Thursday, April 11, 2013

Singgah makan di Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum

Baru-baru nie aku berjalan-jalan dengan adik-beradik aku ke I-City Shah Alam. Masa nak balik rumah tu, terlalu depan Burger Bakar Abang Burn. Timing memang tepat sangat masa tu, sebabnya kitorang memang lapar gila dan mencari tempat untuk makan. Jadinya, kami pon singgahlah.


Memang dah lama sangat teringin makan dekat sini. Selalu nampak iklan Burger Bakaar Abbang Burn dekat Facebook, buat terliur tengok. Tak sangka malam tu boleh dipertemukan dengan restoran nie. Macam biasalah, bila sesuatu restoran itu viral, makanya ramailah yang singgah. Kenalah tunggu lama sikit untuk dilayan dan dihidang which is understandable lah. Cuma berharap, kualiti makanan tidak terjejaslah biarpun viral dan ramai orang. Biasanya restoran viral nie, kualiti makanan dorang menurun bila dah ramai serbu.




Memang setia betul kami menanti makanan yang ditempah untuk tiba. Ramai sangat orang masa nie walaupun dah hampir lewat malam. Yelah, masa kitorang keluar dari I-City Shah Alam tu pon dah masuk jam 12 malam kot. Makin malam, makin ramai pula yang singgah Burger Bakar Abang Burn nie. Memang laku keras betul.



Secara jujurnya, Burger Bakar Abang Burn nie tak adalah sedap mana pun. Maaf. Burger tu memang nampak menggiurkan tapi bila dah rasa, macam makan burger dengan asap. Ala-ala smokey burger gitu. Tapi rasa asap dia sangat kuat. Rasa dia macam tak balance. Cuma kau boleh rasa asap dan rasa blackpaper. Selebihnya tawar. Bagi aku secara jujurnya, burger bakar TMF lagi sedap kot. Itupun kalau korang pernah rasa.



Kitorang habis RM53 ringgit dekat sini. Satu burger RM10.50 plus plus. Burger TMF baru RM5.50 dan rasanya jauh lebih sedap. Tapi tak apalah, sekadar untuk merasa. Iklan dorang memang berjayalah menghasut orang ramai untuk datang. Korang cubalah, dan nilai sendiri. Ini pendapat peribadi aku mengenai Burger Bakar Abang Burn yang viral itu.

Post edited : August 2021

12 comments:

  1. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx thanx =) ini mesti datang dari entri kucing nie . hewhew =D

      Delete
  2. zharif got 1k followers..congratez!!
    lma x singgah blog nie, mcm2x jadi..
    btw sya x pernah tahu psal KEEK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah cecah 1k followers =)
      sy pon baru tau pasal keek nie , huhu

      Delete
  3. Seriusly saya memang tak ada instagram, dan tiba2 ada pula keek apa kebendanya itu, sekarang ada pula tentang wechat, oh man. Banyak sungguh aku ketinggalan. :3

    Tetap setia dengan Facebook, Twitter dan Blog. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wechat pernah dgar tp xbuat lagi =) apa bondo tu wechat ? hahahha

      sama lah ! still setia dekat fb twitter and blog . now instagram dah masuk senarai . hahaha

      Delete
  4. first time aku dengar pasal keek.
    sila buat akaun wechat pulak sekarang.
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wechat untuk semua phone ke ? bukan untuk blackberry je ?
      fungsi dia apa mira , aku tak tau . hahaha

      Delete
  5. Assalamualaikum. ahhaha. wechat pun tengah hot skrg. hee. akak malas nak buat KEEK. tak suka buat video. ahahhaha. akak dah add kamu d instagram - sheilahadi. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon baru dengar pasal wechat nie =) sy pon xsuka video tp buat jugak . hahahaha

      Delete
  6. Replies
    1. sama lah , rasa mcm tu jugak . tp dah buat =D hahahahaa

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini