saya tak tahu pulak pasal hal-hal gaji nie (Santak menipu kau zharif, sah-sah gaji lah yang kau cek dulu masa dapat tu)
Panel 2 : Kalau anak saya lah, saya akan suruh dia teruskan degree dia. Sebab sayanglah bila awak dah berada di atas, lepastu awak nak kembali ke bawah balik. Awak tak sayang ke ?
Me : Orang kata susah nak dapat kerja sekarang nie. Jadi jika ambil tawaran SPA nie, insyaAllah lah keluar-keluar tu terus ada kerja. Saya nak sesuatu yang dijamin kerja.
Panel 1 : Anak saya graduan UPSI, setakat nie tak pernah lagi saya dengar graduan UPSI tak dapat kerja. InsyaAllah Zharif, rezeki tu ada di mana-mana saja. Sama ada kita nak atau tak nak je. Yang penting kena usaha.
Panel 2 : Sekarang nie awak ada tajaan biasiswa dari mana-mana ke ? PTPTN ke ?
Me : Tak ada. Sepenuhnya ditanggung oleh keluarga saya.
Panel 2 : Okey, saya cadangkan macam nie lah. Awak dapatkan pointer yang bagus untuk sem pertama nie lepastu awak mohon biasiswa dari mana-mana agensi dekat luar tu, dari Kementerian Pendidikan Malaysia ke ( ada ke ? ) atau mana-mana badan yang berkaitan dengan kos awak tu. Lepas graduate nanti, dia takkannya nak lepas awak begitu sahaja, mesti awak akan ada kontrak perjanjian dengan dia. So dari situ awak tak ada lah menganggur tak ada kerja.
Panel 1 : So sekarang nie macam mana ? Adakah awak nak teruskan dengan degree awak tu atau awak berminat untuk ambil kos yang SPA tawarkan nie ?
Me : Saya rasa saya nak teruskan dengan degree saya.
Panel 2 : Baguslah awak dah buat keputusan macam tu. Tak apa, awak jangan risau. Lepas awak dah habis degree tu nanti, awak update kos-kos yang awak mintak tu setaraf dengan degree holder.
Me : Owhhhh okay. So maksudnya saya masih boleh dapat tawaran dari SPA lah yer ? (Soalan bodoh)
Panel 2 : Boleh boleh.
Panel 1 : So macam mana ? Nak teruskan lagi ke atau nak berhenti dah ?
Me : Saya rasa setakat nie sajalah. Terima kasih ya
Okey itu je perbualan antara aku dan penemuduga aku ketika itu. Penemuduga aku yang banyak bercakap dari aku. Dorang banyak bagi tips dan nasihat berguna. Aku macam datang situ untuk mendengar je. Mula-mula yelah formal macam typical interview tu, tapi lepas aku bagitahu sekarang tengah sambung degree, semuanya berubah.
salam.
ReplyDeletewhoaa. excited bce entry ni sbbnya sy pn interview spa jgk 3taun lpas. alhamdullilah bln 12 ni habes dip. wahaha! kene brain wash dgn panel2 ye. rezeki2 ada dimana2. rugi lepaskn pluang utk degree. tak semua org dptkan. apa2pn wish u luck mse hdpn :)
wahh dah nak habis dah , untungnyaaa >__<
DeleteBTW , thanx =)
sempoi jea dtg lambat .. huhuhu
ReplyDeletehahaha kann , like a boss
Deletewoah terbaek punya lakonan. gaji tu yg penting ye as kos sara hidup semakin tinggi.
ReplyDeletebetul !! setuju sangat =D
DeleteYes... Kena pandai berlakon demi sesuap nasik,. :)
ReplyDeleteberlakon itu penting =)
DeleteAssalamualaikum. Anak Abang Ajis rupanya... Tak tahu macam mana leh sesat kat blog ni. Tapi bila tengok gambar berkopiah tu macam kenal. Kirim salam kat ayah ye dik
ReplyDeletewaalaikumsalam =) owhh kawan ayah ke ? insyaAllah =)
Deleteheh. bertuah. ada orang apply SPA makan tahun sampai dah tua tak dipanggil-panggil. takpe. rezeki tuhan dimana-mana. good luck with ur degree :D
ReplyDeletebetul tu , rezeki ada di mana2 =) thanx ^^
DeleteGood luck..Bila dapat tahu resultnya?
ReplyDeletexpayah tengok result pon , dah memang tolak =)
Deletezharif, kau kantoikan kau ni bakal degree holder bakpe..
ReplyDeletememg sah la kau gagal interview..hmmm..
papepon, ok laa..ade pengalaman interview ngn pegawai atasan kerajaan bhai..
dlu aq g temuduga pon lambat gak..
tp dapat je jd jururawat pelatih..
nak habis setahun setengah lg ponn..
tp melepas la ko sbb elaun ktewg dah naek rm835 sebulann..
not gagal , tapi memang pilihan aku untuk tak menerima . ada beza tu fadz .
Deletexper , rezeki ada di mana2 =)
adik kamu sudah buat salah la
ReplyDeletesalah ? salah apa nie ?
Deleteabang pun tengah pelajar dekat utm..pengurusan harta tanah sem 4.tapi dapat temuduga latihan penolong pegawai perubatab macam kamu..i pergi temuduga..ok je..kenapa kamu beritahu bahawa kamu masih belajar..lagi pun sekarang degree holder susah nak dapat kerje governmrnt..lagipun kamu tak ambil degree pendidika upsi..hanya degree open market..kene cari kerje sendiri..rugi lah lepas peluang yang baik...
Deletesebab mmg nak teruskan degree nie pon . xpe , soal kerja tu belakang cerita . rezeki Allah ada di mana2 . kalau dah ditakdirkan xde kerja , nak buat mcm mana =) semua orang nak yang terbaik untuk diri mereka sendiri , so do i . tak pernah rasa menyesal pon dgn keputusan nak teruskan degree nie =D
Deletegud luck..kalau abang dapat sure inform kamu..bye
Deleteoke =) gudluck then =D
Deletehi adik abang dapat tawaran penolong pegawai perubatan.baru sahaja terima surat tawaran.
DeleteHi Anonymous..
DeleteSaya pun dapat temuduga ni. 30 Sept ni temuduga. Saya graduate from UTM, skudai tahun lepas lagi. Skrg saya kerja biasa2 je. Degree holder mmg susah nak dapat kerja govenment. Saya nak minta tips jawab interview drp anynomous sbb anynomous degree holder jgk kn? Mcm mana anynomous rahsia kn anynomous ada degree. Saya nak tau sangat2 untuk persediaan interview saya nex week. Saya nak sgt jawatan ni. Harap anynomous bole kongsi tips ngan saya.
Bole tak saya nak dapatkan email Anonymous?
DeleteSalam Anonymous..
DeleteBoleh tak saya dapatkan email kamu? Saya nak minta tips tuk temuduga ni sbb saya ada temuduga ni next week. Saya juga merupakan degree holder drp UTM, Skudai. Saya grad tahun lepas dan skrg hanya kerja biasa2. Klu bole saya mmg nak sangat jwatan ni lbih2 lg sebab goverment. Harap Anonymous dapat bagi tips tuk berjaya dlm temuduga ni. Saya nak tips bgaimana anonymous rahsiakan degree 2. Harap Anonymous dapat bantu saya. Terima kasih :)
dlu pnh dpt iv pasal pembantu separa perubatan aka MA la kan.
ReplyDeletetp xdpt pun keje SPA. kne tolak sebab dorg tahu tgh duk blaja kat tempat lain masa tu
=="
dorg suh teruskan belajar..xde rejeki kt sini
xper-xper, teruskan belajar =) habis belajar boleh mintak lagi SPA nie ^^
Deletehehe.tak mintak dah..akak tgh final year utk education
Deletewahhh final year dah ? best nyaa >__<
Deletegudluck ^^
wah.. agak2 nya nti nasib sy pun mcm ni la time temuduga.. (kalau dpt panggilan temuduga) baru2 ni sy apply spa jg tpi tak lama lgi akan sambung degree.. malangnya tawaran degree tu bkn course yg sy minat.. huhu.. walau apapun, sy masih ada bnyk masa utk brfikir... mgkn akhirnya akan jatuh cinta jg dgn course tu.. teruskan usaha di upsi!
ReplyDeletethanx ^^
Deletewish you luck =) pilihlah dengan bijak , ada masa lagi untuk berfikir =D
Sy da dpt surat tawaran tmuduga kali yg ke10 dr spa ni pn tngah pikir nak p ke tak.... hati cam da kurang semangat nak p dr awal dpt tawaran tu smpai nak g interview mcm2 dugaan at least bleh plak panel tu ckp klau x dapat tmuduga ni len kali cba lg sdangkn da mcm2 dugaan sy... aduhaii.... nak kata x jwp soalan smua soalan sy jwb ngan fakta yg btul tp x tau la x rezeki kot... dlm setahun tu spa panggil tmuduga 3 kali utk jwtan yg brlainan ni separa prubatan da msuk 5 kali da... alasan nya bntuk fizikal x memenuhi syarat tp ada gak member yg spa ambik pn XXL x paham sy.... sdangkn sy da bgtau sy dtg dr famly yg susah bpa da mninggal sy ank first dr 9org adk bradik rmah pn rmah bambu adk2 msih skola agaknya kna ptus asa ja la ngan spa ni sy x tau kriteria cmna spa nak.... tawakal je la.
ReplyDeletebelum ada rezeki kot.. tapi kesian jugak sbb dh banyak kali temuduga. maybe ada kekurangan dlm temuduga tu kott, just think positive. member yg dpt spa tu on what bidang ? maybe itu juga diambil kira. why not enter to university rather than focus on spa. ke mmg dh graduate ?
Deletei've just got the iv,but then i'm scared....(18yearsoldboy)what i supposed to do?4 jwatan sekali dtg? camna ni ah?
ReplyDeletememang 4 jawatan sekaligus =) alaa relax jaa, baca lah sikit info about all the jawatan you got. then you'll be okey =) gudluck then ^^
Deletenice story bro! hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah, dpt jgak interview utk separa perubatan ni.. 2 oktober! x_x
memandangkn x dpt U, insyaAllah buat betul2 utk yg ni :D
gudluck bro ! ^^
Deletesy pn baru dpt pnggilan temuduga pembantu perubatan..tp xtwu nk pegi ke x...sbb skrang degree dlm electrical engineering... tp mnat tu lebih ke arah perubatan..konfiuss. so sad.. sob sob :'(
ReplyDeletesama lahh, saya pon minat dalam perubatan .. tp org yg interview tu kata better teruskan degree nie sampai habis.. then after graduate isi lagi spa nie setaraf dengan gred gaji kita.. sbb gred gaji degree lagi tinggi =)
DeleteSalam ,sy dpt iv 2.10,pnolong pgawai frmasi. N im still confused,skrg sy kt mtrik slgor,, ok x sbnrnye spa!
ReplyDeletespa oke jer... tanya diri sendiri lahh ..
Deletesbb nya habis matrik nanti boleh terus ambik degree...
gred gaji untuk degree lagi tinggi .. tp ada je kawan sy berhenti matrik dan ambik spa nie =)
Salam. Sy dpt interview MA 24hb oct ni..nak tnya, sesi interview ni kena speaking x?
ReplyDeletewsalam... saya pon dapat lagi panggilan temuduga spa 21 oct nie.. masa sy di interview tu xde..
Deleteso tak tau lahh pulakk =) btw, gudluck !
saya tak pergi dah kot interview untuk kali kedua nie ...
Thanks :). All the best in ur life. Nk tnya soalan lg ni. Upsi ada intake lg x thun ni? Sy lpasan matrik thn ni. Sptutnya dh continue blja Sept lps, dsbbkn sy dpt kt sabah, sy tolak tawaran tu n now struggle cri pluang blaja. Ttg spa tu, ada bnyak pgln interview ka? Sy dpt MA ja. So xkan dpt interview lain la? Thanks sgt2 reply. :)
Deleteupsi intake dua kali setahun. bulan 9 dan bulan 2. untuk intake bulan 2 rasanya iklan permohonan akan keluar dalam bulan 11. so jangan miss pulak =)
Deletesama lah saya, sy lepas matrik dapat unimas, tp sy tak pergi. lepastu sy tunggu second intake upsi. alhamdulillah dapat masuk walaupon terlambat satu sem dengan batch saya. tp it's okey as long as dapat further study balik =)
pasal SPA tu jangan risau, memang banyak panggilan temuduga. cumanya kalau sambung degree gred gaji tinggi. lepas dapat degree pon still boleh mohon spa setaraf dengan degree holder punya requirements.
well gudluck =)
sy baru baca . thanks :] sbb sudi explain panjang2. doakan saya ya! interview hari khamis ni ,24hb. btw, thankss!
Deletesalam, sy dapat tmuduga pembantu pgawai kesihatan pd 22okt nie n sy memang brminat dlam bidang nie,,, tp skrg ni sy sedang blajar, asasi di ipta...,,,, klaw kita x pergi interveiw ni nama kita akan diblacklist kan ke???
ReplyDeletedia xakan blacklist =)
Deletehmm.. sy pon dpt jgak interview latihan MA dgn jururawat 1 nov ni. nervous jgak la., x taw nk study yg mne. mmg minat pon dlm course medic ni. tp, x pnh ade pngalaman diinterview lg., tu yg nervous ni..
ReplyDeletesaya pon minat bidang medic nie.. tp xde rezeki ke arah itu =)
Deletepapepon, i wish you all the best =D nk bg tips pon, sy nie bru first time di interview SPA. jadi xde lh pgalaman mana pon. yg pntg dtg awal tau, jgn mcm sy dulu. selamber badak je dtg lewat.. hahahaha =D
Ko study bidang tugas jwtn yg dtawarkn..tepi fokus pd plihan ptama ko la..
Deleteassalamulaikum... saye nak tanye... saye ni xpernah pergi mana2 temuduga.. sekarang sye tgh buat form6 aliran sastera penggal 1.. sblom nie sye study pure science...sye dpt pgglan temuduga separa perubatan, 30/10/2013 nie... nie first time sye temuduga,, soo saye nak tau mcm mne contoh2 soalaan peperiksaan yg diorg kasi??? selain drpd tu nak minta awk bg tips kat saye buleh??? saye sgt nervous xtau nak buat ape nie... pening gilosss... but sye mmg minat bdg ni...
ReplyDeletewaalikumsalam...
Deletefirst awak kaji lah serba sedikit tentang jawatan yg dia tawarkan tu, sebab confirm2 dia akan tanya benda tu. lepastu awak hafal lah, menteri kesihatan yg sekarang nie, YDP Agung, perdana menteri. Nama full tau. and then prepare lah jawapan adakah sama ada awak minat ke tidak jawatan tu dan kenapa awak nak jawatan tu.. kot kot dia tnya kann..
tenang dan jgn gelabah.. jawab soalan satu persatu, insyaAllah okey punya lah =) and jgn lupa senyum selalu.. gudluck ! =D
assalamualikum...
ReplyDeletesy skrang umur 18 n tngh sambung asasi di uia... sy dpt panggilan temuduga pd 28 aribln nie.. sy x brminat dlm bidang nie n sy plak dpt kos jururawat yg mana sy lg x minat.. tp disebabkn mak sy nk sangat sy pergi, sy trpakse pergi juga... abg x setuju dgn mak tp sy anak bongsu jd sy kne ikut kata mak sy.. skrang dlm dilema n temuduga pun da x lame.. penyelesaian vde n akhirnya buat soalan istikarah... brgantung pd rezeki Allah shj.. skrang nervous dgn soalan2 pd temuduga nnt sbb sy x prnah ditemuduga... mcm mane ye... tp, kalau x dpt un xpe sbb sy pun xnak kos nie... minta nasihat.. ^_^ .. terima kasih.... :D
waalaikumsalam =)
Deletewaaa bagus dah tu dpt asasi UIA...
pergi je temuduga tu untuk sedapkan hati mak, pergi belum tentu dapat.. depends on rezeki..
kalau dapat , tahniah =) terpulang nak pilih sama ada nak pergi ataupon tidak...
soalan dia simple2 je, kne tau basic kerja jururawat tu.. and hafal lah dua tiga nama penting dalam malaysia nie mcm perdana menteri ke, agong ke, or menteri kesihatan...
Gudluck ! =)
ooo... oke2.. insya Allah.. terima kasih.. tolong doakan sy.. harap2 solat istiqomah dpt membantu.. sekali lagi terima kasih.. :D
Deleteassalamualaikum..
assalamualaikum...
ReplyDeletesekarang saya blaja di usim...degree kaunseling...
saya baru je interview MA...
orang interview tu kata , saya kena sambung blaja...
dia kata , hospital perlukan pakar kaunseling...
waalaikumsalam ... teruskan je degree tu =) gudluck ! ^^
DeleteSaya nak temuduga esok...
ReplyDeleteSya dpt 7 jawatan...
Sya tak tahu nak pilih apa...tpi my father suruh pilih penolong pegawai kesihatan persekitaran...
Sya harap temuduga sya esok akn berjya...
And all the best for your degree....
uishhh sampai 7, saya masa nie dpt 5 je..
Deletegudluck untuk besok =) buat betul2 .. all the best ^^
btw thanx =)
nice story. actually now dah last sem6 tetibe dpt pulak MA . Prgi interview sbb mak suruh . Pdhal masa pegawai MA tu tnya psal sains sy tak tau pon and jjur sy jawab yg tak tau and tak expect dpt MA . result keluar 02/11 aritu n dpt MA pulak. Ni hati ckp habiskan je sbb dh last sem. Tp mak seboleh boleh suruh p spa tu. Actually tak minat sains. Sekarang pon blaja games technology. Tak relate langsung. Takot yg dikejar tak dapat yg dikendong keciciran.
ReplyDeletedah last sem kot, better habiskan je dulu ... wahhh tahniah dapat =) berkat doa ibu rasanya..
Deletesalam, sy jgak dah last sem bg jurusan kimia dan akan grad hujung tahun nie.. mana tau dpt dua offer utk kmsukan dr spa untk sesi julai 2014 1.juruxray n 2.jurupulih cara keja. apa yg patut aku buat?rasa rugi sbb nk habis dgree dah.takut tolak tawaran kali ni lepas ni xdak peluang lg..can any1 help?
Deletewsalam.. eh habiskan jelah.. dah nak grad dah kot.. pelaburan dh banyak habis dh tu ... SPA nie sampai bila2 akan ada.. jangan risau lah.. ada rezeki, ada..
Deletetrima kasih atas nasihat u..stlh lama brpikir..sy buat kputusan utk tolak kedua2 twaran trsebut.lgpun mak ayah harap sy habiskan dgree dulu..even sy minat sngat2 latihan nie,tapi trpaksa lepaskannya jgk..harap2 spa x blaklistkan nama sy..i realy want to be a government servant. moga Tuhan prmudahkan rezekiku..
Deletesaudari memandangkan anda sudah mendapat tawaran untuk latihan MA , saudari kena pergi kenapa ?? sbb klu x pergi nama saudari akan di senarai hitamkan oleh kerajaan .. klu x pergi tmuduga tu x apa lah .. tpi klu dah dpt tawaran dan kita tolak nanti kita nak isi apa2 jawatan dlm kerajaan tak kira cikgu ke apa ke mmg x dpt sebab nama sdh ada dlm black list mereka .. fikir2 fikirkanlah ..
Deletesalam. sy deg holder tp bminat nk buat latihan separa perubatan. agak2 mmg susah dpt eh kalau utk yg ada deg mintak? huhu
ReplyDeletewsalam... xde lah susah.. cuma nanti org tu kata xmembazir ke, kerja yg gaji tak setaraf dengan taraf pendidikan awak.. lebih kurang mcm tu lahh...
Deletesalam. sy ex student matrik p.pinang jgk. bru habis bulan 4 ari tu. masa pspm1 dl sy dapat iv untk spa ni jgk. sptutnya kene kat johor but then sy minta tukar ke penang coz masa tu nk MUET. then lect kat matrik gtau peluang untk student matrik nk dapat spa sgt tipis. so klau lepas ni sy apply lg spa, makin susah la ea untk dpt ? coz da dgree holder kn ? n esk sy akn buat ujian medsi untk UPSI. doakan yaw. btw, thanks for the info. :)
ReplyDeletewsalam =)
Deleteeh ada je budak matrik dpt spa.. rasanya depends pada interview tu kot..
better pursue degree, sbb spa tu nanti taraf diploma shaja.. lepas dh dpt degree boleh updated lagi sistem spa tu kepada yg degree holder =) tinggi sikit gaji n pangkat nya.. hihi.
good luck for you , dont worry, MEDSI is just personality test.. tp dgr cter skrang ad ujian kecergasan sekali erk ? sy pon xpasti.. huhu
Asslmualaikum abg Zharif . sy nk tanye abg dpt tawaran spa tu kejururawatan ke ?
ReplyDeletewaalaikumsalam. nope. medical assistant =)
Deletesalam... kalau dah ada degree atau diploma nak letak ke masa apply tu?? asyik x lepas je, sbb jawatan ni taraf sijil/diploma je kan..
ReplyDeleteletak je. sy pun ada deg n sy letak je. dh melepasi syarat stelah bberapa kali jgak sy mintak. in sha Allah kalau ada rezeki tak kemana.
Deleteada ke eh yg ada degree tp dpt latihan ni? hurmm.
ReplyDeleteBerbaloi xjoin spa sedangkan sye dah abis diploma dlm bidang jurupulih anggota,, nak blaja balik for 3 year only for dip..dilema betul,,umo pon da 23..ingat nak smbung deg tp hutang ptptn pon xabis bayar lagy...arghhh pls help me..
ReplyDeleteAnon 3:01, sy pn dpt tawaran ni. Sit online exam sabtu ni.. Sy pn ad diploma dlm mechanical engineering.. Bila fikir rugi masa tu ada jgk.. Tp bila fikir bab kerja dgn gov, skrg ni mmg terhad. Susah nk masuk.. X rugi pn amek 2 diploma. Ilmu jgk kan? :) Degree tu boleh sambung masa kerja nanti.. InsyaAllah kalau ada usaha tu akan dipermudahkan..
ReplyDelete{\rtf1\ansi\ansicpg1252
ReplyDelete{\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
{\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
\deftab720
\pard\pardeftab720\partightenfactor0
\f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
\outl0\strokewidth0 \strokec2 Assalamualaikum . mmg best ar bca blog . santai gyler . btw , nice blog . Bru2 ni sya bru jer g iv spa ni . tapi sya rsau takut tak dpt sbb kt borang tu sya tulis yg sya dh smbung study kt usim .
waalaikumsalam.. terima kasih yer =) teruskan membaca..
Deletemaaf ye pada yang komen entry nie, saya pon tak berpengalaman sangat dalam bab interview nie, ini sekadar perkongsian based on pengalaman di interview oleh pegawai SPA. saya tolong apa yang mampu =)
bab lain tu di luar bidang saya. maaf sekali lagi =)
Salam bro.terima kasih di atas perkongsian temuduga ini. Boleh saya ambil isi perbincangan temuduga bro ini untuk saya kongsikan dengan pembaca blog saya? Anyway,thank again. :)
ReplyDeletewsalam.. boleh je bro =)
Deletesalam, nk mintak pendapat. sy pernah bljar uitm tp xhabis sbb masuk hospital ,mslah ksihatan. n skrg bljr pringkt sijil fesyen. agk2 kene cite x psl tu ek? ke diam2 je hihi tq
ReplyDeletewasalam. dah habis ke belum study untuk sijil tu ? Kalau hati pada spa nie, then jangan cerita. Takut tak dapat pulak. Saya pon tak pasti. Waalahualam.
DeleteAssalamualaikum... Saudara zarif..sy nk mnta pndapat atau cadangan
ReplyDelete.sy skrang masih blajar dlam degree fizik tulen dan skrng dlam sem 5 dimana ada baki 1 sem utk habis..sy ada dpat pangilan interview separa prubatan utk farmasi,juru Xray,MA,prsekitaran....sy amat minat dlam farmasi tetapi masa sy apply degree dulu xdapat ..wajarkah utk sy masuk SPA dlm farmasi atau mneruskn pngajian sy?
waalaikumsalam.
ReplyDeletePada pendapat saya, better awak habiskan je dulu degree tu. Lagi satu sem kan nak habis. Sayang lah. Duit dah banyak labur untuk degree tu, awak nak berhenti. InsyaAllah, elpas habis degree nanti, try mohon balik SPA tu, mana tahu ada rezeki lagi. At least masa tu awak dh dapat level gaji setaraf pendidikan awak. Ini pendapat saya, mungkin awak lebih mengetahui diri awak.
try tanya parents, they know best for their children. whatever it is, good luck =)
jumpa entry ni sebab saya dapat panggilan menduduki ujian online latihan separa perubatan. tapi bila baca entry ni rasa macam dah tak excited lah pulak, huhuhu. tapi baru je nak sambung degree pun. haha T_T lagi satu kan, apa ya tips lulus ujian online? hehehehe terima kasih :D
ReplyDeleteSaya baru hbs foundation and road to degree psychology. Pastu ada plan nk ambik spa before ambik master clinical psychology.. yelah atleast boleh la tampung kos master kan sbb diri saya ni x bekerja lagi..
ReplyDeleteTAPI bila start baca ni = cerita kita sama dari degree psychology tp nak mnx spa. TQ SHARE